DA - 8

80.3K 3.4K 21
                                    

Sepanjang perbualan antara Daniel Arfan dan juga Zul, wajah Elly Adelia masam mencuka. Tiada secalit senyuman pun di bibirnya. Malah mee goreng mamak di makan dengan hati yang panas. Selera dia mati dengan kedatangan dua jejaka itu.

Maya tersengih saja. Dia makan dengan berselera sekali di sebelah Zul. Sesekali dia memerhati Zul yang rancak berbual bersama Daniel Arfan. Kacak! Kulit sawo matang dan berbadan tegap. Sememangnya itu lelaki idaman Maya.

"Huk--huk.." tiba-tiba Maya tersedak. Hampir saja nasi di dalam mulutnya tersembur.

Zul yang berada di sebelah segera menghulur air kepada Maya. Belakang gadis itu ditepuk dengan wajah cemas. Maya mneguk pantas air yang dihulurkan oleg Zul. Tekak dia terasa perit dan sakit. Di hujung matanya sedikit berair. Elly Adelia menyungging senyuman sinisnya.

"Okay? Sakit lagi tak?" Zul menyoal prihatin. Dia melihat wajah merah Maya yang nampak sedikit pucat itu.

"Erm..tak dah. Thanks" ucap Maya setelah perit di tekaknya lega. Dia menjeling sahabat baiknya dengan tajam sekali.

Elly Adelia menyimpul senyum. Dia yang membuat Maya tersedak tadi. Bukan dia tak perasan yang Maya asyik tenung muka kacak Zul tadi. Dengan nakalnya kaki dia menendang kaki Maya di bawah meja.

"Kau okay ta? Itulah kau. Te--auch!" Elly Adelia mengerutkan mukanya.

"Baik kau diam! Kalau tak aku sumbat sudu ni dalam mulut kau!" Ugut Maya dengan mata membesar dan bulat.

"Sakit lah gila! Kau ingat kaki aku ni kaki besi?"

Elly Adelia mengosok kakinya. Terasa sakit sehingga sengal tulangnya. Daniel Arfan segera memegang kaki gadis itu. Namun Elly Adelia lebih pantas. Dia segera bangun dari kerusinya dengan wajah cemas.

"Encik ni kenapa? Pegang-pegang orang pula? Tak ingat dosa ke?" Kata Elly Adelia dengan wajahnya menyinga.

"Aku bukan sengaja nak pegang-pegang kau. Aku cuma nak tengok je. Kot-kot lah kaki kau terpeleot ke apa?" Balas Daniel Arfan dengan riak wajah selamba.

"Takde nya terpeleot semua tu. Kaki saya cukup kuat nak tampung sepakan lembik Maya tu. Encik jangan ingat saya tak tahu! Encik nak ambil kesempatan dalam kesempitan" hambur Elly Adelia.

Daniel Arfan mengaru keningnya yang tidak gatal. Dia menyimpan gelak. Zul sudah berpaling ke arah lain. Lawak juga budak Elly ni, fikirnya.

"Haa kau kenapa tendang aku? Teringin nak main bola ke?"

"Kau yang mulakan dulu!" Bidas Maya pantas.

Elly Adelia kembali duduk di kerusinya. Kali ini dia menjarakkan kerusi nya dengan kerusi Daniel Arfan. Malah dia menayangkan wajah tidak puas hati.

"Marah-marah pun comel" gumam Daniel Arfan perlahan.

"Encik berdua tak kerja ke? Waktu lunch dah habis ni? Tak kerja ke? Atau cuti?" Maya memandang dua jejaka itu dengan riak wajah hairan.

Selamba saja Daniel Arfan dan Zul bersantai di kedai mamak itu. Elly Adelia dan Maya bergegas bangun dan berlari menuju ke perhentian bas. Bimbang bas yang bakal mereka naiki terlepas. Sudahlah rumah mereka jauh dari tempat kerja.

"Kau tahu mereka tinggal di mana?" Daniel Arfan memandang

Zul hanya mengangguk. Dia menghabiskan saki baki makanannya. Daniel Arfan tersenyum penuh makna. Zul yang faham hanya membiarkan saja. Lantak lah bos dia nak fikir apa. Janji gaji dia masuk!

*****

Daniel Arfan memandang sebuah rumah banglo di hadapan dia itu. Banglo itu kelihatan gah dan berseri. Bermacam-macam tanaman yang ada di situ. Pokok-pokok ditanam sebagai penyeri rumah. Dia menurunkan sedikit tingkat keretanya. Kelihatan seorang wanita keluar dari rumah itu.

"Mama.." desisnya perlahan.

Riak wajah sayu jelas terpamer di wajahnya. Ingin saja dia berlari dan memeluk tubuh wanita itu. Namun apa daya, selangkah dia menjejak kaki ke situ selangkah juga dia bakal bertemu dengan raja singa.

"Arfan rindukan mama. Arfan nak sangat peluk mama. Tapi Arfan tahu semua tu tidak akan terjadi. Arfan hanya mampu berdoa dari jauh. Semoga mama sihat dan sentiasa di bawah lindungan-Nya" ucapnya dengan suara sayu dan lirih.

Ketika itu Mawar Qaisara sedang menyiram tanamannya. Mata dia ralit memerhati bunga yang mekar tumbuh itu. Tetapi hati dia terasa lain macam. Segera dia menoleh ke belakang. Dia melihat sebuah kereta mewah elok terpakir di hadapan rumahnya.

"Arfan.." gumam Mawar Qaisara. Baru saja selangkah dia melangkah kereta itu terus pergi.

Mawar Qaisara tertunduk lemah. Airmatanya tidak menitis tapi jelas dia dalam menanggung kerinduan yang mendalam.

Daniel Arfan memandu laju keretanya. Akhirnya airmata jantan dia menitis. Dia berasa berdosa kerana memperlakukan mama dia sebegitu. Tapi kerana janjinya, dia sanggup melepaskan mamanya.

"Maafkan Arfan ma.."

Tersedu sedan dia menangis. Keretanya di berhentikan di tepi jalan. Singnal diberikan. Segala tangisan dan luahan hati dihamburnya. Kesal kerana dia begitu penakut untuk menghadapi mama dan papa dia.

DANIEL ADELIA | C | A R S •4•Where stories live. Discover now