DA - 24

71.3K 2.9K 74
                                    

Elly Adelia mengelap peluh di dahi dengan hujung lengan bajunya. Peluh mula membasahi dahinya apabila dia tidak henti-henti menyiapkan kerja dapur. Tudung bawal pula sudah diikat ke belakang leher kerana berasa rimas dan panas. Tangan dia lincah menumbuk-numbuk lada di dalam lesung batu.

"Kau masak apa?" Terhenjut bahu gadis itu kerana sergahan dari Daniel Arfan.

Dia berpaling seketika. Daniel Arfan bersandar di kabinet dapur bersebelahan dengan gadis itu. Mata dia tidak lari dari menilik wajah cantik Elly Adelia.

"Nasi putih, ikan goreng, sup kaki ayam dan sambal belacan" lancar bibir merah itu menyebut menu masakan tengah hari mereka.

Daniel Arfan tersenyum. Kecur air liur dia mendengar nama masakan tadi. Tambah-tambah lagi Elly Adelia yang memasak. Dapat juga dia merasakan air tangan Elly Adelia.

Daniel Arfan semakin merapat. Wajah dia didekatkan ke leher gadis itu tanpa disedari. Dia menghidu bau tubuh dari Elly Adelia. Walaupun berpeluh, masih berbau wangi dan mampu mengoncangkan iman Daniel Arfan.

"Tak menyabar nampak.." sergah satu suara membuatkan Daniel Arfan terus menjarakkan diri dia.

Tengku Fatimah masuk ke ruangan dapur bersama dua cucu kesayangan dia. Masing-masing berbaju kurung dan berkain batik. Rambut pula diikat satu. Daniel Arfan terus berubah wajah melihat Tengku Fazira.

"Zira! Lisa! Pergi masak!" Arah Tengku Fatimah tegas.

Dua gadis itu akur. Ini juga salah satu rancangan mereka bertiga. Tengku Fazira terus merambas lesung batu dari tangan Elly Adelia. Terpinga-pinga gadis itu apabila tugas mereka diambil alih.

"Hari ni biar kami buat kerja. Kau pergi duduk sana.." halau Tengku Fazira.

Tengku Alisa pula membuka api dapur. Minyak dituangkan ke dalam kuali. Elly Adelia akur dan menjauhkan dirinya. Daniel Arfan awal-awal lagi sudah beranjak. Tak ingin dia mendekat dengan Tengku Fazira.

"Err..tapi korang tahu ke nak masak?" Terluah juga soalan yang berlegar-legar di fikiran Elly Adelia.

Setahu dia, dua gadis itu mana pernah masuk dapur. Masak apatah lagi. Bimbang dapur Mak Peah meletup pula nanti.

"Kau mulut jangan nak mengata cucu aku! Mana tahu cucu aku masak lagi bagus dari kau" mencerlung mata Tengku Fatimah. Elly Adelia terus tertunduk. Gerun.

"Daniel, saya masak special untuk awak hari ni. Ayam masak merah! Mesti awak suka kan?" Tersenyum sendiri Tengku Fazira sambil mata dia melirik menggoda pada Daniel Arfan.

"Err..kalau macam tu Adel pergi depan dululah.." Elly Adelia meminta diri. Tak sanggup lagi dia berada disitu lama-lama.

"Haa pergilah. Ada kau pun menyemak je" kasar Tengku Alisa menghalau Elly Adelia.

Tengku Fatimah hanya membuat muka saja. Kemudian dia mengalihkan pandangan pada cucu kesayangan dia. Daniel Arfan yang rasa meluat itu, terus menarik tangan tunang dia dan berlalu dari situ.

Mereka berdua duduk di pangkin berdua-duaan. Zul dan Maya pula pergi ke pekan cari bahan basah yang dah habis. Sambil-sambil itu mereka ber-dating. Ahmad Mikael sudah kembali bertugas dan Ahmad Muiz pula sibuk berhoneymoon dengan isterinya. Mak Peah dan Pak Leh pula berada di kebun.

"Ahh leganya.." Daniel Arfan bersandar di batang pokok. Kaki dilunjurkan dan kedua tangan dia dialas ke belakang kepala.

Elly Adelia pula bersimpuh di sebelah lelaki itu. Dengan memakai kain batik tidak elok pula kalau bersila. Mahu terselak nanti! Lagi-lagi ada Daniel Arfan bersama dengannya.

DANIEL ADELIA | C | A R S •4•Where stories live. Discover now