DA - 17

74.8K 3K 125
                                    

Elly Adelia dan Maya sama sibuk dengan orang-orang kampung. Mereka bertungkus lumus menyediakan masakan untuk majlis akad nikah pada malam nanti. Elly Adelia dan Maya nampak macam gadis kampung. Berbaju-t dan berkain batik. Cuma bezanya si Maya tidak memakai tudung!

"Amboi, anak dara. Rajinnya! Cik Leha ingatkan bila kamu berdua duk bandar sana tak nak turun dapur lagi dah" Cik Leha menegur mereka berdua.

"Alaa, Cik Leha biasalah dah anak dara kenalah turun dapur. Tak macam dua anak dara sana tu. Budak bandar langsung tak buat apa-apa" sindir Cik Mah pedas.

Kata-kata dia dituju kepada dua sepupu Maya yang duduk goyang kaki di bawah khemah. Siap bergelak ketawa dengan anak-anak muda kampung lagi. Dah lah pakai baju tak cukup kain!

"Biarlah Cik Nab. Mujur ada dua orang ni haa tolong kita" tambah Mak Senah pula.

Maya tersenyum saja. Tangan dia ligat menyiang ikan yang berbakul-bakul itu. Elly Adelia pula menyiang bawang dan sayur-sayur yang lain.

"Cik Leha ayam ni nak letak mana?" Muncul Ahmad Mikael di bawah khemah di bahagian dapur.

Dia membawa sebakul ayam yang tidak dipotong lagi. Ahmad Mikael tetap nampak segak biarpun sudah bermandi peluh.

"Kamu Mika! Haa letak sebelah Adel tu. Biar dia dan Mak Senah yang buat" jawab Mak Senah.

Ahmad Mikaek meletakkan bakul-bakul yang berisi ayam di hadapan Mak Senah dan Elly Adelia. Dia sempat berbalas senyuman dengan gadis itu. Sudah dianggap macam adik dia sendiri.

"Abang Mika beli berapa ekor? Banyaknya.." terpegun Elly Adelia melihat lima buah bakul yang beris ayam.

"Erm..30 ekor macam tu lah. Abang Iz yang belikan. Abang handle bahagian daging-daging. Petang nanti baru daging lembu sampai" ujar Ahmad Mikael. Dia mengelap peluh di dahi dengan kain putih yang tersangkut di lehernya.

"Makan besar lah kita ya.." usik Cik Nab lalu disambut gelak makcik-makcik yang lain.

Asyik mereka bersembang dua buah kereta mewah memasuki perkarangan rumah itu. Sebuah kereta Audi A4 dan sebuah lagi BMW. Ahmad Muiz yang kebetulan perasan terus pergi ke arah dua buah kereta itu.

Berkerut muka dia melihat dua lelaki yang segak dengan pakaian santai tersenyum kepada dia. Mereka bersalaman. Orang-orang kampung dah memanjangkan leher melihat gelaran yang membawa kereta mewah itu.

"Assalamualaikum bang! Saya Daniel dan ni kawan saya Zul. Kami datang ni dijemput oleh Maya" ramah Daniel Arfan menegur Ahmad Muiz yang nampak terpinga-pinga itu.

"Ahh Maya yang jemput. Mari-mari masuk.." Ahmad Muiz ramah menjemput dua tetamu itu masuk ke dalam rumah.

Dia membawa dua jejaka itu berjumpa dengan berjumpa dengan Mak Peah dan Pak Leh. Dua-dua nampak mesra menerima tetamu itu.

"Kamu dengan Maya ni ada apa-apa ke?" Tajam mata Pak Leh memandang Zul yang nampak kekok itu. Biasalah bekas askar.

"Err..dia kekasih saya" lambat-lambat Zul berkata. Gerun pula dengan Pak Leh yang nampak tegas itu.

Kemudian orang tua itu tersenyum lalu bahu Zul ditepuk mesra. Ahmad Muiz sudah terkekeh ketawa melihat wajah takut Zul itu.

"Pak Leh tak marah pun. Nak berkawan dengan anak Pak Leh boleh. Jaga dia baik-baik. Kalau Pak Leh tahu kamu sakitkan dia, siaplah kamu!" Pesan Pak Leh sebelum dia turun ke bawah.

Daniel Arfan memandang Zul lalu mengangkat keningnya. Zul tersenyum puas kerana mendapat lampu hijau dari bakal bapa mentua dia itu. Ahmad Muiz ramah melayan mereka berdua.

DANIEL ADELIA | C | A R S •4•Where stories live. Discover now