67

4.4K 466 10
                                    

(Aurora p.o.v)

Awal pagi lagi aku dah bangun nak siapkan sarapan, hari ni hari sabtu so jungkook tak kerja. Kebetulan aku pun free,

Dan paling penting, hari ni birthday dia.

Sebelum aku turun ke bawah, aku ambil kotak hadiah yang aku sorokkan dalam laci kemudian letakkan ke atas  bantal aku. Dia masih lena, tak ada tanda-tanda nak bangun lagi.

Okay sekarang nak buat breakfast untuk dia. Apa la salahnya kalau aku masak benda sedap hari ni kan ?

Aku turun bawah, ya tuhan bersepahnya! Meja bar dipenuhi gelas yang tak berbasuh. Gelas aku dengan yein semalam ni, haiyo.

Meja ruang tamu pula ada banyak buku dengan kertas bersepah sana sini and of course itu hasil kerja aku dengan yein juga. Patut la jungkook ada tegur semalam tapi aku penat sangat sampai tak larat nak bersihkan.

Bukan penat, malas je sebenarnya.

Sebelum aku menuju ke dapur, aku pergi ke ruang tamu dulu. Segala kertas yang bertaburan di atas meja dan lantai aku kutip dan susun. Kemudian aku masukkan dalam fail yang tersedia di situ juga. Segala pen pun aku ambil dan letakkan ke dalam pencil case. Buku-buku yang terbuka aku tutup dan susun bersama fail tadi.

Okay dah settle. Tak lama pun sebenarnya, yang buat bersepah tu kertas kerja je.

Meja yang agak senget aku betulkan. Lepas siap bahagian ruang tamu, aku bergerak pula ke meja bar. Ha sini la yang part busuk ni.

Yein la mengada sangat nak minum wine semalam, kononnya nak celebrate heh dasar tak guna. Lepas dia minum puas-puas boleh pula tinggal macam ni je ey.

Aku ambil gelas gelas tu dan bawa ke sinki. Botol wine yang kosong aku buang ke tong sampah lalu kain lap meja aku ambil dan bersihkan meja bar tu.

Uyeah berkilat.

Now its time to cook for my birthday man.

Aku buka peti sejuk dan keluarkan timun, lobak dan segala jenis sayur yang aku rasa nak campak dalam nasi goreng aku. Sebelum tu aku masak nasi dulu, yela kelakar apa nak goreng beras hahahaha.

Sementara tunggu beras tu jadi nasi, aku potong timun nipis dan panjang sebab jungkook tak suka sangat makan timun, kalau aku buat macam ni harap dia boleh hadam la.

Baru sahaja aku nak capai lobak, aku dapat rasa perut aku dililit dari belakang,

"Dah bangun ?" Aku soal mesra sambil capai lobak. Nampak susah sikit sebab pinggang aku dipeluk manakala kepala dia mendarat kat leher aku.

"Sayang thank you." Ucapnya tiba-tiba. Dahi aku berkerut,

"Untuk apa ?" Aku ajukan soalan cepu mas walaupun aku dapat tangkap kenapa dia tiba-tiba ucapkan kata keramat tadi.

"For the special gift." Balasnya pula lantas tubuh aku dipusingkan menghadap dia, aku pun ikut je, pandang muka dia kemudian penglihatan aku jatuh pada tangan dia.

Pregnancy test yang aku letakkan dalam kotak tadi.

"Happy birthday husband." Ucap aku romantik kemudian bibir dia aku cium sebentar. Lepas bibir, pipi dia pula menjadi sasaran aku dan seterusnya dahi dan hidung. Dia pun tergelak bila aku buat macam tu. ey comelnya.

Aku capai tangan dia yang pegang pregnancy test aku.

"This is for you, your birthday gift from me. Maaf la sebab tak mahal, saya beli kat farmasi depan tu je." Aku cuba buat lawak namun dia kekal dengan expresi dia.

Dia nampak gembira.

"Thank you." Dia tarik aku masuk ke dalam pelukan dia. Kepala aku dibelai, tangan aku digenggam erat,

"I love you soo much aurora park." Bisiknya perlahan dan romantik.

"I love you with my entire heart." Sambungnya selepas beberapa saat terdiam.

"Jaga anak kita baik-baik okay sayang ? Jangan buat kerja berat-berat. Masak ni tak pe—" dia tarik tangan aku namun aku mengeras.

"Eh awak jangan macam-macam eh nak larang saya masak, saya pregnant anak awak tak sampai sebulan pun lagi. Saya sihat lagi." Aku senyum dan serabutkan rambut dia bila dia benamkan kepala di leher aku macam tadi. Kedua tangan dia pegang meja mengurung tubuh aku.

"Hm, jangan buat kerja berat-berat. Dengar tak ?" Dia angkat kepala, god dekatnya muka dia dengan muka aku sekarang.

"Yee dengar awak." Jawab aku panjang lantas bibir aku dicium sekilas dan dia berdiri tegak.

"Ey pergi la mandi dulu, bagi saya siapkan masak okay ? Nanti dah siap kita makan berdua sama-sama." Aku tolak dia keluar dari ruang dapur,

"Sayang jangan perasan eh kita makan berdua, kita bertiga okay sekarang." Dia singgah dan bercangkung. Belaian seorang lelaki kacak singgah di perut aku, senyuman lebar menghiasi wajah dia menampakkan dua gigi arnab yang comel tu.

Gembiranya aku bila reaction jungkook sama dengan apa yang aku bayangkan sejak semalam, positive.

Aku pun dah cukup lega bila dah bagitahu dia, sekarang aku boleh hidup bahagia kan dengan jungkook dan future child aku ?

Aurora park! Kau dah nak jadi mama tak lama lagi!

Jungkook pula ? Dia akan jadi ayah! Ayah kapada anak kau,

Tbc

Chemistry Teacher [ COMPLETED ]Where stories live. Discover now