(Author p.o.v)
"Awak.. awak kita balik sekarang nak ?" Digoncang badan jungkook, lembut sahaja namun nampak sedikit memaksa.
Jungkook menggeliat kecil, walaupun susah dia buka juga mata dan pandang aurora.
"Wae ?" Suara yang keluar kedengaran agak serak.
"Nanti saya cerita, yang penting kita keluar dulu. Please ?"
"Sayang jangan la macam ni, saya mengantuk la. Esok pagi okay ? Lagipun sekarang baru jam 3am sayang." Dipujuk lembut aurora,
"Tapi.."
"Takda tapi-tapi. Dah sambung tidur." Tangan sasa jejaka itu memaksa aurora untuk baring disebelahnya lantas dipeluk tubuh molek tersebut.
(Aurora p.o.v)
Aku tak sedap hati. Bila fikir tentang Id card daniel dengan kunci kereta dia yang aku jumpa tadi buat aku tak keruan. Aku yakin sangat dia dengan laura ada plan, aku yakin.
Sebab tu aku cuba pujuk jungkook supaya keluar dari rumah ni lebih cepat tapi dia pula taknak dengar.
Esok pagi. Aku harap tak jadi apa-apa.
+++
(Author p.o.v)
Aurora bergegas masuk ke dalam bilik air, muka yang tak cukup tidur itu dibasahkan sedikit.
Jungkook pula dah bangun sejak tadi, baru lepas mandi.
"Tak mandi ke sayang ?"
"Nanti la kat penthouse, jom la cepat." Macam cacing kepanasan tingkah aurora, kepala tak habis-habis putar imaginasi yang bukan-bukan.
"Kenapa ni ? Dari semalam macam ni." Berkerut seribu dahi jejaka itu melihat perangai aurora,
Tanpa menjawab, aurora keluarkan telefon bimbit. Gallery dibuka dan gambar yang disnap semalam disuakan ke wajah jungkook.
"Mana dapat ?" Kali ini riak jungkook bertukar serius.
"Bilik laura, semalam saya nak cari bukti sebab saya yakin dia tak ada penyakit, tapi lain pula yang saya jumpa. So awak sendiri boleh fikir kenapa saya takut." Aurora bersuara separuh berbisik, takut kalau-kalau ada orang yang memasang telinga.
Jungkook diam, cuba untuk menghadam setiap bait kata gadis kecil itu. Cepat dia capai kunci kereta dan barang-barang yang dia bawa.
Sekarang dia tahu kenapa laura menipu. Memang nurse yang telefon dia semalam diupah olehnya,
Supaya jungkook percaya dan akhirnya diperangkap datang ke sini. Harap belum terlambat la untuk keluar.
Baru sahaja mereka berdua menuju ke tangga untuk turun ke bawah, satu suara menegur dari belakang,
"Nak pergi mana ?"
Aurora dan jungkook berpusing serentak,
Laura kim.
"Ada hal, kena balik sekarang." Jungkook bersuara datar, tuhan sahaja yang tahu macam mana geram dia dengan wanita itu. Ditipu hidup-hidup.
Konon ada leukimia ? Tch.
"Ada hal ? Ataupun dah tahu ?" Terbit senyuman senget di bibir laura, makin galak dia senyum apabila melihat riak dua wajah itu bertukar keruh.
"Maksud kau ?" Jungkook cuba berlagak biasa.
"Jangan nak berlakon sayang, i know. Saya tahu aurora masuk bilik saya semalam dan jumpa benda ni, matjo aurora shi ?" Lantas tangan kiri yang dari tadi diletakkan di belakang badan dibawa ke depan.
Id card serta kunci kereta.
Membuntang mata aurora.
"Kau nak apa, laura ?" Kali ini jungkook tarik nafas dalam. Tiada lagi benda yang ingin disorokkan memandangkan penjahat yang mengaku dulu.
"Awak tanya saya, saya nak apa ? Saya nak awak! Awak jeon jungkook!" Laura ketawa menyeringai, dah tak ada perangai orang dalam diri.
"Jangan merepek." Jungkook seperti biasa, bersuara tanpa gentar. Aurora sahaja yang diam tak berkutik, gerun dengan laura.
"Merepek ? Siapa merepek ? Hahahahaha." Ketawa lagi. Tak habis-habis dengan gelak ketawanya.
"Sayang jom, keluar dari sini cepat." Tangan aurora ditarik menuruni satu persatu anak tangga, dibiarkan laura yang melihat dari atas. Yang dia tahu sekarang, dia kena selamatkan aurora, sikap psychopath macam laura dan daniel tidak dapar dijangkakan.
Pintu utama ditarik,
"Hello jeon seonsaengnim."
Aurora menjerit kecil disebabkan terkejut. Terkejut dengan kemunculan daniel serta dua orang lelaki di belakangnya.
"Oh, and you too sayang. Hello." Senyuman creepy terbit di wajah kang daniel, tubuh aurora dipandang atas bawah.
"So, the culprit is back ?" Jungkook tak mahu kelihatan takut, dia juga sama turut tersenyum senget.
Perli.
"Yes, im the culprit and I'm back." Daniel depakan tangan dan udara pagi dihirup paksa,
"Dasar psychopath."
"Apa kau cakap ?" Mata daniel tajam memandang aurora. Dia dengar ayat gadis itu.
"Kau! Kau psychopath!" Berani aurora bersuara lantang. Selagi jungkook ada, selagi itu dia rasa selamat.
"Hey, aku jadi macam ni sebab kau. So kalau kau nak aku jadi daniel yang dulu, mari ikut aku. Kawin dengan aku."
Tangan kanan aurora yang berada dekat dicapai dan dicengkam kuat.
"Sakit la!"
Buk!
Satu tumbukan padu mendarat di tepi bibir daniel menyebabkan bibir itu mengalirkan cecair hangat, darah.
"Aku pun tak pernah nak sakitkan dia, kau pula nak cuba ? Stay away."
Tbc
Okay seems like this ff is getting to the end. So stay tuned!
By the way guys! Saya dah publish cerita baru huhai! Cast sama jeon jungkook. Diharapkan anda support ff tu sebagaimana anda support ff ni.
Go check my profile and put the story in your library!
YOU ARE READING
Chemistry Teacher [ COMPLETED ]
Fanfiction[WARNING] Jangan rosakkan hubungan bahagia aku dengan cikgu chemistry paling kacak di akhir zaman ini. Beautiful cover by @KittyAleeya05