(Jungkook p.o.v)
Aku pandang laura yang duduk di seat belakang melalui cermin. Wajah innocent, mata layu pandang ke luar tingkap.
Dia betul-betul sakit ? Tapi kenapa..
'I don't know, saya pening dan bila bangun terus ada kat sini.'
Ayat dia tadi asik bermain di kepala aku. Dengan semua jawapan yang dia berikan, maid baru semua tu. Nampak ada yang tak kena.
Kenapa aku macam ni ? Kenapa aku syak ?
'Dia pengsan tadi waktu buat check up, ni baru sedar dia suruh saya tolong call'kan encik jungkook.'
Alasan dia ada kat hospital berbeza dengan nurse yang menelefon aku.
Siapa yang menipu dan apa motif menipu ?
"Laura, esok maid datang jam berapa ?" Aku pandang dia lagi, stereng kereta aku ketuk beberapa kali menggunakan jari telunjuk.
"Tengahari." Balasnya sepatah.
Aku angguk tanda faham.
Aurora yang duduk di sebelah aku pandang sekilas, kesian dia. Tertidur tayang muka nganga aigoo.
Sebelah tangan aku angkat dan kepala itu aku usap, rambut yang jatuh ke muka aku selit ke belakang telinga. Tak kesah la laura ada kat belakang ke, aku terlalu sayang dengan budak kecil ni.
+++
(Author p.o.v)
"Awak dengan aurora boleh tidur kat bilik tu." Laura mengarahkan jari telunjuk ke arah satu bilik. Laura kemudian pandang aurora yang sedar tak sedar, mamai baru kena kejut kat kereta tadi.
Jungkook seboleh-bolehnya tak mahu keluarkan suara apabila bercakap dengan perempuan itu. Oleh itu, hanya anggukan sahaja yang menjadi balasan.
Tangan aurora diraih dan dibawa ke bilik yang dimaksudkan tadi.
"Sorry." Sepatah perkataan yang keluar dari mulut jungkook berjaya membuatkan dahi aurora berkerut.
"Sebab ?"
"Yela kan sebab saya juga awak kena ikut pergi sini." Jungkook ambil tempat di birai katil, sebelah aurora. Tangan gadis itu digenggam lembut.
"Hal kecik je." Aurora senyum menayangkan gummy smilenya.
"Dah tidur la, mengantuk kan ?" Sekali lagi kepala itu diusap seperti budak kecil. Jungkook betul-betul manjakan gadis itu.
"Hm." Aurora iyakan dan ambil tempat di katil yang tersedia di bilik tersebut. Rasa asing tapi memang itu la tempat yang akan jadi tempat tidur dia malam ini.
Itupun kalau dia tidur, dia ada misi nak buat. Dia takkan bagitahu jungkook, takut nanti jungkook tak percaya dan halang dia buat kerja geledah tu.
Lama aurora berlakon tidur, lepas dia dengar dengkuran kecil jungkook, baru dia putuskan nak buka mata. Kepala dipusing menghadap jungkook, betul jejaka itu dah tertidur.
Perlahan-lahan dia bangun dan jalan terjengket-jengket keluar dari situ.
(Aurora p.o.v)
Aku perhati kiri dan kanan, boleh tahan besar juga rumah laura ni. Aku tak tahu nak mula dari mana. Bilik dia ?
God, mudahkan kerja aku.
YOU ARE READING
Chemistry Teacher [ COMPLETED ]
Fanfiction[WARNING] Jangan rosakkan hubungan bahagia aku dengan cikgu chemistry paling kacak di akhir zaman ini. Beautiful cover by @KittyAleeya05