DA - 4

88K 3.5K 57
                                    

Re - Write [ edit ]
___________________

"Arfan!" Jerit Elfran Danish. Dia berlari anak menuju ke arah si abang yang sudah berada di atas motor.

Terangkat kening Daniel Arfan melihat adiknya berlari anak ke arahnya. Helmet yang sudah tersarung di kepala dia dibuka. Wajah panik adiknya dipandang pelik.

"Kau kenapa? Kena kejar anjing ke apa? Lari tak cukup tanah dah aku temgok" komen dia apabila Elfran Danish sudah berada di hadapan dia.

"Arfan kau kena tolong aku.. ad--ada orang nak pukul aku" katanya dalam keadaan termengah-mengah.

Berkerut dahi Daniel Arfan. Pukul? Siapa pula nak pukul adiknya itu. Tapi tak lama itu dia mengetap gigi. Bayang seorang lelaki membuatkan dia berasa geram.

"Kau tunggu sini" ujarnya dalam nada tegas. Dia berlari meninggalkan Elfran Danish terpinga-pinga.

Pintu makmal lama ditendang olehnya. Wajah dia tegang memandang Hafiz dan kawan-kawannya. Malah rahang dia juga mula mengeras.

"Kau! Kenapa kau nak pukul adik aku hah! Kau tak puas hati dengan dia cakap!" Tengking Daniel Arfan.

Hafiz dan 2 orang kawan dia hanya ketawa. Dia sudah agak Elfran Danish akan mengadu kepada Daniel Arfan. Memudahkan kerjanya.

"Baguslah kau sendiri datang. Aku dah lama tunggu kedatangan kau, Daniel.." Hafiz memghampiri Daniel Arfan dengan sebatang kayu.

Adam dan Shahril tersenyum saja. Bilik itu agak jauh dari blok yang lain. Guru-guru tak akan memghidu perbuatan mereka.

"Aku sengaja umpan adik kau, aku kata nak pukul dia. Tapi sebaliknya aku nak pukul kau. Sebab kau kami kantoi dengan cikgu. Kau memang jahanam budak!"

BUK!

Kayu itu dihentam kuat di belakang Daniel Arfan. Tetapi Daniel Arfan tidak mengalah. Dia menendang kuat perut Hafiz. Mereka mula bergelut.

"Aku dah agak. Tak ada sebab kau jumpa adik aku" Daniel Arfan tersenyum sinis.

Darah di tepi bibirnya di lap kasar. Hafiz ditendang kuat hingga jatuh terlentang. Kayu yang berada di atas lantai digenggam kemas.

Hafiz hanya tersenyum sinis saja. Perancangan dia mula berjalan.

BANG!

Pintu bilik itu terbuka, muncul wajah menyinga Cikgu Kamarul; guru disiplin. Mata dia tajam menatap Daniel Arfan.

"Cikgu Daniel nak pukul saya cikgu..." adunya. Hafiz memulakan drama dia dan di sokong oleh Adam dan Shahril.

Daniel Arfan mengetap gigi. Kayu di tangan dia dihempas kuat ke ataa lantai.

"Damn it.." gumam dia perlahan. Dia jatuh dalam perangkap musuhnya.

"Daniel ikut saya ke bilik disiplin" arah Cikgu Kamarul tegas.

Elfran Danish yang baru tiba terpinga-pinga melihat abang dia mengikuti Cikgu Kamarul. Bukan Hafiz, Adam dan Shahril.

"Elfran terima kasih atas maklumat yang kamu beri.." Cikgu Kamarul meneluk bahu Elfran Danish.

Daniel Arfan terkejut. Jadi adiknya yang melapor tapi kenapa dia yang kena?

"Err..tapi cikgu bukan Daniel.." Elfran Danish baru nak menjelaskan perkara sebenar mulutnya ditekup oleh Shahril.

"Baik kau diam kalau nak hidup.."

Elfran Danish meraup kasar rambutnya. Kalau bukan sebab Shahril pasti abang dia tak dikenakan hukuman gantung sekolah.

"Awak okay?" Kisha Afina mengambil tempat di sebelah lelaki itu.

Wajah kusut Elfran Danish ditatap. Lelaki itu tidak mengendahkan dia walau sedikit pun. Hanya merenung air tasik di hadapan.

"Kalau bukan sebab aku mungkin Arfan dah ada bersama aku.." ujarnya perlahan.

Kisha Afina tersenyum nipis. Dia tahu mengenai keluarga itu kerana Mawar Qaisara telah menceritakan kepadanya. Hubungan renggang antara Daniel Arfan dan Elfran Danish juga dia tahu.

"Aku bodoh masa tu. Kenapa aku tak terfikir yang Hafiz perangkap aku dan abang aku! Kenapa aku bengap sangat hah!"

Elfran Danish menitiskan airmatanya. Kerana peristiwa itu dia dan Daniel Arfan memjadi pendiam. Hubungan mereka dingin.

"Aku rindukan abang aku yang dulu.." tangis dia. Terhenjut-henjut bahu dia menahan tangisan.

Kisha Afina memeluk tubuh lelaki itu. Dia tahu Elfran Danish terlalu menyayangi Daniel Arfan. Dari mata lelaki itu dia tahu betapa Elfran Danish menanggung rindu terhadap si abang.

"Bukan salah awak, bukan salau sesiapa pun. Awak tak patut salahkan diri awak.." pujuk Kisha Afina.

Elfran Danish menangis teresak-esak di bahu tunang dia. Cukup membuatkan dia berasa malu pada gadis itu.

DANIEL ADELIA | C | A R S •4•Where stories live. Discover now