(author p.o.v)
Aurora melangkah lemah ke bilik cikgu jeon. Malang tak berbau, sungguh menyesal dia ambil keputusan nak ponteng tadi.
Dah lah kantoi, heih. Sekarang kena jumpa dia pula.
Aurora ketuk pintu dan buka, dia masuk dan menundukkan kepalanya beberapa kali. Matanya dilarikan agar tidak ter'eye contact dengan cikgu jeon.
"cikgu nak bagi kerja kimia lagi ke ? Jebal, andwae. Kerja kimia semalam pun saya tak siap lagi." aurora merengek, merayu agar tidak diberikan apa-apa hukuman.
Jungkook pandang aurora sambil pen yang dipegang diletakkan ke dagu. Rambutnya diserabutkan memandangkan waktu sekolah telah tamat.
"saya ada kata nak bagi kerja ke ?" kening kacak lelaki itu dijongket, aurora diam. Betul juga, mana ada dia kata nak bagi kerja.
Tapi boleh jadi kan ?
" geurigeo ?"
"saya panggil awak sebab nak pergi butik. Try baju wedding. "
Terpaku aurora sebaik sahaja mendengar kata-kata lelaki yang bergelar cikgu di hadapannya itu.
"shirheo! [tak nak]" aurora membantah sungguh dia tak mahu berkahwin dengan lelaki yang lebih tua dan garang yang duduk di hadapannya.
Jungkook berdiri, kedua tangan di masukkan ke dalam poket. Dengan langkah perlahan dia mendekati tubuh aurora.
Aurora melangkah sedikit demi sedikit ke belakang. Apa dia nak buat ni ?!
Langkah aurora terhenti akibat dinding yang menghalang. Dinding di belakangnya manakala jungkook di hadapan, betul-betul terbatas pergerakan aurora sekarang. Dia tutup mata apabila jungkook dekatkan muka. Tangan sasa lelaki itu pula diletakkan ke dinding.
"wae shirheo ? [kenapa tak nak ?] " cikgu bernama jeon jungkook itu menyoal perlahan dengan nada suara yang mampu membuatkan pelajar perempuan lain naik gila dan pengsan.
"saya nak nikmati masa remaja saya. Tak nak kawin awal, lagipun saya ada crush, kalau kawin nanti macam mana nak usya dia lagi ? Saya tak nak. Cikgu ? Cikgu pun mesti ada yeochin, saya tak nak yeochin cikgu serbu saya, saya nak hidup bahagia dan tenang. Cikgu pun mesti nak hidup bahagia, an gurae ? [bukan begitu ?] kalau nak hidup bahagia, tak payah kawin dengan saya. Tak best kawin dengan saya, cikgu akan terseksa. " laju aurora bercakap. Dah tak tahu beza itu bercakap atau tengah rap.
Terletus juga gelak ketawa jungkook mendengar kata-kata pelajarnya itu. Geli juga sebab air liur ada yang menempel kat muka kacaknya.
Dia jauhkan wajah, tangan kembali dimasukkan ke dalam poket seluar.
"geogjeongma [dont worry], saya tak ada yeochin so awak selamat. "
Aurora pandang wajah jungkook dalam. Menipu la tak ada yeochin.
"no excuse, saya tak nak malukan keluarga saya, undangan dah tersebar. Awak pun mesti nak jaga nama baik keluarga awak kan ? Jadi jangan membantah. Jom. "
Aurora tak tahu nak cakap apa lagi. Betul juga kata jungkook.
Mengalah dan ikut sahaja langkah cikgu jeon jungkook.
+++
(jungkook p.o.v)
Butik The Gorgeous menjadi tempat tujuan, omma dah send alamat tadi.
Tak sabar betul dia nak ada menantu, aku lirikkan mata ke cermin, pandang budak kecik tu duduk kat belakang. Aku suruh duduk depan tak nak, berkeras nak duduk belakang.
YOU ARE READING
Chemistry Teacher [ COMPLETED ]
Fanfiction[WARNING] Jangan rosakkan hubungan bahagia aku dengan cikgu chemistry paling kacak di akhir zaman ini. Beautiful cover by @KittyAleeya05