(aurora p.o.v)
Mata aku fokus pandang bawah, bahagian cikgu menempatkan kereta. Ramai pelajar perempuan yang berkerumun di situ. Tak kira senior ke junior ke semua dah ada kat situ. Tapi mojoriti senior la. Aku geleng kepala, entah apa-apa la.
Bukan aku tak tau, aku tau apa yang diorang buat kat situ. Mesti nak jumpa cikgu baru tu.
Start dari minggu lepas, satu sekolah heboh disebabkan seorang cikgu baru yang ditugaskan untuk mengajarkan subjek kimia. Dengar cerita cikgu tu handsome, dengar cerita la. Aku tak pernah jumpa lagi.
Tapi,
Harini cikgu tu start mengajar kelas aku disebabkan cikgu hyun pindah ke sidang yang lain.
"AURORA! " nama aku dipanggil dari belakang, aku kenal sangat siapa punya suara ni. Aku berpaling, kan betul,
Yein.
Dah kenapa budak ni ? Dengan badan dia yang tak seberapa nak kurus tu, dia pecut menuju ke arah aku. Lain macam je aku tengok.
"nak apa ?" balas aku malas, aktiviti memerhati tadi terhenti. Sekarang aku fokus dengan dia.
"kau tau tak" dia berhenti bercakap untuk ambil nafas, penat lari la kut. Aku tunggu je sambungan ayat dia.
"Seonsaengnim baru tuu, dia tegur aku tadi! " muka excited dia pasang.
"Geurigeo ? [And then ?]" aku tiup kuku sambil silangkan kedua kaki aku.
"Yah! Bagi lah positive reaction. " Dia buat muka '-,-' aku tergelak.
"aigoo, wah! Cikgu handsome kebabom notice member aku, wah wah wah! " aku buat-buat happy. Nak senangkan hati dia. Untuk pengetahuan anda semua, saya merupakan kawan yang baik.
Tepuk tangan please.
"lepas ni subjek apa ?" kali ni aku pula bertanya.
Soalan aku dia biarkan tergantung sepi. Yang ada, dia pergi lari masuk kelas. Dah kenapa budak ni ? Kes kepala masuk air lepas kena tegur cikgu baru tu ke apa ?
"Lepas ni subjek kimia. " soalan aku terjawab dari belakang. Aku pusingkan kepala,
Oh shit.
+++
Kaki kanan aku dah lenguh, aku tukar kaki kiri. Kedua tangan aku pulak pegang telinga. Yess, aku kena denda.
Berdiri luar kelas sampai cikgu tu suruh masuk. Tak guna betul si yein ni, ada cikgu kat belakang bukan nak bagitau. Pergi lari tinggalkan aku ada la. Eyy kawan jenis apa tah.
Cikgu ni pun satu, perlu ke denda aku sampai macam ni sekali ? Alasan denda tau apa ? Keluar kelas semasa waktu pembelajaran. Dah dia lewat masuk kelas, aku keluar la. Takkan nak duduk mereput dalam kelas tu ? Im not ulat buku okay!
Dah dekat sepuluh minit aku macam ni. Sumpah lenguh, aku dah cuba turunkan dua-dua kaki tapi budak yang duduk sebelah pintu ni pergi bagitahu cikgu tu. Sebagai balasan, aku kena letak tangan kat telinga.
Cet, ramai betul yang dengki dengan aku. Aku tahu la aku ni lawa *flip hair*
"Hagsaeng kat luar tu, masuk." Suara cikgu dari dalam menghentikan lamunan aku yang tengah sumpah serana semua orang yang dengki dengan aku.
Aku pandang sekeliling, mana la tau ada budak lain kat koridor ni. Okay aku je, maknanya dia suruh aku masuk la kan ?
Dengan langkah perlahan, aku masuk kelas.
"kau tunggu kang time rehat. Habis kau aku belasah. " kataku berbisik pada budak berkaca mata yang duduk sebelah pintu. Alaa yang pergi bagitahu cikgu tadi. Dia dah telan liur, takut ler tu.
"pergi duduk tempat awak. Lain kali jangan langgar peraturan. " ujar cikgu tu sinis. Heis nasib la kacak, kalau muka macam pelipat dah lama aku hina kau.
Aku jalan pergi tempat aku. Tak nak pandang muka cikgu tu langsung. Menyampah, tak guna kacak kalau asik denda pelajar. Yein yang tengah fokus pandang cikgu tu aku jeling.
Dasar kawan tak guna.
"awak yang kena denda tadi tu. Berdiri dan jawab soalan saya. "
Terkejut aku.
Aku lagi ke ?
Semua pandang aku termasuk yein yang tengah duduk kat sebelah. Aduuuuuu, aku dah la baru masuk kelas, aku mana dengar apa yang dia ajar time aku kat luar tadi.
Plus, aku benci chemistry.
Nak tak nak aku kena berdiri. Dia dah la pandang aku macam nak makan, dah kenapa do cikgu ni ? Benci sangat dengan aku ke apa.
"bagitahu saya formula bagi ion natrium."
Alamak, apa jawapan dia ni ? Aku diam tak berkutik, aku pandang yein berharap dia nak bagi jawapan. Malangnya dia jongket bahu, ya dia pun tak suka kimia.
"Malhaeba [tell me]" cikgu tu bersuara lagi. Alamak nak jawab apa ni ?! Jinjja molla!
"awak gred berapa sekarang ?" cikgu tu tiba-tiba ajukan soalan lain.
"li-lima. " aku balas sepatah je, gagap pulak tu.
"soalan yang saya bagi tadi tu soalan gred empat. Itu pun awak tak tahu ?"
Aku geleng. Mak aku kata kita kena jujur, tak baik tipu-tipu.
"awak, yang duduk belakang dia. Apa jawapan formula bagi ion natrium ?"
Aku tergelak. Yang duduk belakang aku ? Bella bukan ? Dia lagi bodoh dari aku kalau bab-bab kimia ni HAHAHAHAHA.
"Na+"
"okay duduk. "
Muka aku terus berubah lepas dengar yang bella boleh jawab soalan cikgu. Aku pandang dia, dia senyum senget.
God, mana dia tahu jawapan ?
"awak yang soalan gred empat pun tak boleh jawab, waktu rehat nanti jumpa saya kat bilik guru. Dah duduk. " arahnya lalu sambung mengajar. ALAAAAA KENAPA TIME REHAT ?! AKU NAK MAKAN LAAAAA.
TAK GUNA BETUL CIKGU NI.
tbc
YOU ARE READING
Chemistry Teacher [ COMPLETED ]
Fanfiction[WARNING] Jangan rosakkan hubungan bahagia aku dengan cikgu chemistry paling kacak di akhir zaman ini. Beautiful cover by @KittyAleeya05