43

5.3K 464 5
                                    

(Author p.o.v)

Bunyi pintu dibuka menarik perhatian aurora namun dia bereaksi tenang. Duduk di sofa sambil mata merenung tv. Sambil itu hatinya berharap agar jungkook melangkah ke arahnya namun hampa kerana lelaki itu terus bergerak ke dapur.

Aurora fed up! Apa kena dengan lelaki itu sampai macam ni sekali mogoknya ? Cepat dia bangun dan berlari anak ke dapur. Sakit batinnya apabila lelaki itu buat seolah-olah tiada dia di penthouse besar itu.

Jungkook yang sedang mengeluarkan juice dari peti sejuk diperhati dari dekat. Perasan dengan perhatian yang aurora bagi, dijeling sekilas gadis itu kemudian dia bergerak ke arah meja dan menuang juice tadi ke dalam gelas.

Menyirap darah aurora dengan kelakuan jungkook. Dia menapak ke lelaki itu kemudian memeluk pinggangnya dari belakang. Kepala pula diletakkan dibelakang badan jungkook.

Agak tersentak dengan perlakuan aurora namun dibiarkan. Menolak pun tidak, membalas pun tidak.

"Awak kenapa sebenarnya ni ? Saya buat salah apa sampai awak layan saya macam ni ?" Tenggelam timbul suara aurora bercakap kerana menyandarkan kepala di belakang jungkook. Suka betul dengan wangian lelaki itu.

"Fikir sendiri." Ringkas dan begitu pendek jawapan yang jungkook bagi. Berkerut seribu dahi gadis itu mendengar respon jungkook.

"Masalahnya saya tak dapat fikir, awak marah saya sebab saya pergi dengan daniel ke ?" Dia cuba meneka namun hampa soalan tadi jungkook biarkan. Dia kemudiannya melepaskan pelukan aurora dan mula berjalan naik ke aras dua penthouse.

Aurora tak berhenti di situ, dia berlari mengikuti langkah jungkook dari belakang. Dah mula pujuk, kena buat sampai habis!

Jungkook masuk ke bilik namun pintu tidak dikunci, dia tahu aurora kejar dia. Pantas aurora masuk ke bilik yang sama.

"So betul la awak marah sebab tu ?" Agak tinggi intonasi suara aurora. Jungkook yang sedang menyalin baju tidak diendah sama sekali, dah biasa tengok free show macam tu.

"Awak jawab la!" Menjerit juga aurora di situ.

"Kalau dah tahu kenapa tanya ?" Sinis percakapan jungkook, tenang walaupun dia selalunya pantang dengan orang yang bercakap tak kawal suara. Namun yang bercakap itu aurora, mahu dimarah sayang pula.

"Saya minta maaf okay ?" Suara gadis itu sengaja dilunakkan, perlahan-lahan dia menyulam langkah ke jungkook yang sedang bergerak ke katil.

"Tch, kau tahu tak dia cuba buat apa kat kau ? Ha ? Tahu ?" Belum sampai pun dia dengan lelaki itu, langkahnya terhenti. Terpinga-pinga dengan soalan yang diajukan tadi.

"Ap-apa ?"

"He was trying to rape you aurora park!" Tinggi suara jungkook tiba-tiba. Mengingatkan kembali perlakuan lelaki jahanam itu kepada aurora. Kalau dia lambat sedikit sahaja, habis. Hilang harta paling besar miliknya.

Aurora mati kata. Tiada yang mampu keluar dari mulut. Kepala masih cuba menghadam setiap bait kata jungkook.

Dia cuba untuk ingat apa jadi, dan sekarang semuanya terbongkar. Dia ingat, daniel ada memberinya segelas juice. Memang juice itu yang buat dia tak sedarkan diri.

Namun perkara itu ditolak jauh ke tepi, yang penting sekarang jungkook. Dia kena ambil perhatian lelaki itu kembali.

"Awak please ? Maafkan saya." Mata aurora mula berkaca. Rasa berdosa pula apabila tidak mendengar amaran jungkook untuk berhenti berkawan dengan daniel.

"Sini." Pergelangan tangan aurora ditarik dan automatik gadis itu terduduk di pehanya yang sedang duduk elok di birai katil. Terkejut juga aurora dengan tindakan jungkook namun didiamkan.

"Promise me first." Pinggang aurora dipeluk namun hanya pelukan longgar.

"What ?"

"Jangan dekat dengan dia lagi, kalau nak kemana-mana tell me first."

"Okay bos!" Aurora mula senyum. Mana tak senyum kalau jungkook kembali berlembut.

"That's my girl, dah keluar aku nak tidur. Mengantuk." Aurora bangun. Jam digital yang terletak di meja bersebelahan katil dikerling. 2.09pm.

"Awak pergi mana malam tadi ?" Soal aurora. Masih berdiri di birai katil melihat jungkook yang ingin baring.

"Somewhere."

Aurora angkat bahu mendengar jawapan jungkook lantas dia naik ke katil yang sama.

"Eh ? Mengantuk juga ?" Jungkook tanya perlahan. Mereka baring menghadap satu sama lain.

"Tak la, i miss you a lot. I wanna be with you, nak teman awak tidur." Jungkook tergelak, tangan dipanjangkan memeluk gadis di hadapannya itu.

Rasa selesa. Rindu betul dengan aurora.

+++

Hari aurora cukup dipenuhi dengan mesej dan panggilan daniel. Hilang moodnya. Tepat pula dengan hari dia kena period pain, kalau ada daniel di hadapannya memang mendapat la jawabnya.

"Ini kenapa monyok je ni ?" Yein pula yang sakit kepala tengok muka keras aurora.

"Kang daniel! Dia tak habis-habis kacau aku." Aurora mula frust. Naik sakit kepala bila panggilan masuk bertalu-talu. Yein pun dah tahu cerita dari aurora.

Kalau ikutkan hati, memang dibelasah daniel cukup-cukup. Muka bukan main baik, rupanya setan.

"Kau block number dia, dah settle."

"Ya tak ya juga kan ? Hais kenapa aku tak terfikir dari awal ? Gomawo yein shhi." Cepat jarinya bermain di skrin telefon,

Done blocking.

Mereka berdua duduk di kelas, melihat aurora yang tak larat nak bergerak kemana-mana laju sahaja yein ke kantin membeli makanan dan kembali semula ke kelas.

Biasa la sakit perempuan, tuhan sahaja yang tahu.

"Sakit lagi ke ?" Yein soal risau. Mana tak risau kalau dari tadi aurora menyeringai kesakitan.

Aurora angguk sebagai jawapan. Tak ada daya nak bersuara, makanan yang yein beli tadi pun tak disentuh.

"Kau tak makan ubat ke ?"

"Dah, selalunya telan dua pil tahan sakit dah okay tapi kali ni tak." Berkerut-kerut dahi menahan sakit. Seperti ada benda yang menusuk di dalam.

"Aku panggil jeon seonsaeng suruh hantar kau balik eh ? Lagipun dia guru bertugas minggu ni." Yein yang baru sahaja ingin berlalu tak jadi apabila ditahan oleh aurora.

"No need to call him, i can handle this." Tegah aurora, makanan di hadapan mula dicapai.

"Are you sure ?"

Aurora angguk lagi.

"Aurora park!" Mereka berdua sama-sama memandang ke arah pintu mendengar jeritan itu. Serta merta wajah aurora berubah kelat,

Kang daniel.

'Nak apa lagi dia ke sini ?!'

Tbc

Chemistry Teacher [ COMPLETED ]Where stories live. Discover now