DA - 21

72.6K 3K 58
                                    

Syed Syakil dan Mawar Qaisara memandang sebuah rumah kampung di hadapan mereka. Rumah itu kelihatan besar dan halaman rumah juga bersih. Di bawah pokok rendang, terdapat beberapa kereta terpakir elok disitu.

"Betul ke rumah ni bang? Jangan-jangan rumah orang lain tak?" Mawar Qaisara kurang yakin. Dahi dia berkerut seribu.

Elfran Danish menjengulkan kepala dia antara dua seat itu. Senyuman dia terukir apabila dia melihat sebuah kereta yang amat dia kenali terpakir berhampiran dengan pangkin kayu.

"Betullah mama. Tu bukan kereta Arfan ke?" Jari dia lurus menunjuk bukti yang menunjukkan mereka tidak salah rumah.

"Hmm..betullah tu. Jomlah kita turun. Tu haa dah ada orang tunggu dah.." Syed Syakil melangkah keluar terlebih dahulu. Kemudian diikuti yang lain.

Syed Syakil tersenyum ramah apabila dia melihat dua manusia berdiri tegak di anjung rumah. Salam diberi dengan baik.

"Encik ni siapa? Cari siapa ya?" Pak Leh menegur Syed Syakil. Dia pun terkejut melihat sebuah kereta berhenti di hadapan rumah dia.

"Saya Syakil. Panggil saya Syakil je. Kami datang sini nak jumpa Tengku Salleh dan Puan Sofeah" Syed Syakil terus menjelaskan tujuan kedatangan dia.

"Kalau macam tu marilah masuk dulu. Lagipun budak-budak tu tak balik lagi. Pergi kebun" mesra Pak Leh melayan dua tetamu yang baru tiba itu.

Kisha Afina pula duduk di pangkin bawah pokok mempelam. Dia malas nak naik atas. Lagipun angin disitu cukup nyaman. Tak macam ni ibu kota, yang bising dan udara pula tercemar.

Kisha Afina membetulkan rambutnya. Dia mengenakan baju kurung moden di tubuh langsing dia. Nampak cantik kerana baju itu terletak cantik di tubuh dia.

"Kenapa tak naik?" Elfran Danish menegur Kisha Afina yang asyik tersenyum itu.

Dia melabuh punggung disebelah tunang dia. Sempat juga dia mengerling Kisha Afina. Pertama kali, dia berasa berdebar melihat Kisha Afina. Selama ini penuh dengan perasaan benci.

"Nak rehat kat sini kejap. Lagi pun sini best. Dah lama tak rasa suasana kampung.." jelas Kisha Afina.

Rambut dia tersanggul elok. Ada beberapa anak rambut dia jatuh dan menghalang pandangan dia. Elfran Danish tanpa sedar menyelitkan anak rambut itu ke telinga gadis itu. Kecantikan Kisha Afina membuatkan dia menjadi sebegitu.

"Kau cantik.." ujar Elfran Danish tanpa sedar. Kemudian dia terus mengalihkan pandangan dia apabila menyedari ketelanjuran kata-kata dia.

Kisha Afina tersenyum. Pertama kali dipuji dengan lelaki dingin itu. Dulu bukan pujian dia dapat tapi makian! Kisha Afina gembira dengan perubahan baru pada Elfran Danish.

*****

"Dah banyak ni.." Zul merengangkan otot dia. Penat dia memanjat pokok rambutan dan pokok manggis kerana mahukan dua buah tempatan itu.

Maya disebelah pula asyik memakan buah rambutan. Kulit berteraburan di atas tanah. Zul duduk disebelah Maya. Wajah Maya dipandang dengan perasaan cinta.

"Maya.." panggil dia perlahan. Hanya mereka berdua saja dengari.

"Apa? Nak ni?" Maya menunjukkan buah rambutan yang sudah dikoyak kulitnya.

Zul mengeleng perlahan. Nafas ditarik dalam-dalam. Dia harus meluahkan semuanya pada hari ini.

"Listen here Maya, aku nak cakap yang aku.." kedua pipi Maya ditekup dengan tapak tangan dia.

Pandangan mereka beradu. Maya pula tergamam dengan tindakan Zul. Jantung dia bukan main laju lagi berdegup. Dah lama perasaan ini tidak mengalir dalam diri dia.

"Aku cintakan kau. Aku tahu aku tak seharusnya cakap sekarang ni. Tak aku tak nak pendam lagi perasaan aku pada kau. Jadi--aku luahkan juga. Kau cintakan aku tak?"

Maya menjadi malu mendengar luahan hati dari Zul. Muka dia terus menbahang. Kepala ditundukkan ke bawah.

"Malu-malu pula. Jawab jelah Maya oii! Kesian Zul tunggu kau dah lama" Elly Adelia sengaja mahu mengusik sahabat dia itu.

"Diamlah!" Marah Maya. Muka dia bertambah merah. Sudahlah kulit dia cerah. Memang ketara sangat.

"Eleh nak marah aku pula! Aku tahulah kau memang sukakan Zul. Tak payah nak tipu lah. Malam-malam asyik mengigau sebut nama Zul. Oppss--terlepas pula" Elly Adelia menekup mulut dia. Mata dia sengaja dibesarkan.

Maya membulatkan mata dia. Zul pula dah tersenyum lebar. Dia tahu Maya malu untuk luahkan rasa cinta dia. Tapi Zul tahu gadis itu juga cintakan dia. Daniel Arfan pula tersenyum melihat dua gadis itu.

"Kau! Tak guna!" Maya berlari mengejar Elly Adelia yang sudah jauh darinya.

Gamat dusun Pak Leh dengan gelak tawa mereka. Maya mengejar Elly Adelia. Dapat saja dia tangkap gadis itu, terus dia mencubit lengan Elly Adelia dengan perasaan yang bengang.

"Auch!" Suara gelak ketawa mereka mati apabila seseorang mengaduh.

Mereka berpaling dan melihat Tengku Alisa sudah terduduk di atas tanah dengan muka yang dibuat sakit. Dia mengintip mereka semua, apabila mendengar berita gembira itu. Dia terus berasa marah yang amat.

"Zul tolong Lisa. Kaki Lisa sakit sangat ni.." adu Tengku Alisa manja. Mata dia memandang Zul yang berada tidak jauh daripadanya.

"Pandai jatuh, bangunlah sendiri" dengan wajah tenang Zul meninggalkan Tengku Alisa.

Bukan dia tidak tahu gadis itu mahu menggoda dia. Pernah satu malam, Tengku Alisa berpakaian seksi masuk ke dalam biliknya. Mujur saja semua tidur. Kalau tak memang kenalah Tengku Alisa dengan dia.

"Zul tolonglah angkat Lisa! Tak boleh nak bangun ni.." renggek dia manja. Muncung ditarik apabila Zu tidak melayan.

Zul menghampiri Maya. Pinggang gadis itu dipeluk. Sebelah tangan lagi menjinjing guni yang berisi buah manggis. Elly Adelia pula memandang Daniel Arfan yanh memikul dua guni di atas bahunya.

"Jom balik.." Daniel Arfan memandang Elly Adelia. Penat satu badan kerana satu hari berada di kebun itu.

"Cik kak tak nak balik ke? Jangan sampai ada benda tarik kau nanti. Aku dengar kebun ni ada penunnggu" jerit Maya dari jauh. Sengaja mahu menakutkan Tengku Alisa.

Wajah Tengku Alisa mula berubah. Dia bangun dan berlari ke arah mereka. Meremang bulu roma dia apabila terasa sunyi.

"Aik? Bukan kaki kau sakit ke? Tetiba boleh lari pula?" Elly Adelia pula bersuara. Dia tersenyum mengejek kepada Tengku Alisa.

Wajah Tengku Alisa terus berubah merah. Malu dan marah! Malu kerana Daniel Arfan dan Zul mengetawakan dia. Marah kerana Elly Adelia mengenakan dia! Tangan digenggam erat.

"Kau tunggulah perempuan!"

__________________

Finally Kisha & Danish dh mula nak berbaik 😍

Tengku Alisa pula menyibuk 🙄

DANIEL ADELIA | C | A R S •4•Where stories live. Discover now