70

4.4K 441 156
                                    

(Ariana p.o.v)

Jungkook keluar dari wad aurora. Mata berair, muka merah,

Sorry kook, aku tak bermaksud nak buat kau sakit hati macam ni. Im sure lepas kau terima aku, kau bahagia. Tinggalkan aurora and you get your happiness.

"Jungkook, dia okay ?" Aku raih tangan jungkook dan tarik dia duduk di kerusi kosong. Laluan nampak sunyi, takda orang.

Diam, dia tak balas soalan aku.

"I nak tolong dia tadi tapi dia berkeras juga nak turun sendiri. Maaf, i tak dapat selamatkan anak you." Aku genggam tangan kiri dia lembut. Fake it until you make it ariana.

"Jungkook please jangan macam ni, say something."

Aku pujuk dia. Dia pandang aku sekilas sebelum bersuara,

"You tak salah, dia yang salah. Dia tak jaga anak dia betul-betul." Sedaya upaya aku tahan bibir aku dari mengoyakkan senyuman lebar.

Ini la dia. Ini yang aku nak,

"Dia bunuh anak i." Sambungnya lagi.

Semakin riang hati aku bersorak.

Aku tak mimpi kan ? Memang jungkook yang cakap kan ? See ? Nice ariana, you did your best.

Nasib la aku sempat clear cctv penthouse jungkook,

Flashback

Lepas aku tolak aurora, dia pengsan. Darah mengalir keluar dari celah kaki,

Tangan aku menggigil. Aku tolak dia, aku gugurkan kandungan dia.

Aku perhati sekeliling. Shit! Ada cctv. Laju aku berlari mencari bilik cctv di seluruh pelosok penthouse sampai aku terjumpa satu bilik komputer di tingkat tiga.

Ya ini la dia.

Aku buka history, button clear aku tekan dan semua yang terakam tadi hilang. Tiada bukti.

Aku buka history cctv yang lain dan clear semua. Aku kena hapuskan semua bukti yang aku tolak aurora. Kalau jungkook jumpa semua bukti ni, segala usaha aku sia-sia.

And jungkook will hate me.

No way! Aku kena buat dia suka aku bukan benci.

Lepas dah pastikan semua benda bersih, aku keluar dan kembali ke tempat tadi. Aurora masih terbaring, pantas aku mendekati tubuh kaku itu dan aku tukar gaya seolah-olah dia sendiri yang jatuh. Natural scene.

Beg tangan aku buka dan handphone aku capai, nombor jungkook aku dail.

"Hello ? Jungkook! Aurora! Aurora jatuh tangga! Datang cepat."

Ayat gelabah itu keluar dari mulut aku sebelum aku end call.

This will be interesting.

End flashback

Jungkook berdiri,

"You nak kemana ?" Aku dongakkan kepala pandang dia yang sedang berdiri,

"Balik." Sepatah jawapan yang keluar.

"You tak nak temankan aurora ?" Soalan pancing, aku tahu jungkook sekarang tak hadap nak tengok muka perempuan tu.

"Dia boleh jaga diri dia sendiri, bukan budak lagi." Jawabnya ringkas,

"Habis you nak balik seorang ke ? Tak nak i temankan ?" Kali kedua, soalan pancing. Lama dia pandang aku sebelum mengangguk dan tersenyum kecil.

Jungkook, smiling at me.

+++

(Author p.o.v)

Seminggu berlalu namun kelibat jungkook tak pernah kelihatan di hospital. Bayang-bayang langsung tak muncul dalam bilik aurora.

Seminggu dia hadap kesedihan sendiri, seminggu dia meratapi kehilangan anak yang lagi empat bulan nak keluar, seminggu dia makan tak bersuap semuanya dibuat sendiri.

Yang datang melawat hanya la yein. Itupun sekali sekala disebabkan jadual belajar yang padat.

Telefon berjenama miliknya yang terletak elok di meja dikerling sekilas. Tiada bunyi,

Jungkook tak pernah call mahupun hantar satu mesej untuk tanya khabar. Selalunya kalau dia sakit, lelaki itu yang paling beria, tapi sekarang tak. Semuanya hilang.

Tapi aurora cuba sebaik mungkin untuk berfikiran positif. Mungkin jungkook juga perlukan masa untuk terima berita mengejut itu. Paling tidak pun, dia busy mengajar.

Jam dinding dipandang sekilas, dah dekat pukul 9 malam.

Laju tangan aurora mencapai telefon dan nombor jungkook didail. Hampir setiap malam dia call jungkook. Namun tak berjawab,

Bila berjawab, lelaki itu pasti diam. Langsung tak bercakap.

"Hello ?" Aurora menyapa apabila panggilan diangkat.

Sama seperti malam-malam sebelumnya, tiada jawapan dari lelaki itu.

"Awak kat mana ?" Soalan pertama dia ajukan. Cuba nasib namun tak berguna. Jungkook diam.

"Awak dah makan ?" Soalan kedua dan tubir matanya basah. Sikit lagi cecair itu akan jatuh ke pipi,

"Kau nak apa ?"

Terkejut dia apabila panggilan awak bertukar kasar. Sekian lama dia tak mendengar suara lelaki yang bergelar suami itu.

"Saya.." ayat aurora terjeda. Air mata dikesat sebelum menyambung

"Saya rindu awak." Makin deras air mata jatuh. Sebak bukan main,

Tut.

Panggilan mati.

Skrin telefonnya diperiksa, jungkook yang matikan.

Aurora tarik nafas dalam, sungguh luluh perasaan bila dia dilayan begitu. Mana jeon jungkook yang penuh dengan kasih sayang ? Mana jeon jungkook yang sentiasa berlembut ?

Klek.

Pintu bilik ditolak dari luar, nurse yang bertugas tersenyum ke arah aurora sambil membawakan makanan pesakit.

"Er nurse bila saya boleh discharge ?" Laju sahaja gadis itu menyoal, setiap kali ada nurse yang masuk pasti soalan itu yang ditanya.

Tak sabar rasanya ingin berjumpa jungkook.

"Doctor areum kata awak boleh discharge esok kalau nak." Ramah nurse itu menjawab.

Mata aurora yang sedikit berair kini membuntang gembira. Siapa yang tak gembira bila peluang bertemu suami dah ada kan ? Tipu la kalau tak.

Mata dia kembali ke skrin telefon dan sekali lagi nombor jungkook dicari. Tapi kali ini hanya satu mesej yang dihantar sebab dia tahu kalau dia call lagi sekali pasti tiada jawapan.

Awak, saya discharge esok. Boleh jemput saya kan ?
9.04p.m

Kookie
Aku busy, suruh orang lain.
10.50 p.m

Tbc

Hambar dan merepek level 100

Chemistry Teacher [ COMPLETED ]Where stories live. Discover now