Episode 23 'Kim L'

18 1 0
                                    

“Gaya gerak 78!” Jun terkejut dengannya, “Ia semakin bertambah!” Dengan itu, Jun terpaksa mewujudkan kedua-dua pedang tenaganya, “Force Double Sword!” dan menggunakan Air Boost untuk mengelak beberapa libasan tenaga tersebut. Malah, dia terpaksa memantulkan beberapa libasan tenaga yang dia tidak dapat elak menggunakan pedang tenaganya. Ia mengambil sedikit masa, namun bila semua libasan tenaga telah berakhir, Jun dengan segera menyahaktif Force Double Swordnya dan mengakifkan satu pedang tenaga tunggal, yakni Force Sword dan menghalang serangan tiba-tiba Gildo dari belakang. Nampaknya Gildo telah merancang untuk menyerang hendap Jun dari belakang menggunakan pedangnya setelah serangan Gaya gerak 78nya selesai. “Oh?”sebut Gildo, “awak memang bagus.” Jun hanya tersengih dan berkata, “Saya mempunyai pengalaman dalam hal ini. Sudah tentu saya meramal awak akan bertindak seperti ini.” Gildo ketawa sebentar lalu berkata, “Baiklah, tunjukkan kebolehan awak! Gaya gerak 64!” Jun sekali lagi menyahaktif Force Swordnya dan mengaktifkan semula Force Sword dan menggunakan Air Boost demi menghindar daripada serangan libasan tenaga daripada Gildo. “Tak guna…”fikir Jun, “nampaknya stamina lelaki ini agak tinggi. Serangan dia yang  banyak ini menyebabkan saya tidak dapat menggunakan Force Spear saya. Saya terlalu banyak membazirkan tenaga dengan mengaktifkan Force Double Sword dan Air Boost. Jika hal ini berterusan, tenaga Enforcer saya akan habis.” Dengan itu, Jun tiba-tiba menyahaktif Force Double Swordnya dan mewujudkan suatu bola tenaga di tangan kanannya. “Force Bullet, huh?”fikir Gildo. Dia pernah berlawan dengan pengguna Enforcer, jadi sudah tentu dia tahu jenis serangan yang dilakukan oleh Jun. Namun bola tenaga Jun tidaklah sebesar seperti bola tenaga milik Yokai. Staminanya tidak setinggi itu. “Force Bullet!”jerit Jun lalu bola tenaga tersebut berpecah dan bertukar menjadi beberapa peluru tenaga yang kemudiannya dengan pantas menembak rambang ke arah beberapa libasan tenaga milik Gildo yang menuju ke arah Jun. Ia menghasilkan beberapa letupan sehingga timbul beberapa asap di antara mereka berdua. “Tindakan yang sia-sia.”fikir Gildo, “awak hanya membazirkan tenaga awak. Saya hanya akan serang awak semula dengan serangan yang sama.” Namun akhirnya Gildo menyedari sesuatu. Dia dengan segera mengangkat pedangnya dan menghadap asap-asap tersebut. Kelibat Jun sudah hilang daripada pandangannya. “Tak guna,”fikir Gildo, “dia sengaja menggunakan Force Bullet untuk menyembunyikan dirinya? Adakah dia merancang untuk melancarkan serangan kejutan?” Lalu kedengaran suara Jun, “Walk Boost!” Dengan itu, dengan pantas Jun tiba-tiba keluar dari asap-asap tersebut dan menuju ke arah Gildo dengan Force Spearnya! “Saya tahu awak akan melancarkan serangan sedemikian rupa!”sebut Gildo. Namun jarak antara mereka berdua begitu dekat menyebabkan Gildo tidak dapat melancarkan serangan libasan tenaganya yang banyak. Namun dia mahir dalam seni samurai. Dengan segera, Gildo melancarkan serangan balas terhadap Jun. Jun dalam masa yang sama turut melakukan perkara yang sama. Kedua-dua serangan mereka berdua tidak mengenai tepat pada sasaran mereka. Dengan itu, Jun menggunakan Air Boost untuk melompat ke arah belakang Gildo dengan jarak beberapa meter. “Awak dah melakukan kesilapan budak,”sebut Gildo dengan senyuman sinisnya. Jun terkejut dengan penjelasan Gildo. Gildo pun menyambung, “Apabila awak menjarakkan diri awak terhadap saya, awak menjadi sasaran yang mudah.” Sememangnya Gildo mengatakan sesuatu yang logik. Dalam jarak mereka kali ini, Gildo sekali lagi boleh melancarkan serangan libasan tenaganya yang banyak dan Jun terpaksa membazirkan tenaganya semula. Gildo pun mula melancarkan serangannya, “Gaya gerak…” namun tiba-tiba dia terasa sesuatu. Kakinya telah diikat dengan suatu tali tenaga milik Jun! Jun dengan segera melantun tali tenaga tersebut ke udara menyebabkan Gildo terpelanting ke udara! “Tak guna!”fikir Gildo, “semasa kami bertembung dalam serangan hendapnya itu tadi, dia sempat mengikat kaki saya dengan tali tenaganya!?” Dengan itu Jun menggunakan Air Boostnya dan menuju ke arah Gildo yang kurang keseimbangan di udara. Jun pun bersedia untuk menyerang menggunakan Force Spearnya, “Biar saya beritahu mengapa saya mahir dalam menggunakan Force Spear saya. For Spear adalah suatu tenaga berbentuk lembing. Namun terdapat perbezaannya. Bentuk lembing Force Spear adalah elastik dan boleh berubah bentuk sesuka hati mengikut penggunanya. Oleh itu tidak semua Enforcer boleh menggunakannya.” Gildo yang menyedari dirinya di dalam bahaya dengan segera menggunakan pedangnya untuk melancarkan serangan, “Gaya gerak…”
“Ia tak akan berhasil, budak samurai.”
“Eh?”
Gildo telah melihat sesuatu. Tangan kirinya yang memegang pedang samurainya telah terputus. Ia berada di hadapan matanya sendiri. Tangannya telah dipotong!  Darah mula keluar.

The Man with The Weird GiftWhere stories live. Discover now