DA - 34

70.2K 2.8K 76
                                    

Elly Adelia tersenyum riang apabila hari ini dia dibenarkan keluar. Bukan main gembira lagi dia mengemas pakaian-pakaian dia. Muka tak payah cakap, memang teruja habis. Tak padan dengan kepala yang bertampal.

"Gembiranya kau.."

"Ehh..mestilah, dah lama tunggu saat ini" ujarnya dengan senyuman di bibir .

Berkampung di hospital selama seminggu buatkan dirinya terasa mahu mati saja. Dengan makanannya yang tak sedap, bosan dan asyik makan ubat. Elly Adelia cukup membencikan semua itu.

Daniel Arfan tersenyum saja. Dia bersandar di dinding berhampiran dengan tunang dia. Habis saja uruskan pembayaran bil hospital terus dia ke sini. Tengok-tengok katil dah berkemas dan orangnya pun sama.

"Awak jomlah" sedar-sedar saja gadis itu sudah berada di tepinya. Beg di tangan gadis itu diambil dan dibawanya. Mereka sama-sama keluar dari bilik itu.

Mawar Qaisara dah keluar dua hari yang lalu. Kecederaan dia ringan saja. Jadi tiada masalah. Daniel Arfan berjalan dengan wajah datarnya. Elly Adelia pula tersenyum-senyum.

Sampai saja di tempat pakir, Daniel Arfan menekan alarm kereta. Pintu bahagian belakang dibuka dan diletakkan beg pakaian gadis itu disitu. Elly Adelia awal-awal lagi masuk dalam kereta Daniel Arfan.

"Erm..laparlah pula" perutnya diusap perlahan-lahan. Badan disandarkan ke kerusi.

Daniel Arfan masuk ke dalam kereta. Pintu ditutup dan enjin kereta dihidupkan. Mata dia terkalih ke sebelah. Terangkat kening dia memandang Elly Adelia yang umpama ikan paus kelaparan.

"Kau kenapa? Usap-usap perut? Dah ada anak ke?" Soalnya dengan senyuman nakal. Perlahan-lahan kereta diundurkan ke belakang.

Elly Adelia terus tegakkan badan dia. Anak? Seriua badan dia bila menyebut perkataan itu. Wajah nakal Daniel Arfan dikerling penuh geram. Eii, seram tahu tak!

"Anak awak lah!" Ucapnya separa geram. Badan dihenyek kasar ke kerusi. Nak saja dia sumbat mulut Daniel Arfan dengan selipar dia.

"Anak aku? Wahh..tak sangka aku dah ada anak. Sejak bila kita buat?"

Makin menyirap darah gadis itu. Muka bukan main merah lagi. Macam terkena panas saja. Lalu lengan kiri Daniel Arfan dicubit geram.

"Otak kuningnya! Tak hingin saya nak ada anak dengan awak! Dah lah gatal!" Katanya lalu dia menguatkan lagi pulasan di lengan kekar itu.

"Aduh!! Sa--sakit.." menjerit Daniel Arfan. Lengan dia terasa sakit sangat. Berkerut muka dia menahan sakit. Mujur saja kereta tidak terbabas.

"Haa! Padan muka! Gatal lagi" Elly Adelia tersenyum suka. Dia melepaskan cubitan di lengan lelaki itu.

Buatnya terbabas, tak ke dua-dua masuk ke hospital? Naya je! Daniel Arfan menahan rasa sakit. Boleh tahan juga. Terasa sengal je lengan dia.

"Tangan kau ni macam sepit ketam! Berbisa sungguh!" Komen Daniel Arfan. Terpaksa dia memandu dengan sebelah tangan.

Elly Adelia senyum je. Baru tahu ke? Jadi lepas ni jangan cari pasal dengan dia lagi. Kalau tak lagi kuat dari tu dia boleh buat. Biar tersiat isi kulit sekali! Baru tradis. Dan lelaki itu akan ingat sampai bila-bila, cubitan muat Adelia!

"Tak tak sekuat mama aku.." Daniel Arfan tersenyum senget. Ni boleh tahan lagi. Tapi kalau mama dia--lari sekeliling rumah belum tentu dia selamat lagi. Cukup berbisa cubitan mama dia.

"Awak laparlah.." adu Elly Adelia manja. Kini dia tak segan-segan lagi dengan lelaki itu. Keprihatinan di wad hari tu, cukup membuatkan dia percaya pada lelaki itu.

DANIEL ADELIA | C | A R S •4•Where stories live. Discover now