83

5.2K 456 24
                                    

(Author p.o.v)

Aurora kaku di sebelah kereta. Penthouse besar jungkook dipandang kosong, dah berapa lama dia tak jejak penthouse ni. Last dia masuk ke dalam, haritu. Waktu jungkook tengking dia. Itu kali terakhir dan kini dia pulang.

Jungkook tolong keluarkan beg aurora dari dalam kereta. Sungguh, dia gembira sekarang. Akhirnya dia berjaya buat aurora pulang.

"Jom." Pergelangan tangan aurora dipegang lantas ditarik menuju ke pintu utama.

Aurora ikut sahaja.

"Tak ada yang berubah pun kat sini." Mata aurora melilau. Diperhati setiap sudut memang sama sahaja. Jungkook ketawa kecil.

"Nak berubah apa ? Awak bukannya pergi setahun."

"Amboi ? Habis awak nak saya jauh-jauh setahun la ni ?"

"Eh mana ada."

Sekali lagi mata aurora melilau di segenap ruang, "awak cari apa ?" Soal jungkook hairan. Dari tadi lagi dia perasan.

"Ariana mana ?" Aurora ambil tempat di sofa. Buat biasa dengan soalan dia. Memang dia dah set awal-awal kat kepala yang dia kena buat biasa dengan ariana.

"Ariana ? Mana ada ariana kat sini." Jungkook duduk di sebelah aurora. Rapat. Wajah berkerut perempuan itu dipandang.

"Maksud awak ?"

"Ariana dah masuk penjara. Dah lama." Laju kepala aurora pusing dan membalas pandangan jungkook. Terkejut.

"Masuk penjara ?" Jungkook angguk.

"Tapi kenapa ?"

"Cubaan membunuh. Tak, dia sebenarnya dah membunuh. She killed my baby." Semakin terkejut aurora.

"M—mana awak tahu ?" Terketar-ketar suara aurora bertanya.

"Saya dah tahu semuanya. From A to Z that's why saya menyesal. Sayang, I'm sorry." Tangan aurora diraih dan digenggam bersama tangannya. Merah mata aurora mendengar setiap perkataan jungkook.

"No, semua dah lepas. Saya dah lupakan semua tu. Husband saya dah ada kat sini, with his handsome face." Aurora gelak. Walaupun masih tersisa air mata. Jungkook turut ketawa,

Bahagianya rasa.

"Kita mula hidup baru ?"

"Cool!"

+++

Telefon jungkook berbunyi, menarik perhatian aurora yang duduk di sebelah.

"Hello ?"

Aurora hanya memandang wajah jungkook bercakap dengan pemanggil.

"Ye saya. Kenapa ?"

"10 minutes, I'll be there soon."

Melihat pergerakan jungkook yang rushing mengundang soalan dari aurora, "nak pergi mana ?"

"Sayang i got to go. Ariana, keadaan dia tak okay." Jacketnya diambil dan disarungkan ke badan. Dia dah terima banyak call dari pihak polis sebelum ni tapi kali ni nampak lagi teruk.

"Saya ikut awak."

Langkah jungkook terhenti. Dia pusing dan jongket kening.

"Sure ?" Aurora angguk.

Kebetulan dia tak perlu nak bersiap sebab baru je lepas keluar dengan yein tadi.

(Aurora p.o.v)

Aku dan jungkook berjalan beriringan masuk ke dalam balai polis. Jungkook disambut dengan satu pegawai polis. Tangan aku hulur untuk turut bersalaman.

"Where ?" Soal jungkook dan pegawai polis tadi tunjukkan jalan.

Sampai tiba di satu sudut, seorang perempuan di sebalik besi yang tak henti-henti ketawa menarik perhatian aku.

Ariana.

"Macam ni la dia. Everyday, sometimes lagi teruk dari ini." Pegawai polis tadi bersuara. Jungkook hanya angguk sekilas kemudian memandang ke arah ariana.

"Kau orang semua tunggu balasan dia! Jungkook sayang aku! Tunggu dia keluarkan aku dari sini HAHAHA." Suara ariana meninggi. Aku peluk lengan jungkook erat, takut juga aku tapi aku simpati.

Teruk betul keadaan dia sekarang. Sampai macam ni sekali tahap suka dia dengan jungkook.

"So macam mana ?" Jungkook bertanya. Aku pandang wajah pegawai polis tadi.

"Pihak kami nak minta persetujuan dari pihak encik untuk transfer dia ke hospital. Saya tak rasa dia boleh duduk lama kat sini." Jelas pegawai polis itu. Sekali lagi aku pandang ariana. Dia bangun dan mendekati palang besi.

"Hi there! Boleh tolong call jungkook tak ? Cakap kat dia, ariana rindu dia." Ujarnya lalu tersengih. Dia tak tahu yang dia tengah berdepan dengan jungkook. Orang yang dia...cinta.

Aku melepaskan lengan jungkook dan berjalan mendekati ariana.

"Raa." Panggil jungkook namun aku endah.

"Hey apa dah jadi dekat kau ni ? Kenapa kau jadi macam ni ?" Soal aku perlahan. Sedaya upaya aku cuba tahan emosi. Entah la, aku rasa sebak dengan keadaan dia yang macam ni.

Tiada jawapan dari dia sebaliknya hanya memandang aku kosong.

"You deserve better than this ariana. Kau cantik, kau berpelajaran. Kenapa kau pilih untuk sengsara semata-mata sebab seorang lelaki ?" Soal aku lagi.

"Sebab aku sayang dia. Kehidupan aku hanya untuk jungkook. Tapi sayang, sebab dia pilih kau." Aku terkejut mendengar balasan dia. Mata dia jelas mengalirkan air mata.

"Kau bodoh. Banyak lagi lelaki yang kau boleh kejar." Balas aku. Dan kini tiada balasan dari dia. Ariana pusing dan menjauh dari palang besi.

"Sayang dah tu. Tuan, pihak saya bagi persetujuan dengan keputusan tuan nak pindahkan dia." Jungkook tarik tangan aku.

Pegawai polis itu menganggukkan kepala.

Lama aku perhati ariana.

Kesian dia.

Selesai dengan urusan dengan pihak polis, aku dan jungkook beredar.

Dalam kereta sunyi sepi, sampai la mulut aku yang bersuara dulu.

"Kesian dia kan ? Sebab seorang lelaki macam awak dia jadi macam tu."

Jungkook pandang aku, "dia yang pilih nak jadi macam tu."

Aku tak balas apa-apa. Betul juga, ariana yang pilih. Entah apa yang dia tengok dalam diri jungkook sampai sanggup korbankan masa depan dia.

Bukan, sanggup korbankan kehidupan dia.

Tbc

Ff ni dah nak habis, okay bye

Chemistry Teacher [ COMPLETED ]Where stories live. Discover now