23

5.7K 579 10
                                    

(Author p.o.v)

Hari cuti itu aurora hanya duduk berdiam diri di bilik. Bukan apa, hatinya belum tergerak ingin bertembung dan bercakap dengan Jungkook buat masa sekarang.

Awal pagi dia dah bangun sediakan makanan, lepas siap dia naik dan masuk ke dalam bilik kembali.

Macam tu juga dengan lunch dan dinner, dua hari sudah dia tidak bercakap dengan jungkook. Jungkook pun tiada tanda-tanda ingin bertanya kenapa lepas kejadian petang itu.

Lepas aurora kunci pintu bilik dan endah jungkook.

Ip6+ miliknya ditilik, aplikasi whatsapp dibuka.

Ada lebih kurang 22 mesej masuk dari berlainan orang. Dan ada satu yang menarik perhatiannya,

Nombor tak dikenali namun gambar profile cukup aurora kenal siapa,

Perempuan itu, laura kim.

Dia buka chat,

Aurora park kan ? Boleh tolong saya uruskan majlis serta pelajar yang ikut public speaking tak ? Kalau boleh, jumpa saya hari ahad nanti kat sekolah okay.

Berkerut-kerut dahi aurora membaca mesej itu, mesej yang dihantar semalam namun baru dibaca hari ini.

Kenapa pula cikgu itu meminta tolong darinya ? Ada lebih kurang 34 orang dalam kelasnya yang boleh membantu namun kenapa dia yang dipilih ?

Ahad, besok harinya.

Patut ke dia jumpa cikgu itu ?

Tidak tahu hendak memberi alasan apa selain bersetuju,

Maaf sebab saya lambat reply, okay esok saya datang.

Send.

Entah betul entah tidak keputusannya. Mahu tidak mahu kena pergi kerana keputusan telah diberi.

Ada baiknya juga dia pergi, boleh la korek apa yang patut.

+++

Jeans ikut bentuk kaki serta tshirt kelabu menjadi pakaian aurora hari ini. Simple, bukan nak kemana pun, nak pergi tunaikan janji dia sahaja.

Kepala dikeluarkan sedikit untuk melihat keadaan penthouse. Sunyi sepi sahaja, tiada jungkook.

Dia keluar dan laju dia melangkah masuk ke dalam lift, tiba di tingkat bawah lift terbuka.

Kaku aurora di situ, jungkook berdiri tegak dihadapannya sambil memegang segelas air.

"Nak ke mana ?" Suara bernada rendah itu menyoal aurora. Aurora telan air liur kelat, rasa kekok pula lepas tak berkomunikasi hampir dua hari.

"Saya ada janji nak jumpa orang." Sedaya upaya dia cuba kawal suaranya agar tidak kedengaran bergetar dan takut.

"Dengan siapa ?" Soal jejaka itu lagi, belum habis.

"Perlu ke awak tahu saya nak keluar dengan siapa ? Tak perlu rasanya" berani aurora mengucapkan kata-kata lawan,dia hendak melangkah namun jungkook masih berdiri di hadapannya, tidak ada tanda ingin ke tepi dan memberi laluan.

Chemistry Teacher [ COMPLETED ]Where stories live. Discover now