Episode 16 'Foster dad & The decision'

21 3 0
                                    

Pada waktu pagi yang cerah itu, kebanyakan penduduk menjalankan kerja-kerja mereka. Ada yang menjalankan kegiatan memancing. Ini adalah kerana mereka hidup di pulau yang mempunyai pantai yang luas. Ya, ia adalah pulau Cloud 9. Sumber pendapatan mereka lebih tertumpu kepada penangkapan ikan di sini. Masing-masing melakukan kerja rutin harian mereka. Begitu juga dengan seorang wanita yang sedang membeli ikan di salah satu pasar di situ. "Adakah geng samseng itu masih menular di sini?"soal wanita itu sambil membayar beliannya. Dengan itu kesemua penjaga kedai tersebut hanya mampu mengangguk. "Seperti yang dijangkakan."sebut wanita itu. Lalu suatu suara menegurnya, "Madame, awak perlu pulang sekarang." Wanita tersebut tersentak dengan suara tersebut. Dia kenal akan suara tersebut lalu menoleh melihat seorang remaja lelaki yang sedang membawa pedang kayu. "Awak lagi?"soal wanita itu. Lelaki yang berpedang kayu tersebut masih serius dan berkata, "Sangat bahaya jikalau Madame berada di sini. Madame perlu pulang sekarang." Wanita tersebut hanya tersengih dan berkata, "B.. baiklah!" Dia pun berjalan dalam perjalanan pulang dengan diiringi oleh lelaki itu. Kesemua yang berada di situ kehairanan melihat lelaki tersebut. "Budak, awak memalukan saya lah..."sebut wanita itu. Namun lelaki itu menjawab, "Saya lebih pentingkan keselamatan Madame." - "Ah..."
Setelah berjalan beberapa minit, wanita itu menoleh ke arah lelaki tersebut lalu berkata, "Nama awak Kishin kan? Kerja seperti ini bukan untuk budak seperti awak, tahu tak? Awak boleh tercedera." Lelaki yang bernama Kishin itu tersentak. Namun dia kembali serius dan berkata, "Tetapi saya diberikan tugas oleh ketua untuk menjaga Madame. Walaupun saya tak tahu dia masih hidup atau tidak tetapi saya masih perlu lakukan tugas ini. Dia berkata saya lebih layak daripada orang lain." Wanita itu hanya tersengih. Dia pasti berkata mengenai lelaki itu. "Kishin,"sebut wanita itu, "saya hanyalah seorang ibu yang tinggal di sebuah rumah kecil dengan anaknya yang sedang bekerja di luar negara. Kamu tidak patut memanggil saya begitu dan saya tidak dapat membayar awak, awak tahu tak?" Kishin hanya berdiam diri. Namun setelah lama berfikir dia pun berkata, "Te... tetapi Madame telah memberikan saya tempat tinggal. Saya ditugaskan untuk menjaga pulau ini. Oleh itu saya juga kena menjaga Madame. Adakah saya masih tidak layak untuk Madame?" Wanita tersebut hanya tersenyum dan berkata, "Awak ni memang lain dari yang lain. Baiklah, tolong saya angkat barang ni."lalu memberikan beberapa plastik berisi ikan-ikan mentah yang dibeli kepada Kishin, "jikalau awak hendak menjadi penjaga peribadi saya, awak kena berusaha mulai sekarang." Kishin yang mendengarnya tersenyum gembira sambil menyambut plastik tersebut dan berkata, "Baik, Madame!" wanita itu hanya tersenyum dan berkata, "Oh, mulai sekarang awak patut panggil saya Madame Rose." - "B... baiklah, Madame Rose!" Sememangnya dia adalah Madame Rose, namun lebih muda pada waktu ini. Lalu mereka pun berjalan menuju ke rumah wanita yang bernama Madame Rose itu.
Dalam beberapa minit berjalan, akhirnya mereka sampai ke rumah Madame Rose. "Eh?"soal Madame Rose, dia mendapati pintu pagarnya terbuka, namun tiada tanda mangga kunci dirosakkan, malah ia hanya terbuka. "Pencuri!?"soal Kishin lalu mengeluarkan pedang kayunya. Lalu sebuah bola terkeluar daripada pagar tersebut menuju ke arah kaki Kishin. Seraya dengan itu, seorang perempuan keluar untuk mengejar bola itu namun terhenti apabila melihat Kishin dan Madame Rose di depannya. "Oh, adakah awak sesat?"soal Madame Rose tersenyum. Kishin pun berkata, "Tak mungkin budak yang sesat boleh pecah masuk rumah orang? Dia adalah pencuri!" Madame Rose pun mengetuk kepala Kishin dan berkata, "Tak baik berkata begitu, Kishin." - "M.. madame Rose.." Lalu suatu suara menegur mereka, "Nampaknya awak dah balik, mak." Seorang lelaki keluar daripada pagar tersebut lalu menegur mereka. Ianya adalah Widdle. Madame Rose tersenyum gembira lalu berkata, "Awak pulang akhirnya, anakku. Awak dah bekerja dalam masa yang agak lama. Kenapa budak ini berada di sini?" Widdle hanya tersenyum dan berkata, "Dia bernama Jessica, dan dia adalah anak saya." Manakala Kishin yang memerhati baju kot Widdle yang berlambangkan 4K terkejut melihatnya. "Tak mungkin!"fikir Kishin, "dia memakai baju yang sama dengan ketua saya!" Madame Rose pun menjawab, "Jessica huh? Nama yang sungguh cantik. Tak sangka saya mempunyai cucu yang comel seperti ini." Widdle kembali serius dan berkata, "Mak, ada sesuatu yang saya nak bincangkan." Madame Rose seperti memahami maksud Widdle dan mengangguk faham.

The Man with The Weird GiftWhere stories live. Discover now