SPECIAL CHAPTER - 02 -

103K 3K 158
                                    

"Aku tahu aku salah Lisa, tapi tolong..tolong bagi aku peluang kedua. Aku tahu aku tak layak untuk aku. Aku budak lelaki yang baik. Tapi aku tahu, aku berdosa pada kau. Aku hanya nak aku saja Lisa. Malam itu aku terlalu ikutkab nafsu serakah aku. Aku jadikan kau mangsa. Aku tahu..kau terlalu terluka kerana aku. Tapi ketahui lah aku buat semua tu tanpa sedar. Aku.."

Tengku Alisa tidak menjadi melangkah. Kata-kata Tengku Faez Hakim membuatkan dia sedikit terkesan. Yang lain diam. Mereka tahu, kesilapan yang terjadi antara mereka bukan kemahuan mereka berdua. Mungkin ini sudah takdir. Dia tahu perjalanan hidup hambanya.

Teresak-esak Tengku Faez Hakim menangis. Dia jatuh melutut dia kerana tidak taham menahan sebak di dada. Sungguh perit buatnya.

"...aku--aku nak sangat bertanggungjawab pada kau. Aku--aku nak jadi yang sah untuk kau. Lisa, aku ikhlas cintakan kau. Dulu dan sekarang cinta aku pada kau tak pernah padam. Aku terlalu cintakan kau. Aku tak sanggup tengok kau bersama lelaki lain. To--tolong Lisa .. jangan pergi. Aku nak kau terus berada di sisi aku" rayunya dalam linangan airmata.

Tengku Alisa menarik nafas panjang. Bagasi ditegakkan. Mata dia memandang lama wajah Tengku Fattah. Melihat senyuman Tengku Fattah dan anggukan daripada bapanya membuatkan Tengku Alisa bertekad.

"Aku pun cintakan kau Faez. Dulu dan sekarang cinta aku tak pernah beralih arah. Tapi--bila kau buat aku macam tu, aku jadi kecewa. Aku tak sangka kau sanggup buat aku macam tu. Aku terlalu malu! Macam harga diri aku begitu murah pada kau. Seluruh badan aku, kau dah tengok! Aku malu pada kau! Aku malu pada keluarga aku! Aku malu pada masyarakat! Dan paling aku malu ialah Allah s.w.t , kau lelaki tak rasa peritnya akibat perbuatan kau tu. Tapi aku! Aku perempuan Faez! Perit untuk aku!"

Tengku Faez Hakim menunduk. Luahan dari Tengku Alisa membuatkan dia bertambah rasa bersalah. Ya Allah, bertapa berdosanya pada gadis itu.

"..aku tahu jika perbuatan kau mungkin akan menghasilkan benih dalam rahim aku. Aku sedar tentang itu. Walaupun sekali kau sentuh, kuasa Allah kita tidak tahu. Jadi aku nak kau bertanggungjawab terhadap aku" kata Tengku Alisa dengan wajah kosong.

Hati dia masih cintakan lelaki itu. Tapi kerana perbuatan lelaki itu membuatkan dia ingin menjarakkan dirinya. Tak mahu lelaki itu menganggap dia perempuan yang lemah.

Dan pada malam itu, mereka dinikahkan oleh Tengku Fattah sendiri. Masing-masing memanjatkan kesyukuran kepada yang Maha Esa. Jika Allah tidak membuka hati dua hambanya itu, pasti akan ada persengketaan antara mereka. Bersyukur kepada Allah kerana memudahkan urusan mereka.

"Alhamdulillah. Kamu berdua dah selamat menjadi suami isteri" ucap Tengku Dahlan. Dia tidak boleh marah lama-lama. Tengku Faez Hakim juga anaknya.

"Alhamdulillah. Berbesan juga kita" gurau Tengku Fattah. Malam itu cukup riuh meraikan dua pasangan itu.

Tapi di wajah Tengku Alisa tidak ada senyuman. Malah wajah dia dingin saja. Biarlah dia pendam perasaan cinta dia pada Tengku Faez Hakim. Dia mahu memberi pengajaran pada lelaki itu. Lelaki yang telah bergelar suami kepadanya.

"Walid, kita boleh gerak sekarang" Tengku Qayyum bersuara. Dia paling banyak mendiamkan diri.

"Baiklah. Lan kalau kau ada apa-apa nak minta tolong, bagitahu je aku. Aku pasti tolong kau. Terima kasih sebab kau telah jaga anak-anak aku dari kecil hingga besar. Terima kasih sebab berikan mereka kemewahan. Aku tak tahu lagi macam mana nak balas jasa kau. Cukup besar pada aku, Lan"

DANIEL ADELIA | C | A R S •4•Where stories live. Discover now