DA - 26

71.3K 2.8K 32
                                    

"Tak pasal-pasal bawa masalah pula minah nih!" Dengus Daniel Arfan tidak puas hati.

Sepatutnya mereka telah sampai di Kuala Lumpur. Tapi tersekat dek kerana Tengku Fazira sakit perut dan mereka terkandas di Petronas.

Elly Adelia pula sedap-sedap makan makanan ringan di sebelah Daniel Arfan. Lepas satu, satu dimasuknya ke dalam mulut.

"Adoi! Dah ahh lambat" suara dia kedengaran keras.

Elly Adelia menjeling lelaki di sebelah dia. Nak bersuara tak berani. Sebab Daniel Arfan nampak tegang je. Kang tak pasal-pasal meletup Petronas ni kerana amukan dari lelaki itu.

Bunyi pintu belakang yang dibuka membuatkan kedua penunggu itu berpaling. Wajah Tengku Fazira nampak lemah dan tidak bermaya. Bibir dia juga berubah pucat.

"Kau ok tak?" Soal Elly Adelia prihatin. Jahat-jagat Tengku Fazira, masih ada baik dalam diri wanita itu.

"Ok" balas Tengku Fazira datar. Sebenarnya dia turut terkesan dengan layanan baik dari Elly Adelia.

Tapi kerana ego, dia kekalkan juga watak jahat dia itu. Tapi sampai bila? Entahlah. Dia sendiri tak pasti. Kereta kembali menyusur di jalan raya.

Daniel Arfan memandu dalam keadaan tegang. Jelas urat-urat yang timbul di bahagian lengan dia. Elly Adelia hanya diam. Dia bukan kenal mana pun dengan lelaki itu.

"Rumah kau kat mana?" Soal Daniel Arfan serius. Mata dia tajam memandang Tengku Fazira di belakang.

Tengku Fazira menyebut perlahan alamat rumah dia. Gerun juga dia dengan pandangan maut dari lelaki itu. Ketar lutut kaki dia. Dengan perut yang memulas lagi. Cukup mengerunkan!

Sampai saja di sebuah apartment, Tengku Fazira keluar dari kereta. Bonet kereta dibuka dan dia membawa keluar bagasi miliknya. Bonet kembali ditutup rapat. Dia berdiri tegak di sisi kereta.

"Terima kasih.." ucapnya lalu tersenyum paksa. Sebelah tangan asyik menekan-nekan perut dia.

Makan apa entah? Sejak bertolak dari kampung lagi perut dia buat hal. Tapi tadi hanya sakit biasa-biasa je. Sekarang ni sakit macam nak tercabut usus dia.

"Hmm.." itu sahaja yang dibalas oleh Daniel Arfan. Kereta kembali dipandu meninggalkan kawasan apartment mewah itu.

Waktu malam, kereta masih lagi banyak. Tambah-tambah lagi hari ini hari minggu. Memang penuh dengan kenderaan di atas jalan raya. Elly Adelia mula berasa bosan. Potato dia sudah habis dimakan. Tak lama itu dia terlentok tidur keletihan.

Daniel Arfan masuk ke perkarangan kawasan perumahan dia. Kereta dibelok ke kiri dan dia memandu perlahan. Sampai saja di sebuah rumah berpagar coklat gelap, dia terus menekan alat kawalan jauh.

Pintu pagar terbuka luas. Keretanya terus dipandu masuk ke dalam. Handbrek ditarik dan dia merungkaikan ikatan tali pinggang keledar pada badan dia. Mata dia terkalih ke sebelah.

"Lah..tidur dah?" Gumam dia perlahan.

Dia turun dari kereta. Pintu sebelah pemandu dibuka dari luar. Tersenyum dia melihat wajah Elly Adelia yang tertidur mati itu.  Comel je. Tenang je wajah dia.

Badan Elly Adelia dicempung penuh berhati-hati. Pintu ditutup dengan kaki kiri. Pusing saja dia kebelakang, wajah Christ menjadi satapan mata dia.

"Sejak bila kau tercegat belakang aku ni?" Soal Daniel Arfan. Terkejut? Tak pun sebab dia dapat rasa dah ada orang di belakang dia.

"Tadi..hehe" Christ tersengih. Belakang tengkuk dia digosok perlahan.

"Alang-alang ada kat sini. Tolong bawa masuk beg aku dan beg tunang aku sekali" arah Daniel Arfan dan dia meninggalkan Christ di belakang.

Chirst dah buat muka. Menyesal pula dia menegur bos dia itu. Kalau tak, dia tak akan susah payah macam ni sekali. Adoi, nasib!

Sampai saja di bilik sebelah biliknya, Daniel Arfan membuka pintu dengan tangan kiri. Badan dia cuba diseimbangkan. Kang tak pasal-pasal dua-dua tergolek atas lantai.

Sebaik saja pintu terbuka luas, dia melangkah masuk. Lampu dibuka dan bilik yang tadinya gelap kini berubah terang benderang. Katil ditujuinya. Badan Elly Adelia diletakkan di atas katil penuh berhati-hati.

Gadis itu langsung tidak bergerak. Nyenyak sekali tidurnya. Sikit pun tak berkutik. Selimut ditarik ke paras dada gadis itu. Dia tersenyum melihat wajah tenang itu.

Kepala ditundukkan ke bawah. Badan dibongkokkkan sedikit. Satu ciuman dilabuhkan ke dahi Elly Adelia. Tu mujur tengah tidur. Kalau sedar, mahu kena penampar sebijik!

"Sweet dream, my love" bisiknya lembut.

Badan kembali ditegakkan. Dia mengatur langkah ke pintu bilik. Lampu ditutup dan hanya lampu tidur dibuka. Pintu ditutup rapat. Mata dia terarah ke arah Christ yang bersusah payah naik tangga sambil membawa dua bagasi bersaiz besar.

"Tak ada guna aku sediakan lift kalau tak guna.." sindir Daniel Arfan. Kedua tangan dia dimasukkan ke dalam poket seluar.

Christ menepuk dahi! Bengap betul! Kalau tak, takde lah dia letih sampai macam ni sekali. Daniel Arfan tergelak kecil. Padan muka!

"Lainkali otak ni okaykan sikit" kepala Christ dijentik perlahan. Tapi masih terasa bisanya.

"Alah! Nak buat camne? Dah lupa!" Christ membentak perlahan. Perit juga kepala dia.

Daniel Arfan tersenyum senget. Dia berjalan meninggalkan Christ yang jelas nampak tidak berpuas hati itu.

"Beg letak je kat tepi tangga tu. Esok aku ambil" laung dia dari jauh.

Christ mencebik geram. Dengan badan yang penatnya lagi. Baik dia masuk bilik. Mandi dan tidur!

DANIEL ADELIA | C | A R S •4•Where stories live. Discover now