DA - 23

74.6K 2.6K 240
                                    

Tengku Fatimah memandang tajam seorang remaja lelaki yang baru sahaja memasuki rumahnya. Kelihatan wajah remaja itu sangat serabut dan jalan dia sedikit terhuyung-hayang.

"Tengku Faez Hakim!" Lantang Tengku Fatimah memanggil nama remaja itu.

Tengku Faez Hakim berpaling ke belakang. Muka dia yang tadinya muran kini berubah sinis. Dia berjalan perlahan-lahan mendekati neneknya.

"Kau nak apa orang tua?" Nafas dia berbau busuk itu membuatkan Tengku Fatimah menekup hidungnya.

Sesekali Tengku Faez Hakim tergelak sendiri. Rambutnya yang sedia kusut dikusutkan lagi. Baju dia juga tidak terurus.

"Kau balik sini mesti mabuk kan? Apa nak jadi dengan kau hah? Tak kenal halal dan haram! Dah macam setan dah aku tengok kau ni!" Marah Tengku Fatimah.

Sakit hatinya melihat anak tirinya itu. Jika Tengku Faez Hakim bukan pewaris Tengku Dahlan tak adanya dia akan melayan Tengku Faez Hakim baik-baik.

Tak sangka pula Tengku Dahlan ada anak. Sangkaan dia, Tengku Dahlan duda tidak beranak. Tapi sangkaan dia meleset sama sekali. Apabila Datin Normah kahwin saja dengan Tengku Dahlan, baru dia memperkenalkan Tengku Faez Hakim. Anak dengan bekas isteri Tengku Dahlan yang dulu.

"Pandai pula kau bab-bab halal dan haram ni ya..selama ni aku ingatkan kau jahil.." selamba saja Tengku Faez Hakim menutur.

Muka hensem habis, tapi perangai ke laut. Kerana papa dia berkahwin lain, terus dia berubah 100%. Dia masih tidak dapat menerima mereka semua dalam keluarga dia.

"Kau! Dasar cucu tak guna! Kau pergi naik! Sakit mata aku tengok muka kau ni! Kalau bukan sebab bapa kau, tak adanya kau boleh tinggal dalam rumah serba mewah ni!" Tengking Tengku Fatimah.

"Dan sebab anak kau juga hidup aku merana tahu tak! Jangan fikir aku tak tahu kau yang sebabkan mama dan papa aku berpisah! Kalau anak kau tak goda papa aku, semua ni tak akan jadi!" Bentak Tengku Faez Hakim lalu dia naik ke tingkat atas.

Sampai saja dibilik, pintu dihempas kuat dengan perasaan yang penuh dendam. Perlahan-lahan badan dia melorot jatuh dan dia tersandar di pintu bilik.

Airmata dia mengalir laju, apabila teringatkan mama dia. Mama dia rela melepaskan papa dia demi kebahagiaan orang lain. Tengku Faez Hakim berasa sangat tertekan. Tapi dia tidak akan berdiam diri.

"Kau tunggu lah! Aku akan buat keluarga kau pula sengsara lepas ni.." tanpa sedar dia telah dikuasai rasa dendam.

*****

Daniel Arfan bersandar di kereta. Kepala dia terdongak ke atas memandang langit yang dihiasi dengan bintang-bintang. Sejuk mencengkam tulang dia apabila angin menderu menyapa tubuhnya. Hoodie ditarik menutupi separuh wajah dia.

"Maaf lambat.." kata seseorang. Motor dipakir disebelah kereta Daniel Arfan.

Helmet dibuka, Christ tersengih memandang Daniel Arfan yang nampak tegang itu. Silap dia juga kerana lambat. Boleh pula perut dia buat hal, terpaksa lah dia berlama di tandas tadi.

"Kau memang tak tepati masa..bila je kau tepati masa?" Sinis Daniel Arfan berkata.

Christ mencebik. Dia menghulurkan satu sampul berwarna coklat kepada Daniel Arfan. Sampul itu dibuka dan terlihat wajah dua orang lelaki yang cukup asing bagi dia.

"Yang pertama Tengku Dahlan. Menantu Tengku Fatimah. CEO of D'M Group. Yang kedua pula Tengku Faez Hakim. Pewaris D'M Group dan pemegang saham yang terbesar dalam D'M Group" jelas Christ dengan lebih terperinci.

DANIEL ADELIA | C | A R S •4•Where stories live. Discover now