(Author p.o.v)
Aurora melepaskan lelahnya di atas sofa. Sungguh letih dia, mana tak nya kalau hampir semua kerja dia yang kerjakan, mula dari menghias dan menampal di tempat yang tinggi sampai ke rendah.
Boleh dikatakan dewan itu memang dihias sendiri. Laura jangan cakap, dia hanya fokus dengan telefon dan tahu mengarah sahaja. Sumpah ini kali terakhir aurora bersetuju untuk membantu cikgu itu.
Duduk dalam lima minit, dia berdiri dan menuju ke lift dengan langkah yang agak perlahan dan payah.
Kakinya bengkak tadi akibat terjatuh dari tangga. Sudah bengkak, kena pulang ke rumah dengan bas lagi memang naya hidupnya.
Belum sampai pun dia ke depan lift, lift terbuka sendiri dan adegan pagi tadi berulang. Tapi kali ini berbeza apabila aurora endah lelaki itu dan fokus dengan langkahnya yang payah.
Jungkook pandang dia atas bawah.
"Kaki kenapa ?" Soal jungkook, kali ini lembut sahaja intonasi suara jejaka itu.
"Jatuh." Sepatah jawapan aurora. Malas hendak berkomunikasi mungkin.
Mendengar jawapan acuh tak acuh itu, jungkook diam dan tanpa berfikir panjang tubuh gadis itu didukung dan dibawa masuk ke dalam lift, menjerit juga aurora di situ.
"Yah turunkan saya la!" Bahu jungkook ditepuk perlahan. Permintaan aurora tadi dibiarkan tergantung sepi.
Tubuh gadis itu dibawa ke bilik dan diletakkan elok di atas katil, lantas dia duduk bersama di birai katil tersebut.
Kaki yang bengkak diletakkan diatas riba. Ditilik lama kaki mulus itu, bengkak besar.
"Macam mana boleh jatuh sayang ?" Soalan itu keluar tiba-tiba bersama panggilan yang selalunya akan membuat perempuan lain meraung termasuk aurora,
Tapi kali ini tidak, aurora diam dengan wajah yang dingin. Dibiarkan kakinya disentuh oleh jungkook.
Malas hendak bertekak, selagi dia bertekak selagi itu la dia akan mendengar suara jungkook dan selagi itu juga dia susah nak move on.
"Aku tanya ni, kenapa kaki boleh bengkak macam ni ?" Soalan sama diajukan, masih dalam intonasi yang lembut.
"Awak boleh tak jangan bagi saya harapan macam ni ? Sakit tahu ?" Ayat yang langsung tiada kena mengena dengan soalan yang dia keluarkan, jungkook pandang dia lama.
"Siapa yang bagi harapan ? Aku tak pernah bagi harapan kat siapa-siapa termasuk kau." Tenang lelaki itu menjawab,
"Tch." Sinis senyuman aurora, rasa betul-betul dibodohi.
"Awak suka laura seonsaeng kan ? Kalau suka dia, buat cara suka."
Jungkook ketap bibir mendengar ayat gadis itu.
"Cara suka ? Macam mana ?" Sengaja dia ajukan soalan pemanas kepada aurora.
"kawin dengan dia."
"Tak sakit tengok suami sendiri kawin dengan orang lain ?"
Diam. Tiada jawapan bagi soalan jungkook.
Jungkook pandang aurora lagi,
"I know youre hurt seeing me and her getting back kan ?"
Terkedu, soalan apa ni ?
"Sayang listen, kalau kau percaya aku, cintakan aku, kau takkan macam ni." Lembutnya suara jungkook bertutur membuatkan aurora tiada kata-kata untuk membalas, dibiarkan lelaki itu menghabiskan ayatnya.
"Aku tak pernah bagi kau harapan, semua yang kau lalui ni kenyataan, kasih sayang dan perhatian yang aku bagi, semua tu sebab aku cinta,"
"Ada sebab kenapa aku buat benda ni, kenapa aku balik dengan dia, semua tu ada sebab."
"One thing you should know is, i love you sayang. Thats it."
Sungguh, gadis itu diam tak berkutik. Tak tahu nak jawab apa bagi luahan sebentar tadi.
"Bagitahu sebab kenapa awak balik dengan dia, macam mana saya nak percaya kalau saya tak tahu ?" Wajah tampan jungkook direnung dalam, mengharapkan jawapan daripada soalannya.
"Kau tak perlu tahu kenapa, dah rehat elok-elok. Aku nak keluar dengan laura."
Kaki aurora diketepikan dan dia berdiri. Betapa jujurnya lelaki itu kepada aurora,
Sakitnya hati bila jawapan yang diharap tidak diberikan. Tambah sakit lagi bila jungkook berterus terang hendak bersama dengan laura.
"Sampai hati awak."
Sempat dia ajukan ayat itu sebelum jungkook melangkah keluar. Keluar sahaja jungkook, berderai air mata yang ditahan sejak tadi.Macam mana lelaki itu boleh meluahkan perasaan dan terus menyakitkan hati dalam satu masa ? Cinta ?
Tch, penipu.
Kalau cinta kenapa sanggup berbuat demikian ?
Tak mungkin dia cintakan dua insan dalam satu masa,
Tapi siapa yang betul-betul dicintai ? Jungkook sahaja yang tahu memandangkan dia yang mempunyai rasa dan perasaan tersebut.
"Tak apa seonsaengnim, saya cuba jauhkan diri dari awak. Saya akan lakukan apa je supaya seonsaengnim ceraikan saya, ya saya akan buat."
Tbc
YOU ARE READING
Chemistry Teacher [ COMPLETED ]
Fanfiction[WARNING] Jangan rosakkan hubungan bahagia aku dengan cikgu chemistry paling kacak di akhir zaman ini. Beautiful cover by @KittyAleeya05