DA - 2

103K 3.9K 31
                                    

Re - write [ edit ]
___________________

"Eh.. budak kau angkat kotak tu! Lepas tu kau kemas semua barang yang bersepah ni!" Arah Liana kepada Elly Adelia.


lly Adelia hanya menurut saja. Kerja itu memang sebati dalam dirinya. Liana pula hanya duduk dikerusi mengoyangkan kakinya. Satu kerja pun dia tak buat.

Elly Adelia mengangkat semua kotak-kotak yang disusun secara bertingkat itu. Kotak itu perlu dialihkan ke stor. Pekerja lain hanya memandang Elly Adelia penuh simpati. Mereka tak boleh bersuara kerana Liana bos mereka.

Elly mengangkat kotak-kotak yang berat itu menuju ke stor. Perut yang berbunyi tidak dia hiraukan. Kerja harus dibereskan segera.

BUK!

Elly Adelia tercengang melihat orang yang di langgar olehnya. Malah isi di dalam kotak habis terkeluar kerana perlanggaran kuat itu.

"Mampus.." bisiknya perlahan. Bibir bawahnya digigit. Tabiat dia apabila risau akan sesuatu.

Lelaki itu bangun sambil menepuk-nepuk bajunya. Elly Adelia segera menundukkan wajahnya. Bimbang kena tempias lelaki itu nanti.

Tajam mata lelaki itu memandang perempuan di hadapan dia. Dia memandang perempuan itu atas bawah. Kemudian dia tersenyum sinis apabila melihat pakaian yang tersarung di tubuh perempuan itu.

"Kau budak bahagian housekeeping kan?" Dia menyoal Elly Adelia yang tadi tidak bersuara.

Perlahan-lahan Elly Adelia mengangguk. Baru saja dia mahu mengangkat wajahnya suara Liana yang memetir memanggil dirinya membuatkan wajah dia berubah pucat.

"Kau budak! Asal lembap sangat hah! Tengok habis barang ni rosak sebab kau! Kalau bos tahu habis aku kena marah kau tahu!" Liana menyekeh kepala Elly Adelia dengan geram.

"Ma--maaf bos. Saya tak sengaja.." ujarnya.

Liana mendengus kasar. Ingin saja dia hamburkan amarah dia. Tapi apabila terperasan lelaki kacak di hadapan dia terus dia tidak jadi. Malah dia tersengih kekok.

"Err.. awak buat apa kat sini? Perlukan apa-apa ke? Bilik bersepah? Kami boleh hantarkan pekerja ke sana"

Liana masih belum menyedari bahawa Daniel Arfan itu merupakan bos dia. Pemilik hotel yang dia bekerja sekarang ini.

"Err..saya minta diri dulu" Elly Adelia cepat saja mengutip barang-barang yang terjatuh tadi.

Daniel Arfan hanya memandang saja kelibat Elly Adelia berlalu pergi. Sempat dia membaca tanda nama gadis itu. Tersenyum sinis dia apabila mengenali nama itu.

*****

Elly Adelia terduduk kepenatan di atas tangga. Peluh di dahi dilap dengan hujung baju kerjanya. Tudung yang senget-senget di kepala dia dibetulkan.

"Kau tak nak rehat ke? Beberapa minit lagi waktu rehat nak habis?"

Maya rakan sekerjanya menegur. Gadis itu duduk di sebelah dia.

"Kalau aku rehat pun bukan sempat. Lagi pun makanan kat cafe mahal. Warung yang kita selalu pergi tu jauh.."

Maya mengangguk. Ada betulnya. Tapi dia kasihan dengan Elly. Banyak gadis itu lalui untuk hidup. Bukan mudah untuk gadis itu bangkit.

"Kalau kau call aku tadi aku boleh tapaukan makanan untuk kau"

Elly Adelia hanya tersenyum saja. Nak buat macam mana, terpaksa lah dia mengikat perutnya hari ini. Sekaligus jimat duit belanja dia hari ini.

Perbualan mereka terhenti apabila di datangi seorang lelaki. Kemas bersut hitam dan berkulit sawo matang. Tetapi tetap kacak di pandangan mata mereka.

"Siapa Elly Adelia?" Lelaki itu mula menyoal mereka.

Maya pantas saja menunjuk ke arah Elly Adelia yang keletihan itu. Gadis itu agak terkejut apabila dirinya dicari lelaki itu.

"Cik Adelia sila ikut saya. Bos saya nak jumpa cik Adelia.." ujar lelaki itu sopan.

"Tapi saya tak kenal bos awak. Buat apa saya nak ikut? Buatnya korang nak culik saya habislah saya.." Elly Adelia mula memikirkan bukan-bukan.

Zul hanya tersenyum saja. Sudahlah in arahan dari bos dia. Nak tak nak dia kena paksa juga gadis itu.

"Cik Adelia kena ikut saya juga. Kalau cik Adelia tak ikut kerja cik akan hilang" Zul tersenyum.

Elly Adelia dan Maya membuntangkan mata mereka. Terkejut! Tak kan sebab tak ikut arahan lelaki itu dia terpaksa hilang kerjanya.

"Del, baik kau ikut. Aku tak nak kau hilang kerja. Siapa nak teman aku nanti" pujuk Maya. Lengan Elly Adelia digoyangkan.

"Ahh... err saya ikut awak" kata Elly Adelia dalam nada cemas.

Zul tersenyum. Nampaknya dia telah berjaya. Maya hanya menghantar kepergian sahabat dia dengan ekor mata. Dalam hati dia berdoa keselamatan kawannya itu.

DANIEL ADELIA | C | A R S •4•Where stories live. Discover now