DA - 63

61.5K 2.3K 31
                                    

"Aulia.."

Sergah Elly Adelia kepada anak kecil itu. Matanya yang tadi tertutup rapat kini terbuka luas. Dia ketawa kecil apabila wajah si ibu menjadi tatapan dia. Kini kehidupan mereka kembali seperti sedia kala.

"Awalnya anak ibu bangun" dahi anaknya dicukup penuh sayang. Dia meniarap di sebelah Eliana Aulia.

Daniel Arfan pula masih tidur. Lena betul orang tua itu tidur. Anak kat sebelah pula yang terjaga awal. Elly Adelia tersenyum sendiri. Kalaulah mereka terlambat. Apalah yang terjadi agaknya.

Bunyi tembakan dilepaskan membuatkan matanya terpejam rapat. Perlahan-lahan airmatanya melorot jatuh. Tiada lagi tangisan anaknya kedengaran.

Tanpa dia sedar, yang melepaskan tembakan itu adalah Daniel Arfan sendiri. Tembakan tepat di kepala Datin Normah dan menembusi dahi wanita itu. Mujur saja mereka tiba tepat pada masanya.

"Allah! Arfan tangkap anak tu!" Pekik Syed Syakil. Hampir saja badan kecil Eliana Aulia menghempap lantai. Kalau memang pecah kepala si kecil itu.

Daniel Arfan menangkap dengan pantas. Kini Eliana Aulia selamat dalam dukungan dia. Badan Datin Normah terjatuh di atas lantai. Darah membuak-buak keluar dari dahinya. Dia tersenyum puas melihat orang tua itu mati.

"Korang angkat mayat perempuan tu" arah Syed Syakil kepada anak buahnya. Dia sendiri tidak menyangka bahawa Datin Normah berjaya menemui tempat persembunyian Ben, Elly Adelia dan Eliana Aulia.

"Tanam dia macam biasa" ujarnya dengan wajah yang datar. Kini selesai sudah semuanya.

"Bu..aa...bu.." mulut kecil Eliana Aulia menyebut perlahan. Dia tidak menangis sikit pun. Seperti tahu yang mendukung dia adalah ayahnya.

Daniel Arfan memeluk anaknya erat. Tidak terhingga rasa dia. Bertemu dengan anaknya kembali setelah beberapa bulan meninggalkan dia. Pipi gebu anaknya dikucup beberapa kali.

"Arfan.." mata merah dia memandang Syed Syakil. Anaknya sudah terlentok di atas bahu dia. Tiba-tiba dia merasakan ada yang tidak kena dengan anaknya. Dia merasakan ada sesuatu yang menendang-nendang perut dia.

Pandang saja bawah, dia tergamam melihat kaki kanan anaknya. Tangan dia memegang yang sebelah kiri pun. Tiada! Allah! Sayu hatinya melihat keadaan fizikal anaknya.

"Anak kamu disahkan cacat sejak dalam kandungan lagi. Papa harap kamu dapat terima dengan baik. Dia tak salah. Mungkin dah ditakdirkan dia hidup tanpa sebelah kaki" Syed Syakil menepuk beberapa kali bahu anaknya.

"Arfan redha. Dia selamat pun dah cukup baik untuk Arfan. Arfan janji yang Arfan akan jaga Aulia sepenuh jiwa Arfan. Tak akan ada sesiapa yang berani menyakiti dia" ujarnya.

"Bu..bu.." tangan kecil Eliana Aulia menunjuk ke satu arah. Automatik kepala Daniel Arfan memandang ke arah yang ditunjukkan anaknya.

Tergamam dia melihat isterinya yang sudah tidak sedarkan diri itu. Tanpa bertangguh lagi, dia berlari mendapatkan isterinya. Allah! Kenapa lah dia boleh lupa tentang isterinya! Hati dia mula kesal.

"Sayang..sayang.." pipi isterinya ditepuk beberapa kali. Namun Elly Adelia tetap sama. Dapat dia rasakan yang pipi isterinya basah.

DANIEL ADELIA | C | A R S •4•Where stories live. Discover now