DA - 40

73.6K 2.7K 94
                                    

"Papa.."

Tengku Dahlan yang asyik membaca surat khabar terus mengangkat mukanya. Mata dia terpaku ke arah satu-satunya anak lelaki dia, Tengku Faez Hakim. Anak dia lengakap berpakaian. Hoodie kelabu tersarung kemas di tubuh dia. Jeans hitam dikenakan dan satu beg kecil di tangan dia.

"Hmm.." Tengku Dahlan hanya menguman sahaja. Sejak dia tiba di rumahnya tidak sekali pun dia nampak kelibat isterinya; Datin Normah.

Selama ini Tengku Dahlan banyak menetap di Australia. Dia harus memantau anak syarikat dia yang baru dibuka disana. Dua tahun dia tinggal di negara luar itu tanpa ditemani oleh isterinya. Tengku Dahlan tidak kisah kerana dia tahu apa yang sedang dilakukan oleh Datin Normah sepanjang ketiadaan dia. Hanya menunggu masa sahaja.

"Akim nak keluar. Ada latihan bola sepak di sekolah" ujar Tengku Faez Hakim. Dia sebagai kapten pasukan bola sepak harus berdedikasi. Lagi pun pertandingan bola sepak tidak lama lagi.

Dia harus menjuarai pertandingan itu. Selama ini hanya sekolahnya saja menyandang kejohanan bola sepak itu. Mereka adalah juara bertahan selama 3 tahun berturut-turut. Jadi dia harus kekalkan. Kerana ini kali terakhir dia beraksi di padang. Tidak lama lagi peperiksaan besar akan tiba. Dia harus fokus ke arah itu pula.

"Hmm pergilah. Nanti lewat pula. Jangan balik lewat sangat. Kita dinner sama-sama" pesan Tengku Dahlan lalu kembali menyambung pembacaan itu.

Laungan salam diberi oleh seseorang. Dua lelaki itu memandang ke arah Tengku Alisa yang masuk ke dalam rumah dengan wajah cemberut. Mulut dia bergerak-gerak mengomel sesuatu.

"Manalah mak dan ayah pergi ni. Aku datang tadi takde orang pun. Baru nak ajak mak borak-borak. Hish..bosannya" kaki dihentak-hentak ke atas lantai dengan muka kusut.

"Lisa..." tegur Tengku Dahlan. Anak tiri dia yang itu memang perangai seakan budak-budak sikit.

Tengku Alisa mengangkat muka dia. Secara tak langsung bertembung dengan mata Tengku Faez Hakim. Mereka berpandangan seketika sebelum Tengku Alisa memandang ke arah lain.

"Kalau Lisa hentak-hentak kaki macam tu lagi papa potong kaki kamu. Retak pula mozek tu nanti" usik Tengku Dahlan. Dia tahu kenapa gadis itu marah sangat.

"Entah! Dasar gemuk!" Ejek Tengku Faez Hakim lalu ketawa besar. Suka dia tengok muka marah-marah Tengku Alisa. Nampak cute gitu.

"Eii! Kau! Siap lah kau budak!" Gigi diketap kuat lalu dia duduk di sebelah Tengku Dahlan. Lengan papa dia dipeluk erat.

"Papa..Lisa bosanlah" adu dia manja. Rambutnya diikat satu menampakkan lagi Tengku Alisa seakan-akan budak sekolah.

"Ikut Akim pergi sekolah dia laa. Teman dia training harini" cadang Tengku Dahlan. Sikit pun mata dia tak terkalih dari akhbar di tangan dia.

"Betul tu! Kau teman aku harini! No excuses!" Tengku Faez Hakim selamba saja mengarah gadis yang lebih tua dari dia itu.

"Taknak aku ikut kau! Panas tahu tak!" Dia memaling wajahnya ke arah lain. Menyampah dengan lelaki itu. Bercakap macam dia lebih tua.

"Baik kau ikut kalau tak--" Tengku Faez Hakim tersenyum sinis. Kening kirinya dijongket beberapa kali.

Tengku Alisa mendengus kasar. Tahu sangat yang lelaki itu akan melakukan sesuatu. Tak pada dia, tapi pada barang kesayangan dia. Pernah sekali tu, Tengku Faez Hakim bakar poster gambar artis Korean di depan mata dia hanya kerana dia tidak ikut arahan lelaki itu. Dah lah poster kumpulan kesayangan dia! Hantu pun budak!

"Yelah-yelah aku ikut kau" separuh rela dia ikut Tengku Faez Hakim. Separuh lagi memaki hamun lelaki itu dalam hati.

*****

DANIEL ADELIA | C | A R S •4•Where stories live. Discover now