DA - 5

90.9K 3.5K 83
                                    

Re - Write [ edit ]
____________________

Daniel Arfan masuk ke dalam bilik kerja yang menempatkan Elly Adelia. Gadis yang telah mencuit hatinya yang sekeras ais itu. Tapi gadis itu sering kali mengelak dirinya.

"Erm..miss Adelia ada tak?" Dia menyoal kepada Liana yang asyik dengan alat soleknya itu.

Gadis itu tersentak dan memandang jejaka kacak di hadapan dia itu. Cepat-cepat dia bangun dan membetulkan pakaian dia. Senyuman manis dilontarkan kepada Daniel Arfan.

Berkerut kening Daniel Arfan melihat Liana yang tersenyum memandang dirinya. Makin hairan dirinya apabila gadis itu sudah berdiri di hadapan dia dengan wajah menggoda.

"Boleh saya tahu siapa miss Adelia? Setahu saya nama itu tiada dalam senarai pekerja saya" Liana memandang lama mata coklat lelaki di hadapan dia itu.

Mata itu sangat menawan dan bersinar. Mata helang yang tajam mampu mencairkan wanita di sekeliling dia. Rambut yang berwarna coklat keperangan dan sedikit hitam itu membuatkan wajah dia persis wajah mat salleh.

"Wehh Maya bagi lah. Ni Azim bagi untuk aku bukan kau.."

Suara pertelingkahan kecil itu membuatkan mata mereka terkalih ke tepi. Liana mengetap gigi geram melihat dua pekerja dia yang bergaduh berebutkan bekal makaman.

"Azim kirim pada aku untuk kasi pada kau. Dia beli dua. Satu untuk aku dan satu untuk kau.." Maya menarik bungkusan nasi lemak dari tangan Elly Adelia.

"Mana ada! Azim bagi aku lah!" Bentak Elly Adelia geram. Wajah dia yang berkerut menahan geram itu sangat comel di mata Daniel Arfan.

"Ehem!" Sengaja Daniel Arfan berdehem. Mahu mengambil perhatian dua pekerjanya itu.

"Wei, ni bukan mamat yang ajak kau makan hari tu ke?" Maya berbisik di telinga Elly Adelia.

Gadis itu hanya mengangguk dengan mulut yang sedikit ternganga. Comel! Daniel Arfan menghampiri mereka berdua lalu memegang kejap lengan Elly Adelia.

"Miss Liana, aku pinjam pekerja kau sekejap. Nanti dah puas aku pulangkan balik" dia tersenyum sinis lalu menarik gadis itu pergi secara paksa.

Maya terlopong melihat sahabat dia ditarik sebegitu sekali. Liana mengetap gigi menaham geram. Dia yang goda lelaki itu tapi pekerja bawahan dia pula yang dapat.

*****

Kisha Afina menyediakan air kopi untuk tunangnya itu. Pandangan hairan pekerja Elfran Danish dia tidak hiraukan. Mungkin kerana pemakaian dia membuatkan orang nampak dia lain.

Setelah siap menyediakan air kopi panas, dia membawa kepada si tunang yang berehat di dalam bilik. Senyuman dileparkan kepada PA Elfran Danish.

Sebaik saja dia masuk ke dalam bilik lelaki itu, dia lihat Elfran Danish termenung sambil memandang bingkai gambar di ruang biliknya. Kisha Afina meletakkan air panas itu di hadapan Elfran Danish.

"Tak payah susah buatkan aku air. Aku tak minta pun" ujar dia dingin.

"Memang awak tak minta tapi saya yang nak buat. Hargailah sikit usaha saya nak tenangkan hati awak tu"

Elfran Danish menjeling saja gadis itu. Dilihat Kisha Afina sedang menyingsing lengan baju kemejanya. Dress gadis itu basah dan menampakkan kesan air matanya yang agak banyak.

"Awak renung gambar tu bukan dapat apa-apa pun. Gambar bukan boleh bercakap. Better you see him.."

Elfran Danish mengeleng perlahan. Tak ada guna dia jumpa Daniel Arfan, dia pasti lelaki itu akan mengelak berjumpa dengan dirinya. Sangat pasti!

Kisha Afina memgeluh. Sudah lali dengan perangai tunang dia. Hampir setahun mereka bertunang cukup membuatkan dia mengenali lelaki dingin itu.

"Kalau awak tak nak jumpa dia biar saya jumpa dia.." tekad Kisha Afina.

Elfran Danish terus memandang gadis itu dengan tajam. Gigi dia berbunyi menandakan dia menahan geram.

"Tak payah! Aku ada kaki untuk jumpa dia. Aku tak susahkan orang. Kau bukan sesiapa pun bagi dia" pedas Elfran Danish berkata.

Kisha Afina hanya tersenyum hambar. Sampai bila dia harus menjadi tunang lelaki itu. Dirinya tidak langsung di hargai oleh lelaki itu.

"Tak apa lah. Saya perlu dulu. Kejap lagi ada shooting. Kalau awak nak apa-apa panggil Zara.."

Elfran Danish hanya memandang saja pemergian Kisha. Tidak menghalang. Setelah gadis itu pergi dia memejam matanya rapat.

"Kejam sangat ke aku?"

*****

Elly Adelia mencebik bibir. Terpaksa dia mengikuti Daniel Arfan berjumpa dengan klien di sebuah restoran. Sudah lah dia masih lagi memakai pakaian kerjanya.

"Okay saya setuju. Kalau ada apa-apa telefon saja Zul. Dia akan uruskan semuanya" Daniel Arfan memyalami tangan lelaki di hadapan dia.

"Baiklah encik Daniel. Terima kasih kerana sudi berkerjasama dengan syarikat kami" ujar lelaki itu dalam nada sopan.

Daniel Arfan hanya mengangguk saja. Dia bukan memilih sangat. Tapi dia cukup berhati-hati bimbang jika ada musuh mahu menjatuhkan dia. Lelaki pergi bersama pembantunya.

Elly Adelia mengeluh. Bukan main lama lagi mereka berbincang dan dia hanya menjadi pendengar saja. Makanan di atas meja sudah licin di makan. Air pula sudah tinggal separuh.

"Encik kalau nak bawa saya jumpa klien encik baik tak payah. Dah la lama bosan tahu tak" rungut Elly Adelia. Mulutnya dimuncungkan.

"Aku baru sedar aku kena jumpa dengan dia. Zul tiba-tiba inform aku tentang ni" Daniel Arfan menyuap nasi goreng ke dalam mulutnya.

Mereka hanya berbincang dan makanan hanya sesekali saja mereka sentuh. Projek yang bakal di jalankan agak mencabar.

"Ishh orang tahu lah! Tapi encik tahu tak sangat bosan! Dah la masa kerja saya dah habis. Semua salah encik! Kalau gaji saya kena potong saya cari encik" bebel Elly Adelia keseorangan.

Daniel Arfan berdecit perlahan. Sakit telinga dia mendengar gadis itu membebel. Sudu dan gardu dihempas perlahan. Nasi hanya berbaki sedikit saja.

"Jom.." katanya lalu berdiri.

Elly Adelia memandang dia pelik. Jom? Jom ke mana? Dia tak faham.

"Jom? Encik nak ajak saya ke mana?" Terluah juga soalan itu dari mulutnya.

"Baliklah lembap.." selamba saja Daniel Arfan menjentik dahi gadis itu sehingga merah.

"Sakitlah.." pantas saja dia berdiri sambil mengosok dahinya.

Sempat dia menyumpah lelaki itu dalam diam. Daniel Arfan hanya menahan ketawa dengan wajah geram Elly Adelia. Dia pasti gadis itu mengata dirinya di dalam hati.

DANIEL ADELIA | C | A R S •4•Where stories live. Discover now