20

6.2K 593 15
                                    

"Oppa!" Satu jeritan menghentikan langkah jungkook.

Dia tunduk dan ketap bibir kuat, sejak pagi tadi perempuan itu sentiasa mengekorinya. Sentiasa menjerit panggilan yang dulunya pernah disukai jungkook namun sekarang rasa geli apabila kedengaran di cuping telinga.

"Kau nak apa lagi ?" Soal jungkook straight. Rambut diflip ke belakang.

"I want you back, please."

"Tch, are you kidding me ?" Jungkook cekak pinggang.

"To be honest i still like you, hati saya tak pernah dan langsung tak boleh nak lupakan awak. kejadian empat tahun lepas, semua tu... semua tu salah faham." Berkaca-kaca kelopak mata perempuan cantik itu. Dia menundukkan kepala, merayu agar kembali menjadi pujaan hati lelaki dihadapannya.

Jungkook senyum senget,

"Salah faham ? Wah salah faham apa ? Dah terang kau tipu aku, kau mainkan perasaan aku, lepastu senang-senang kau kata salah faham ? Hahahahaha, macam ni la aku cakap jujur so kau tak kan terhegeh lagi. I'm married, please stay away from me." Terkejut beruk laura apabila mendengar ayat terakhir jejaka kacak itu, membuntang besar matanya.

"Op-oppa dah ka-kahwin ?" Bergetar suara apabila mengeluarkan soalan cepu mas itu. Tak percaya.

"Yes of course, got it ? Aku suami orang, tak malu nak kejar-kejar suami orang ? Jaga maruah kau, kau ada rupa kan ? Ha pergi cari lelaki, ramai lagi kat luar sana yang nak kan kau, kau pun jangan menipu lagi cukup aku yang kena dengan penipuan kau." Pekat dan perit sindiran jungkook, lepas mengucapkan ayat tersebut dia terus berpaling dan mula melangkah menjauh dari laura.

Laura pula berdiri kaku, terkebil-kebil dia mendengar ayat jungkook sebentar tadi.

Bukan sentap ke apa tapi masih tak percaya lelaki tempat dia berharap untuk kembali, kini sudah menjadi kepunyaan perempuan lain. Sakit hati,

Salah dia juga, kalau bukan sebab dia yang mengada pergi ikut jackson tak ada macam ni dan semestinya dia masih boleh berdekatan dengan jeon jungkook.

(Aurora p.o.v)

Apa yang diorang berdua bualkan ? Aish tak dengar la, jauh sangat. Kang datang dekat kantoi pula dengar perbualan cikgu.

Tapi jungkook kata tak kenal dia, cikgu tu pula kata kenal jungkook, adu mana satu betul ni ?

Tapi kalau tak kenal, kenapa diorang boleh berbual berdua kat tempat sunyi macam ni ? Something fishy here.

Kenapa firasat aku kuat mengatakan yang jungkook ni sembunyikan sesuatu dari aku ?

Okay dia datang sini, mati aku. Menyorok aurora menyorok cepatt,

Mata aku fokus pandang jungkook yang menonong(?) sahaja jalan ke depan tinggalkan laura seonsaengnim , aku pandang laura seonsaengnim,

Dia menangis ?

Aik ? Jungkook buat apa sampai dia nangis ni ? 

Aku dah syak something,

Aku jalan menuju ke arah laura seonsaengnim, pura-pura terserempak. Dia kesat air mata cepat.

"Good morning seonsaengnim." Aku tegur ramah, dia senyum kelat sambil tangannya masih mengesat air mata yang jatuh.

"Are you okay ?" Aku tanya terus, aku kena tahu apa hubungan dia dengan jungkook.

"Im okay, awak tak ada kelas ke ?" Dia angguk kepala lalu kembali ajukan soalan.

"Sekarang kan rehat, cikgu lupa ?" Aku pura-pura gelak.

"Oh maafkan saya, saya baru lagi kat sini."

"Tak apa. Er seonsaengnim, kalau saya nak tanya boleh ?" Okay aurora, soal perlahan-lahan. Jangan gelojoh.

"Boleh, apa dia ?" Dia senyum. Cantik.

"Sini kita duduk." Aku tarik dia lembut ke kerusi yang berdekatan. Dia ikut sahaja, sudah cantik, baik hati pula.

"Tadi saya tak sengaja tengok laura seonsaengnim dengan jungkook seonsaengnim berbual, tapi jangan risau sebab saya tak dengar apa-apa. Saya tahu cikgu nangis tadi, ada apa-apa berlaku ke ?" Aku susun ayat aku sesopan yang mungkin.

Dia tunduk, senyuman manis tadi hilang.

"Mianhae kalau saya lancang tanya, kalau seonsaengnim tak nak bagitahu tak apa." Aku pegang tangan dia, cuba untuk tenangkan sebab aku tengok air mata dia jatuh lagi.

Ada apa sebenarnya ?

"Dia, dia bekas kekasih saya."

Jawapan pendek dan ringkas itu betul-betul buat aku tersentak. Bekas kekasih ?

So maknanya, jungkook tipu aku.

"Ah jinjja ? Kecilnya dunia." Aku balas,

"Ya, dunia terlalu kecil. Tapi memang itu yang saya nak. Saya nak jumpa dia lagi." Dia selit rambut ke belakang telinga.

Semakin tertarik aku nak dengar cerita dia.

"Maksud seonsaeng ?" Aku jongket kening. Nak jumpa jungkook lagi ?

"Saya nak dia lagi. Saya tak boleh lupakan dia, saya nak dia sayang saya lagi macam dulu." Hampir jatuh rahang aku.

Biar betul perempuan ni ? Ha kan, burn aurora.

"Tapi jungkook seonsaeng kan dah kawin." Balas aku, dia dongak kepala pandang aku.

"So betul yang dia dah kawin ? Dia tak tipu saya tadi ?"

Ah geuraeguna, so dia nangis tadi sebab jungkook mengaku tak available dah ? Aih rasa dihargai pula tiba-tiba.

Aku angguk kepala sebagai jawapan bagi soalan tadi.

"Awak tahu siapa isteri dia ?" Ha ni nak jawab apa ni, air liur aku telan kasar.

"Er tak tahu, tak ada siapa tahu siapa isteri dia." Aku senyum lagi,

Perbualan terjeda seketika sebelum aku sambung tanya lagi.

"Macam mana boleh putus ?" Aku soal lagi dalam, cuba korek sedalam yang mungkin.

"Dia salah faham."

"Salah faham kenapa ?"

"Saya diperangkap. Saya tak sengaja masuk stor dimana ada lelaki yang cuba merogol saya. Dan jungkook fikir saya dengan lelaki tu jalin hubungan." Dia cerita ringkas, aku pun faham tak faham je.

"Kesiannya, tapi kalau saya boleh bagi cadangan, baik seonsaeng cari lelaki lain. Seonsaeng cantik, mustahil tak ada yang nak."

"Tak boleh, saya nak kan jungkook juga. Saya tak kesah dia tu suami orang ke apa lagipun saya tak percaya dia dah kawin selagi saya tak tahu siapa isteri dia."

Membuntang juga mata aku apabila dengar ayat dia,

Kaw kaw dia ni,

Cantik tapi tak malu ? Aku salah nilai dia, betul la orang cakap. Cantik tak semestinya mulia.

Aku mampu gelak sahaja, gelak paksa.

Tbc

Chemistry Teacher [ COMPLETED ]Where stories live. Discover now