(Author p.o.v)
Awal pagi lagi kelihatan kereta jungkook terparking elok di hadapan rumah yein. Lama lelaki itu bersandar di bahagian belakang kereta.
"Dia buat apa kat situ ?" Soal aurora hairan. Dia tengah buat sarapan tadi tiba-tiba yein tarik je tangan dia.
"Eh kau tanya aku pula, tu husband kau." Yein buat muka menyampah. Siapa je tak menyampah lepas dengar semua cerita aurora ? Dan sekarang muka jungkook tercongok depan rumah, tambah menyirap la dia.
"Habis macam mana kita nak keluar ni ?" Gusar aurora dibuatnya. Dia tak sedia lagi nak hadap lelaki itu. After what he did ? No! Dia dah buat aurora macam sampah.
"Kita ? Hello kau je okay. Aku boleh keluar dari rumah ni senang je, bukannya aku ada urusan dengan dia."
"Alaa tolong aku sekali la."
"Kau nak risau apa ? Keluar je la, tak payah layan dia."
Aurora diam sekejap. Betul juga cakap yein, kenapa dia nak risau ?
Lantas dia berlari masuk ke dapur dan ambil dua bekal sandwich yang dia dah sediakan tadi.
"Khaja."
Aurora dan yein keluar tanpa menghiraukan jungkook yang bergerak ke arah mereka. Baru sahaja dia nak buka pintu kereta, tangannya dipegang oleh lelaki itu.
"Lepaskan saya." Dingin aurora bercakap. Entah la, rasa tak suka bila jungkook ada berdekatan.
"Sayang please." Kelembutan suara jungkook betul-betul buat aurora kaku. Nada itu yang dia rindukan selama beberapa minggu ini.
Tapi cepat-cepat dia buang rasa itu. Lelaki ini perlu dia berikan pelajaran.
"I said no! Jangan kacau saya, saya merayu kat awak." Dia alihkan tangan jungkook. Jungkook pula tak membantah apabila melihat wajah aurora begitu.
Matanya hanya memandang aurora yang masuk ke dalam kereta tanpa menghiraukannya.
+++
Jungkook menghirup latte di hadapannya. Riak kosong dipasang.
"So what are you going to do ?" Jimin di hadapannya bertanya. Dia dah agak benda ni akan terjadi, betul apa yang dia fikirkan selama ni. Jungkook akan menyesal, see ? Ego lelaki ini jatuh.
"What kind if question is that, of course I'm going to take her heart again."
Jimin sengih sinis, "after what you did to her ? Kau fikir senang ?"
Jungkook mengeluh perlahan, memang salah dia. Entah setan mana pengaruh dia sampai percayakan ariana lebih dari aurora.
"Dia akan balik dengan aku, by hook or by crooke." Yakin jungkook berbicara, jimin pula hanya menganggukkan kepala sebab sekali lagi dia yakin dengan kata-kata jungkook.
Aurora ? Perempuan itu pun masih tergila-gilakan jungkook. Bezanya, ego sekarang ada pada dia.
"But first, you need to help me." Jungkook bersuara serius. Jimin jongket kening,
"Tolong aku uruskan ariana."
Jimin senyum senget, bab begini memang dia suka. Lagi pula hal berkaitan perempuan jahanam itu, memang favorite.
+++
(Aurora p.o.v)
"Aurora ?" Lamunan aku terhenti apabila bahu aku disentuh dari belakang,
Siapa pula ni ?
"Ye saya ?"
"Ni ada surat untuk awak." Dia hulur sehelai kertas, aku renung kertas itu sebelum sambut.
"Dari siapa ?"
"Ada seorang lelaki kat depan suruh saya pas kat awak." Balas dia. Aku tak kenal pelajar ni, jurusan lain mungkin.
Aku senyum dan dia berlalu. Malas nak tanya banyak-banyak. Siapa pula bagi surat ni ? Zaman purba betul,
Aku buka sampul putih itu.
Hey sayang. Lama lagi ke sayang nak biar kook macam ni ? Saya minta maaf sebab tak percayakan isteri saya, salah saya.
Awak buat la apa pun untuk jadikan hukuman but please stop treating me like this. I miss you so much, aurora park.Aku tutup surat itu.
Again, apa sebenarnya jadi dengan dia ? Dia dah tahu perkara sebenar ke ? Secepat ini ?
Belum lama aku berfikir, telefon aku berbunyi.
Aku angkat tanpa melihat siapa yang memanggil.
"Dapat surat ?"
Aku diam, ah sudah. Dia ni kenapa ? Kalau macam ni terus keadaannya, memang tak lama lagi aku jatuh. Aku tak nak jatuh sekarang, aku perlu buat dia menyesal.
Remember when he treats me like a trash in front ariana ?
"Okay saya tahu awak susah nak maafkan saya lepas apa yang saya dah buat. But i know the truth and I'm truly sorry. Awak kena tahu selama ni saya tahan perasaan."
"Setiap kali saya marah awak, setiap kali tu saya marah diri sendiri. I mean, aurora park you are the half of my heart sayang. Lagi-lagi lepas saya dengar cerita awak dengan jongsuk, it hurts me a lot."
Mata aku dah mula berair. Penjelasan apa ni ? Sengaja nak buat aku menangis ?
"About ariana, dont mind her. Biar saya yang uruskan dia,"
Mata aku membuntang.
"Awak jangan buat benda bahaya kat dia pula." Akhirnya aku bersuara. Risau kalau jungkook buat benda di luar jangkaan.
"Lepas apa yang dia dah buat ?"
Aku terdiam sejenak.
"Listen sayang, awak jangan risau apa-apa. Yang awak kena risaukan sekarang is our relationship. Apa awak fikir saya senang duduk ke takda wife kat sebelah ? Wife saya pula duduk seorang kat taman, tak bosan ? Tak rindu kat husband kacak ni ?"
Aku pandang sekeliling,
Ya tuhan, apa dia buat kat situ ? Rupanya dia ada tak jauh dari aku. Aku terus matikan panggilan dan berlalu pergi.
Ini la dia jeon jungkook, pantang biarkan lama-lama memang ada la benda dia buat.
Tbc
Weh banyak merapu weh HAHA
YOU ARE READING
Chemistry Teacher [ COMPLETED ]
Fiksi Penggemar[WARNING] Jangan rosakkan hubungan bahagia aku dengan cikgu chemistry paling kacak di akhir zaman ini. Beautiful cover by @KittyAleeya05