DA - 54

57.3K 2.4K 48
                                    

Lelaki itu memejam matanya rapat apabila satu tumbukan yang cukup kuat terkena pada perutnya. Dia jatuh terduduk lalu mengerang kesakitan. Tidak cukup dengan perut saja, kali ini kepalanya pula dijadikan sasaran kaki lelaki yang berdiri di hadapan dia. Satu tendangan yang cukup kuat membuatkan dia terus jatuh dan menahan kesakitan yang amat.

"Aku tak puas lagi dengan kau! Tapi disebabkan bos aku nak kau hidup-hidup, aku hanya bagi kau satu hadian yang ringan saja. Sekejap lagi kau menghadap lah dia" bisik lelaki itu cukup membuatkan lelaki di hadapan dia berasa gerun.

Bunyi geseran engsel pintu membuatkan suasana di dalam bilik itu berubah. Muncul seorang lelaki berhud hitam yang menutupi hampir separuh wajahnya. Disebelah dia pula seorang lelaki berwajah inggeris dan bermata sepet. Mereka mempamerkan senyuman sinis.

"Adam Rizalman" sebut lelaki itu dalam nada yang begitu menakutkan. Dia mencangkung di hadapan Adam yang nampak lemah.

Badan Adam serta merta mengeras. Dia cukup kenal dengan suara itu. Angkat saja muka, mata dia terpanah dengan mata hitam pekat milik lelaki yang mencangkung di hadapan dia. Mata mereka beradu. Adam dapat merasakan mata lelaki itu bagaikan api yang sedang marak. Adam meneguk air liur kesat. Nak larikan diri, memang dah tak boleh! Tiada laluan untuk dia larikan diri. Malah bilik ini semuanya dinding saja.

"Masih ingat pada aku?" Soalnya dalam nada keras. Ingin saja dia membunuh Adam pada waktu itu, tapi ditahan. Dia mahu menyeksa lelaki itu perlahan-lahan.

"Daniel.." sebut Adam perlahan. Menggigil badan dia apabila lelaki itu membuang hud di kepala dia. Kini wajah empunya badan terlihat sepenuhnya.

"Adam..Adam.." Daniel Arfan tersenyum sinis. Dia berdiri lalu memasukkan kedua tangan dia ke dalam poket seluar. Dia memberikan isyarat pada Zul.

Lelaki yang  telah menangkap Adam Rizalman. Zul memgerti dengan isyarat daripada Daniel Arfan. Tubuh Adam ditarik kasar tanpa rasa kasihan. Lalu tubuh keding Adam didudukkan di atas kerusi dengan kasar sekali. Kedua tangan Adam diletakkan di atas kerusi besi itu. Automatik kedua lengan Adam dicengkam dengan besi berbentuk bulat itu. Begitu juga dengan kedua kakinya.

"Kau terlalu bodoh! Kau jangan ingat selama ini aku hanya menderita. Aku tak sangka kau ni bodoh! Sama macam dulu. Buat sesuatu tak pernah nak berjaya" ejek Daniel Arfan. Dia memandang Adam yang nampak bengang itu.

Dia suka melihat Adam sebegitu. Umpama segala kesengsaraan dia selama ini terbalas. Adam memang seorang yang bodoh! Tidak pandai mengatur rancangan. Anak buah sendiri tak pandai nak dijaga. Kini kumpulan Vader sudah pupus.

"Sekurung-kurangnya aku tak kehilangan orang tersayang" ejek Adam kembali. Tidak diendahkan lagi kesakitan yang mencengkam seluruh badan dia.

Daniel Arfan tertawa sinis. Kemudian wajah dia terus berubah serius. Badan didekatkan ke arah Adam. Dia tersenyum sinis. Adam mula berasa tidak tenang. Senyuman itu penuh dengan makna yang tersirat.

"Aku tahu kau yang rancang semua ni. Tapi jangan lupa, aku ni siapa.." bisik Daniel Arfan. Tangan kiri dia sudah berada di tempat tembakan di dada Adam.

Adam memejam mata rapat apabila terasa luka tembakan di dada dia dijolok dengan sesuatu yang tajam. Sangat sakit! Mengeletar seluruh badan dia menahan kesakitan itu.

"Aku tahu isteri aku masih hidup. Sebab tak akan ada sesiapapun boleh pisahkan kami keculi Allah. Aku tahu kau nak sangat aku menderita. Tapi sayang semua rancangan kau gagal! Aku
terharu sangat dengan usaha kau selama ini" Daniel Arfan menjolok lagi dalam sehingga terasa tulang dada Adam dan --

PRAK!

Adam menjerit kuat apabila terasa tulang dia seperti patah. Daniel Arfan mengeluarkan playar muncung tirus itu lalu dibuang ke atas lantai. Dalam diam dia mengunakan alat itu untuk membuatkan Adam berasa seksa.

DANIEL ADELIA | C | A R S •4•Where stories live. Discover now