DA - 10

83.1K 3.2K 44
                                    

Maya masuk ke dalam rumah dalam keadaan kelam-kabut. Barang-barang yang dia beli di letakkan di atas meja kaca. Pintu ditutup dan dikunci. Dia mencari kelibat seseorang. Habis pelosok rumah dia cari tapi tetap tidak jumpa orang yang dicarinya.

Dia menolok pintu rumah dengan wajah cemas. Elly Adelia yang baru saja selesai mandi tersentak. Pantas saja tubuhnya yang terdedah ditutup dengan kain tuala. Mata dia mencerlung marah ke arah Maya.

"Kau ni kenapa?! Main masuk je bilik aku!" Marah Elly Adelia. Maya tersengih serba salah. Dia duduk di birai katil milik gadis itu.

"Hmm..kau nak apa? Tak menyempat-nyempat betul perempuan ni! Macam lari dari perogol pun ada"

"Memang lari dari perogol pun" balas Maya selamba. Mata Elly Adelia terus membulat.

Sememangnya mulut mereka tidak bertapis! Hanya mereka berdua saja! Kalau di tempat awam mereka akan mengawal percakapan mereka.

"Siapa nak rogol kau wehh? Siapa!" Badan Maya digoncang kuat oleh Elly Adelia. Pening kepala Maya dibuatnya.

"Eish! Sabarlah! Aku nak cerita ni!" Maya menolak kasar tubuh rakannya itu. Elly Adelia duduk bersila di atas katilnya. Mata dia fokus pada Maya.

"Kau tahu tak ada seorang mamat gila ni, dia tetiba je serbu masuk dalam kereta aku tadi. Mula-mula aku ingatkan dia orang jahat tapi tak. Dia suruh aku pandu kereta tu. Aku bawa jelah. Last-last sampai ke sini. Lepas tu dia turun dari kereta. Takut aku! Dengan hoodienya. Aku dah fikir yang bukan-bukan dah! Tapi malangnya.." Maya menekup mukanya dengan bantal.

Elly Adelia berkerut dahinya. Tak habis cerita lagi kot! Pantas saja tangan dia menepis bantal di wajah Maya. Yang paling dia ingin tergelak, wajah Maya dah blushing gila!

"Kau blushing weh! Asal ni? Kau jumpa crush kau ke?" Elly Adelia mencuit-cuit pinggang Maya. Sengaja mahu mengusik Maya.

"Hmm.." Maya hanya mengumam. Kedua pipinya ditekup dengan tangan.

"Siapa dia?"

"Zul.." jawab Maya perlahan. Wajah dia semakin membahang kerana malu.

Mulut Elly Adelia terlopong. Zul? Kenapa mesti lelaki itu? Kenapa tidak orang lain? Kini dia faham kenapa Maya bereaksi macam tu.

"Seronoklah kau kan, jumpa Zul. Tapi kan Zul buat apa dalam kereta kau tu?" Dia menongkat dagunya. Mata dia ralit merenung wajah Maya.

"Entah..." Maya mengangkat bahunya. Dia mula bangun dari katil Elly Adelia. Dia seperti angau!

"Dah aku nak masuk tidur dulu" Maya meninggalkan bilik Elly Adelia. Senyuman tak mati dari bibirnya.

Elly Adelia semakin naik hairan. Entah kenapa Maya nampak lain pada malam ini. Tapi dia tak peduli? Lebib baik dia tidur. Hari pula makin lama makin lewar malam.

*****

Zul masuk ke dalam rumah agam itu sambil tangan dia menanggalkan hoodie yang tersarung pada tubuhnya. Sebaik saja dia menanggalkan hoodie itu, dia menapak ke arah sofa. Kaki dia dilunjurkan ke atas meja kaca berhampiran. Rambutnya sengaja diserabaikan. Di badan dia hanya tersarung singlet hitam dan menampakkan badan dia yang berketak-ketak itu.

"Kau dari mana?" Muncul seseorang. Di tangan dia membawa mug yang berisi air nescafe. Dia melabuh punggung di sofa bersebelahan Zul.

"Macam biasa" balas Zul dalam nada datar. Remote tv ditekan. Dia memelihat siaran sukan yang kebetulan terpapar di kaca tv.

Christ mengangguk. Air di dalam mug diteguk perlahan-lahan. Dia melihat perlawanan bola dengan muka tidak berperasaan. Begitulah rutin mereka. Bila bosan melepak, bila bekerja serius!

"Tapi aku tak rasa kau sedang mengintip. Dari muka kau aku dah tahu" Christ tersenyum sinis. Kakinya disilangkan.

Zul tersenyum saja. Dia meraup wajahnya. Wajah seseorang mula terbayang. Entah kenapa wajah itu kerap muncul di mimpinya. Bukan itu saja kalau mereka bertemu jantung dia pasti berdegup laju.

"You fall in love? I guess.." Christ tergelak kecil. Ketara sangat perubahan pada wajah Zul.

"Kau pula kenapa ada kat sini? Biasanya terperap dalam bilik je" Zul mengalih topik. Naik malu dia apabial diusik oleh Christ.

"Bosan. Lagipun bukan aku ada kerja sangat. Better aku lepak kat bawah dari asyik layan kesayangan aku tu" Christ mencebik bibirnya

Zul mengangguk. Dia tahu kesayangan yang dimasukkan oleh Christ. Jadi tak pelik kalau lelaki itu melepak di bawah. Lagi pun dah lama mereka tidak melepak bersama.

"Kau nampak bos?" Zul menyoal Christ. Dia baru perasaan kelibat Daniel Arfan tiada di dalam rumah itu.

"Keluar.." ringkas saja Christ membalas. Dia fokus melihat tv.

Zul mengangguk. Dia berbaring di atas sofa. Melepaskan lelahnya. Telefon dia yang bergetar di atas meja kaca dicapai. Dia melihat mesej daripada Daniel Arfan.

"Siapa? Bos ke?"

"Haah"

Zul dan Christ merupakan orang kepercayaan Daniel Arfan. Bukan itu saja, mereka juga merupakan orang besar. Tapi kerana penyamaran mereka tutup status diri mereka. Daniel Arfan, mengenali mereka sejak dia menjejak kaki di negara Italy. Dua lelaki itu merupakan sahabat baiknya.

___________

Note:

Sesiapa tahu tak nama sebenar Zul? Christ? Aku ada mention x? Kalu ada sila komen ya! Aku dh lupa dah! 😂😂 nk baca balik malas pula aku rasa 😂😂

Typo abaikan 😅

DANIEL ADELIA | C | A R S •4•Where stories live. Discover now