DA - 50

65.3K 2.5K 51
                                    

SPLASH!

Elly Adelia terus terjaga apabila dirinya disimbah dengan air sejuk dengan kasar sekali. Mata dia terbuka luas apabila terpandang raut wajah seseorang yang berdiri tidak jauh daripadanya sambil tersenyum sinis. Elly Adelia bernafas kencang apabila melihat bilik yang dihuni penuh dengan kesan-kesan darah. Bau cukup busuk dan membuatkan dirinya mahu pitam.

"Susah betul nak kejutkan kau.." kata seorang lelaki yang bertubuh keding. Berdiri megah di sebelah wanita tua itu.

"Ka--kau nak buat apa pada aku?" Soal Elly Adelia. Dalam hati dia berdoa agar dia dan bayi dalam kandungan dia selamat. Selamat dari syaitan di hadapan dia.

"Aku tak nak kau, tapi aku nak nyawa suami kau. Kau perempuan hanya menjadi taruhan untuk aku dan Daniel! Kau menjadi tebusan aku" ujar Adam lalu tergelak jahat.

Elly Adelia mengelengkan kepalanya. Tidak mungkin! Dia tidak akan sesekali membiarkan sesiapun menyakiti suaminya. Dia rela mengadai nyawanya demi Daniel Arfan.

"Kau tak boleh sentuh dia!" Pekik Elly Adelia berani. Ketawa Adam terus mati dan wajah dia berubah serius.

"Tak boleh sentuh? Kau nak jadi penyelamat Daniel? How? Kau sendiri terperangkap kat sini" sinis Adam. Dia menarik satu kerusi lalu duduk secara berhadapan dengan isteri musuh dia itu.

"Dengar sini baik-baik perempuan. Aku tak nak ulang banyak kali dan aku tak suka ulang. Disebabkan kau orang paling rapat dengan Daniel aku nak bunuh kau--"

Tangan dia menyentuh rahang Elly Adelia. Kepala disenget dan dia menyeringai jahat. Wajah dia saja menggerunkan wanita itu. Elly Adelia berdecit sakit apabila terasa torehan kuku milik Adam pada pipinya.

"--lepas ni suami kau akan datang pada aku dan masa itulah aku bunuh dia. Korang akan sama-sama mati dan aku bakal mengusai dunia ini" Adam tergelak jahat. Kasar dia melepaskan rahang wanita itu.

Elly Adelia tidak bersuara. Beginikah nasibnya? Akan menjadi tebusan lelaki kejam itu sampai bila-bila. Menjadi hamba kepada lelaki kejam itu. Elly Adelia cukup takut dengan Adam. Lelaki itu seakan-akan psiko! Gila kuasa!

"Ben.." panggil Adam kepada orang suruhan dia. Ben yang berada dihujung pintu menghampiri Adam dengan sehelai kertas kosong dan sebatang pen warna biru.

Elly Adelia mengangkat wajahnya memandang Ben. Berkerut dahi dia melihat lelaki itu. Apa dia buat kat sini? Baru saja dia mahu membuka mulut, dia menerima isyarat dari Ben. Elly Adelia kembali terdiam. Bibir diketap rapat.

"Aku nak kau tulis kata-kata terakhir kau disini. Kau nak Daniel selamatkan?" Soal Adam. Sengaja mahu bermain dengan psikologi wanita itu.

Elly Adelia mengangguk. Dia sanggup lakukan apa saja demi keselamatan suami dia. Nyawa dia juga sanggup digadai demi suami tercinta. Perlahan-lahan dia terasa ikatan pada kedua tangan dia mulai longgar.

"Bagus. Lepas ni ajal kau bakal tiba. Korang perhatikan dia. Jangan sampai dia terlepas. Kalau tidak nyawa korang akan melayang!"

Pintu bilik ditutup rapat. Setitis demi setitis airmatanya jatuh ke pipi. Terketar-ketar tangan dia mahu menulis. Perlahan-lahan tangan kiri dia naik mengusap perutnya yang memboyot itu.

"Mak minta maaf sayang, mak terpaksa lakukan semua ni. Mak sayangkan kamu berdua" bisiknya. Nafas ditarik dalam-dalam. Dia pasti dengan keputusan dia kali ini.

Terketar-ketar tangan Elly Adelia memegang pen. Ditulis dengan penuh perasaan. Dia berharap agar Daniel Arfan tidak terus menyalahkan dirinya di atas kematian dia. Anak di dalam kandungan dia dirahsiakan. Biarlah mereka sama-sama terkorban. Sekurang-kurangnya dia ada peneman jika ajalnya tiba kelak.

DANIEL ADELIA | C | A R S •4•Where stories live. Discover now