DA - 19

72.3K 3K 106
                                    

Daniel Arfan memandang Elly Adelia yang sibuk bergambar dengan rakan-rakan dia. Sejak tadi dia hanya berdiri sambil memerhati si tunang yang nampak gembira itu.

Daniel Arfan tersentak apabila terasa bahu dia disentuh. Dia menoleh, wajah Tengku Fatimah dipandang dengan pandangan pelik.

"Aku nak cakap dengan kau kejap.." kata Tengku Fatimah. Ditenung Daniel Arfan lama.

"..kau ikut aku! Aku tak nak cakap kat sini. Ramai orang pasang telinga" Tengku Fatimah menjeling Mak Peah yang memandang dia dengan riak pelik.

Daniel Arfan tanpa berkata mengikut saja langkah orang tua itu. Lagi pun mereka hanya mahu berbual sahaja. Bukan buat apa-apa pun. Sampai saja di bawah pohon mangga, Tengku Fatimah menghentikan langkah dia.

"Ada apa Tengku nak jumpa saya?" Sopan nada yang digunakan oleh lelaki itu.

"Aku nak bincang sesuatu dengan kau. Sebelum tu mana kawan kau?" Tengku Fatimah mencari kelibat seorang lelaki yang sering bersama dengan Daniel Arfan.

"Dengan Maya" tenang saja Daniel Arfan memandang wajah Tengku Fatimah yang sudah berubah menyinga itu.

"What? Aku nak tahu macam mana kau dengan kawan kau tu suka dengan Maya dan Adel?"

"Jodoh Tengku. Orang kata jodoh tak akan ke mana" ujar Daniel Arfan. Dalam diam dia berasa kurang senang dengan Tengku Fatimah.

"Aku nak korang jauhkan diri dari Maya dan Adel!" Tegas Tengku Fatimah. Tak memikirkan langsung perasaan orang lain.

"Kenapa pula? Hubungan kami tak ada masalah. Lagi pun kami dah bertunang" jujur Daniel Arfan.

Tengku Fatimah mendengus kasar. Jelas dia tidak suka dengan kenyataan yang keluar dari mulut lelaki itu. Dia tidak suka melihat Maya dan Elly Adelia bahagia!

"Aku nak korang putus! Kalau kau nak tahu, Maya dan Adel tu dah ramai teman lelaki. Dorang dah tidur dengan ramai lelaki. Aku tak nak korang jadi mangsa" tegas Tengku Fatimah. Kali ini dia memandang Daniel Arfan serius.

Daniel Arfan tersenyum sinis. Nak tipu dia? Memang tak akan berjaya.

"Kau jangan nak buat cerita orang tua. Aku tahu siapa Maya dan Adel tu. Jadi kalau kau nak karang cerita yang bukan-bukan tentang dorang baik tak payah! Sebab aku tak akan percaya!" Tajam Daniel Arfan merenung Tengku Fatimah.

"Ikut kau lah nak percaya aku tak! Aku dah halang, jangan sampai korang menyesal!"

Tengku Fatimah meninggalkan Daniel Arfan disitu. Bibir diketap kuat apabila rancangan dia tidak berjaya. Dia tidak akan berdiam diri!

"Macam mana nenda? Berjaya tak?" Tengku Fazira memegang lengan Tengku Fatimah. Mata dia bersinar memandang nenda dia.

Tengku Fatimah mengelengkan kepala dia. Terus cemberut wajah Tengku Fazira. Tengku Alisa pula terpinga-pinga memandang mereka berdua.

"Takpe Zira. Nenda tahu nak buat macam mana! Jangan harap dorang boleh bahagia!"

Tengku Fazira tersenyum gembira. Tubuh Tengku Fatimah dipeluk erat. Tengku Alisa memandang mereka meminta penjelasan. Tengku Fazira berbisik di telinga kakak dia, kemudian mereka tersenyum sinis.

"Takpe nenda, biar Lisa pula" Tengku Alisa tersenyum penuh makna. Dia dah lama mahu menghancurkan kebahagiaan Maya.

*****

"Ahh! Letihnya" Maya berbaring di atas katil.

Dia memejam mata rapat. Lenguh sendi-sendi dia kerana banyak bergerak dan seharian mereka tidak duduk. Sibuk layan tetamu, rakan-rakan dan membantu orang-orang kampung mengangkat lauk pauk.

"Mandi lah dulu. Solat lepas tu kau nak tidur, tidur jelah" tegur Elly Adelia. Hujung kaki Maya digoyangkan perlahan.

"Hmm..yelah-yelah" dengan malas Maya bangun. Kain batik dan tuala diambil lalu dia masuk ke dalam bilik air yang telah disediakan di bilik tidur mereka.

Elly Adelia melipat sejadah sebaik saja dia habis solat. Tudung disarung ke kepala. Apabila siap, dia melangkah keluar dari bilik. Maya kalau mandi memang lama.

"Haa, Adel! Mana Maya? Mak nak minta tolong dia ni.." tegur Mak Peah dari ruang tamu.

Kelihatan semua ahli keluarga mereka berkumpul di ruang tamu pada malam itu. Daniel Arfan dan Zul juga menyertai mereka.

"Maya mandi mak.." Elly Adelia bersimpuh disebelah Nur Najwa; isteri Ahmad Muiz.

Riuh rendah rumah kayu itu dengan suara kanak-kanak. Ada yang berlari-lari dan ada juga yang bermain mainan di hujung rumah.

"Takpe lah. Mak minta tolong dengan Adel je. Esok tolong pergi pasar, beli barang-barang semua ni.." satu senarai panjang diberikan kepada Elly Adelia.

"Ermm ok. Ni je ke?" Elly Adelia memandang Mak Peah. Banyak barang dapur dia kena beli esok.

"Haah tu je.." Mak Peah bangun dan menghampiri suami dia. Pak Leh sedang mengurut bahunya di atas kerusi rotan.

"Mak! Oii!" Pekikan suara seseorang menyentakkan mereka semua.

Muncul Maya, bersama seorang bayi kecil di dukungan dia. Bayi itu menangis-nangis. Maya pula nampak macam cemas semacam.

"Kau nak apa Maya? Panggil aku macam nak ajak gaduh!" Marah Mak Peah.

Tengku Fatimah terus membuat muka apabila Maya muncul di depan mata dia. Datin Normah juga sama. Mereka memang benci dengan gadis bernama Maya itu.

"Isha nangis ni haa...susu dia mana?" Maya mencari-cari botol susu kepunyaan sepupu dia itu.

"Ada dalam beg tu haa" balas Mak Peah sambil tangan dia lincah mengurut bahu Pak Leh.

"Mana ada!" Maya semakin tertekan apabila tangisan bayi perempuan itu makin kuat.

"Mana Mak ngah kau? Bukan dia ada ke tadi?" Pak Leh bersuara. Dia mencari kelibat adik ipar dia.

"Mak Ngah mandikan Syakir. Isha dia suruh Maya jaga kejap"

Elly Adelia tergelak melihat kawan dia nampak kekok bersama bayi. Dia bangun dan menghampiri Maya. Isha kini bertukar dukungan.

Zikir dibaca perlahan-lahan ditelinga Isha. Badan Elly Adelia bergerak ke kiri dan ke kanan. Sekejap saja bayi itu berhenti menangis.

"Senyap pun! Melalak je tahu! Sakit telinga aku!" Kata Datin Normah.

"Mak Long kalau sakit telinga, duduk kat tempat lain lah" sindir Maya.

Hal semalam masih berbekas dalam hati dia. Nak saja dia belasah Datin Normah. Mujur dia ada kesabaran lagi.

"Ewah-ewah kau! Suka hati je nak halau anak kau! Ni rumah anak aku ya!" Celah Tengku Fatimah.

"Anak ke? Bukan selama ni Mak Engku tak mengaku yang Tengku Salleh ni anak Mak Engku? Hari ni mengaku pula" sindir Maya pedas.

Terdiam terus Tengku Fatimah. Hanya mulut dia yang terkumat-kamit. Entah apa yang dia mengata Maya.

Maya dan Elly Adelia berpandangan. Kemudian mereka tersenyum puas melihat Tengku Fatimah terdiam macam tu sekali.

DANIEL ADELIA | C | A R S •4•Where stories live. Discover now