54

5.1K 528 77
                                    

(Author p.o.v)

"Jeon jungkook shi, kau tahu kan yang nasib lebih menyebelahi aku sekarang ?" Kening kang daniel terjongket, lalu dia ketawa mengejek.

"Yakin nya kau." Jungkook juga ketawa, kedua-duanya bermain api.

"Of course, kau nak tengok ? Hey, tolong aku pegang lelaki ni." Sejurus selepas arahan itu keluar, dua orang yang berdiri kaku sejak tadi di belakang daniel kini bergerak ke arah jungkook.

Tangan kiri dan kanan jungkook dipegang kuat, bagai nak koyak kulit lengan dia.

"See ? Aku dah kata kan ? Kenapa kau nak berlagak lagi ?" Tangan dimasukkan ke dalam poket seluar lantas dia mendekatkan jarak dengan jungkook. Suka tengok muka jungkook yang sedang marah itu.

"Kau takkan pernah menang. Mungkin sekarang memang nasib menyebelahi kau, tapi kau kena ingat yang kau tu penjahat, while aku ? Aku hero dalam cerita ni. Tak ada dalam sejarah penjahat kalahkan hero." Tenang sahaja suara jungkook bertutur, buang tenaga rasanya bila dia berkeras untuk bergelut sekarang.

"Oh ya ? Kalau macam tu biar aku buat sejarah baru."

Buk!

Satu tumbukan mendarat di muka jungkook, terteleng kepalanya ke kiri, pedih.

Buk!

Satu lagi tumbukan mendarat di wajahnya. Kali ini kepala terteleng ke kanan.

Buk!

Tumbukan sedikit kuat mendarat di perut. Darah yang mengalir hanya sedikit tadi kini tersembur keluar.

"Jungkook!" Aurora tekup mulut. Sakit hatinya melihat jungkook dalam keadaan begitu.

Jungkook pejam mata kuat, tahan senak. Lepas dah hilang sikit rasa senak tadi, dia pandang aurora dan senyum sekilas.

"Im okay, don't worry okay sayang ?" Jungkook kenyit mata membuatkan air mata aurora makin deras mengalir.

"Sempat lagi ? Tak apa, aku faham. Lagipun tak lama lagi aku akan bawa aurora ikut aku keluar negara, jauh dari kau. Kau pula ? Kau jangan takut sebab aku tak akan bunuh kau kali ni, aku cuma nak pasangan yang berpisah dulu kembali bersatu. Kau faham kan ? Aku dengan aurora, kau dengan laura. Isn't it nice ?" Lepas dah bercakap panjang begitu, daniel ketawa sendiri. Tangan ditepuk beberapa kali.

Riak tenang yang dari tadi menghiasi wajah jungkook perlahan-lahan bertukar. Gusar, takut kalau daniel betul-betul bawa aurora jauh dari dia.

Macam mana dia nak hidup tanpa gadis kecil itu di sisi ? Berpisah sehari pun boleh buat dia gila, ini kan lagi terpaksa berpisah jauh begitu ? Ah tidak.

"Kau jangan mimpi tinggi sangat." Ujar jungkook sinis.

"Dia tak mimpi, memang itu yang akan jadi." Kali ini suara laura pula yang berbunyi.

Gembira rasanya bila plan yang dia dengan daniel dah buat akhirnya terlaksana dengan baik.

Jungkook dengan aurora dah ada depan mata.

Laura mendekati aurora, laju tangannya naik menampar wajah itu.

"Laura kim!" Jungkook bersuara lantang, terkejut dengan perbuatan perempuan tak guna itu.

"Yes sayang ?"

Jungkook ketap gigi, geram. Dia sendiri tak boleh buat apa-apa sekarang kerana pergerakannya terbatas.

Tapi tak lama lepas idea terbit di benak fikirannya, daniel yang berdiri dihadapannya dipandang,

"Kau tak kesah dia buat macam tu kat aurora ?" Soal jungkook sengaja.

Chemistry Teacher [ COMPLETED ]Where stories live. Discover now