85

5.9K 472 54
                                    

(Author p.o.v)

"Jeon jungyeon! Jangan lari nanti jatuh, luka." Jungkook menjerit dari jauh melihat kelakuan anaknya yang lasak macam lelaki. Ya dia tengah luangkan masa dengan jungyeon.

Jungwoo ? Anak yang satu itu lebih pilih untuk stay rumah main game. Dia tak risau sebab aurora ada kat rumah.

Senang cerita sekarang, dia date dengan jungyeon. Sweet kan ?

"Papa papa, i want ice cream. Boleh ?" Jungyeon datang ke arah jungkook yang sedang duduk di kerusi. Jungkook dah agak, dengar sahaja bunyi truck ice cream tadi memang dia dah agak jungyeon datang.

"Tak boleh. Tadi papa suruh jangan lari kan ? Awak lagi juga, so no ice cream for you." Jungkook peluk tubuh. Matanya dialihkan memandang tempat lain.

Jungyeon mencebik manja, "yela yela yeon minta maaf. Lepash ni tak lari lagi. Bole la papa." Hujung baju jungkook ditarik-tarik.

Jungkook tak tahan, comel sangat!

"Ey nasib comel macam mama dia, kalau tak memang papa dah buang pergi semak samun sana." Jungkook berdiri. Tangan jungyeon diraih dan dibawa ke truck ice cream.

"Ahjushi, yeon nak chocolate vanilla boleh ?" Belum sempat jungkook bersuara, anak kecilnya itu sudah terlebih dahulu memesan perisa. Dia pandang jungyeon, amboi!

"Boleh. Sekejap ya ?" Kata ahjushi itu dan dibalas dengan anggukan manja jungyeon. Jungkook senyum sahaja. Nasib kau la dapat anak hyper plus comel gini.

Dapat sahaja ice cream, jungkook hulur sekeping not duit. Jungyeon ? Dia dah lari dulu pergi join budak-budak yang juga ada di kawasan permainan itu.

"Jungyeon! Papa cakap apa tadi ?"

"Yeon tak lari pun la, ni tengok ha yeon tengah jalan." Jungyeon jalan terkedek-kedek. Tunjuk kat jungkook yang dia tak mungkir janji.

Jungkook berjalan ke arah kerusi tadi. Dia fokus dengan skrin gajetnya, sekejap-sekejap dia pandang jungyeon. Risau kalau anaknya itu jatuh atau apa.

"Hey." Satu teguran membuatkan jungkook dongak. Berkerut sekejap dahi, dia tak kenal dengan perempuan ini.

"Yes ?" Soal jungkook sepatah.

"Boleh saya duduk ?" Soalan berbalas soalan. Jungkook pandang sekeliling, banyak lagi kerusi kosong tapi dia angguk sahaja memandangkan kerusi tu memang untuk orang awam.

Kemudian dia kembali fokus dengan telefon.

"Nama awak apa ? By the way nama saya claa." Perempuan yang kenalkan diri ini hulurkan tangan ingin berjabat dengan jungkook.

Jungkook diam sekejap kemudian menjawab, "jungkook."

Tangan claa langsung tidak disambut. Rasa lain ada la, entah dari mana datangnya perempuan itu tiba-tiba kenalkan diri.

"Papa!" Jungyeon berlari anak menuju ke arah jungkook, diperhati claa yang duduk di sebelah jungkook kemudian dia pandang jungkook.

"Ini anak awak ?" Soal perempuan itu lagi. Jungkook angguk. Ikutkan hati dia taknak layan tapi takut digelar biadap. Bukannya orang tak tahu yang dia dingin.

"Papa siapa ni ?" Jungyeon pula bertanya. Jungkook geleng kepala tanda dia tak kenal.

"Jeon jungkook, tak berubah ya ? Sama je keras dari dulu sampai sekarang." Terus jungkook pandang perempuan yang duduk disebelahnya.

Berkerut dahi.

"Saya la! Clara!" Teruja dia kenalkan diri. Jungyeon pula hanya memandang.

Jungkook cuba imbas semua maklumat yang ada dalam otak.

Chemistry Teacher [ COMPLETED ]Where stories live. Discover now