Episode 13 'Perjanjian, Pelan & Ancaman'

22 2 0
                                    

CTOS ialah sebuah organisasi umum yang sangat besar dan dikenali ramai. Ini adalah kerana imejnya yang tinggi dalam pengendalian kes kes berat yang melibatkan central intelligence. Di bandar - bandar canggih yang sibuk seperti di New York ini, berdiri megahnya sebuah struktur bangunan konkrit tebal berwarna silver iaitu 3 struktur bangunan menara besar di mana menara yang berada di tengah adalah satu-satunya bangunan yang tertinggi di negara tersebut. Di bahagian pintu gerbang bangunan tersebut, terpapar suatu simbol yang menunjukkan huruf 'Central Technological Organization Scheme' iaitu maksud bagi CTOS. Sememangnya organisasi ini adalah suatu organisasi yang besar dan tidak mudah ditumbangkan. Kawasan induk organisasi ini sememangnya dikawal ketat dengan jentera - jentera tentera dan beberapa pengawal yang dilengkapkan dengan alatan canggih demi memastikan tiada sesiapa pun dapat menceroboh kawasan tersebut. Malah, bagunan induk CTOS ini terletak di tengah-tengah bandar Angel City. Direktor baru CTOS, iaitu Dylan, telah memerintah organisasi yang sangat berpengaruh ini. Di dalam sebuah bilik siasatan yang semestinya berada di bangunan tersebut, kelihatan Direktor Seun yang digari. Beliau sedang duduk di sebuah kerusi besi dan terdapat meja dan kerusi lain di depannya. Lalu tiba tiba pintu dibuka lalu masuklah seorang lelaki yang agak muda. Lelaki itu ialah Dylan. "Ah.."sebut Dylan sambil melihat air tinnya yang kosong, "nampaknya saya hendak membeli air tin yang baru. Rimaslah macam ini." Dengan itu, Dylan pun duduk di hadapan Seun dan meletakkan tin kosong di meja yang memisahkan mereka berdua sambil berkata, "Boleh tak kita buat benda ni cepat sikit? Saya dah dahaga ni. Saya nak membeli air tin yang baru. Awak hanya perlu jawab semua soalan saya dengan jujur." Seun hanya memerhatikan tingkah laku Dylan. Dylan pun mengeluarkan henfonnya lalu memerhatikan beberapa soalan yang hendak dituju. "Soalan pertama,"sebut Dylan, "mengapa awak mengakses data pangkalan CTOS tanpa kebenaran daripada Widdle, bekas Direktor kepada CTOS?". Seun hanya merenung Dylan. "Apa yang awak renungkan? Saya dah tak ada masa ni!"sebut Dylan. Seun hanya tertawa kecil lalu berkata, "Nampaknya awak masih mentah, budak." - "Apa awak kata?" - "Saya pun mampu lakukannya, salah satu teknik untuk mendapatkan maklumat pantas daripada suspek tanpa ada unsur penipuan. Awak hanya perlu membuat suspek tertekan kerana menjadi sebab sesuatu perkara yang penting ditangguhkan. Sebagai contoh, awak sengaja merungut hendak membeli air tin yang baru, bukan? Awak lakukannya bagi membuat saya berasa bersalah kerana menghalang awak. Berikan sedikit lagi tekanan, maka saya akan memberikan segala maklumat yang awak ingini. Teknik ini adalah asas bagi orang macam saya, Dylan." Dylan terkejut seketika. Nampaknya lelaki di depannya ini bukan calang-calang orang. "Menarik,"sebut Dylan senyum, "nampaknya apa yang saya dengar berkenaan Direktor ARMENT tidaklah suatu khabar angin semata-mata." Dengan itu, Dylan pun mendekati Seun sambil merenungnya dan berkata, "Tetapi.. awak sudah berada di dalam tangan kami, awak sudah tidak dapat membuat apa-apa yang boleh membantu awak untuk keluar dari sini. Biar saya berikan amaran, jikalau betul awak mengenali saya, maka awak pasti tahu apa yang saya boleh lakukan? Betul tak? Jadi, berhati-hatilah apabila mengatur perkataan awak yang seterusnya, kerana CTOS pun tak mampu menolong awak sekarang." Amaran yang diberikan Dylan tersebut jelas menyatakan dia datang daripada SERGE. Jikalau ini benar, maka CTOS sudah hampir tidak berguna lagi. Dylan kembali duduk di hadapan Seun. Namun dia terkejut dengan Seun yang terdiam. "Mengapa?"soal Dylan sinis, "adakah awak baru sedar bahawa awak baru sahaja ditimpa malang?" Dylan pun ketawa dengan sinis lalu menyambung, "Jangan risau, saya tak akan lakukan apa-apa, jikalau awak berkerjasama dengan saya."

Bunyi rantai besi yang patah..

Dylan terkejut dengan apa yang dilihatnya

Di hadapan Dylan, Seun telah memecahkan garinya, maka tangannya sudah bebas.

Di hadapan Dylan, Seun telah memecahkan garinya, maka tangannya sudah bebas

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
The Man with The Weird GiftWhere stories live. Discover now