DA - 35

73.2K 2.9K 203
                                    

"Bodoh!"

Satu tamparan cukup kuat terkena pipi kanan Adam Rizalman. Gigi diketap kuat apabila tangan perempuan itu hinggap di pipi dia. Dia tidak boleh melawan. Buruk padahnya.

"Aku suruh kau buat kerja yang senang pun tak boleh ke hah! Duit aku dah bagi! Tak kerja tak jalan! Bodoh!" Maki perempuan itu kuat.

Dia duduk di atas sofa bersebelahan dengan seorang perempuan lagi. Raut wajah dia jelas ketegangan. Adam Rizalman hanya diam saja. Tidak mampu melawan.

"Aku bagu kau peluang sekali lagi! Kali ini aku nak kau buat betul-betul. Kau tak semua aset yang kau dapat sekarang ni aku akan tarik!" Ugut perempuan itu.

"Baik Ku Fatimah" ujarnya dalam nada perlahan.

Mampus dia jika Tengku Fatimah menarik semuanya. Macam mana dia nak hidup? Selama ini dia ikut saja telunjuk wanita tua itu. Sampaikan sekarang dia sanggup terus menghambakan diri dengan Tengku Fatimah.

"Dah keluar!" Halau Tengku Fatimah. Dada dia naik turun kerana terlalu marah. Nak saja dia bunuh lelaki keding itu. Tapi tunggu sehingga rancangan dia berjaya.

Datin Normah menjeling Tengku Fatimah. Dia tahu sangat mak dia itu memang baran. Tak habis-habis nak capai kemenangan. Tapi akhirnya ke laut juga.

"Mak kau ni dah tua. Bawa-bawalah bertaubat. Kumpulan ni serah je pada aku. Aku tahulah nak buat macam mana" Datin Normah menyilangkan kakinya. Mendedahkan peha dia yang gebu itu.

"Jangan nak kurang ajar sangat! Aku masih kuat lagi! Selagi hasrat aku tak tercapai aku tak akan berdiam diri!" Jerkah Tengku Fatimah.

Dia berasa geram yang amat sangat. Semua rancangan dia mahu menjatuhkab kumpulan mafia diluar sana dah berjaya. Hanya satu kumpulan saja yang masih kekal berdiri lagi. Dia harus menguasai Malaysia. Hanya nama kumpulan dia saja yang mampu.

"Aku nak Vader naik macam dulu. Sejak datang budak-budak tu habis reputasi Vader jatuh. Sial!" Makinya. Bibir diketap geram.

Dia kenal empunya kumpulan Mafia yang digeruni itu. Malah dia sudah bertentang mata. Tapi semuanya tetap gagal! Habis rosak rancangan dia mahu menyeludup dadah, senjata haram dan pelacuran.

"Dah lah mak. Aku nak keluar dulu.." Datin Normah terus keluar dari markas itu. Bosan dia melayan baran Tengku Fatimah yang entah apa-apa itu.

Sampai saja di hadapan keretanya, Adam Rizalman memandang dia dengan sengihan di bibir. Datin Normah senyum saja. Dapat juga anak ikan malam ni? Tunggu suami dia melayan? Harus dia meraung dulu.

"Jom..malam ni kita ke syurga.." ujar Datin Normah manja. Dia berpaut di lengan kurus Adam Rizalman.

*****

Christ tersenyum sinis. Topi putih di kepalanya diturunkan sedikit apabila dia orang itu lalu di hadapan dia. Sudah sejam dia duduk disitu. Memerhati gelagat seseorang.

"Mamat gian tu juga kau kaut ye.." gumam Christ. Terasa geli melihat wanita berumur itu berciuman dengan lelaki kurus keding itu.

Dari mereka masuk ke dalam hotel lagi, Christ memerhatikan mereka. Dapat dia lihat di leher Datin Normah ada tanda-tanda merah. Mual tekak dia. Tak padan dengan tua!

Tak tahan dengan adegan mesra dua manusia itu, Christ bangun dan meletaklan not lima puluh di atas meja. Kerja dia dah selesai.

Tempat pakir ditujunya. Pintu kereta dibuka dan dia masuk ke dalam kereta miliknya. Topi putih dibuka dan diletakkan di atas dashboard kereta. Kereta dipandu keluar dari hotel lima bintang itu.

DANIEL ADELIA | C | A R S •4•Where stories live. Discover now