DA - 52

57.6K 2.4K 39
                                    

"Bodoh! Aku nak kau cari dia sampai jumpa! Aku nak dia hidup-hidup"

Mata dia tajam memandang anak-anak buahnya yang menikus memandang lantai. Masing-masing tidak berani membuka suara. Apatah lagi mahu melawan kata-kata lelaki di hadapan mereka itu.

Cukup sekali mereka menjadi mangsa lepasan perasaan lelaki kejam itu. Markas mereka sudah tidak macam dulu lagi. Penuh dengan darah-darah dan mayat-mayat yang bergelimpangan. Semuanya budak-budak Vader.

"Kalau korang tak dapat juga jantan sial tu--" dia menyeringai jahat. Wajah yang jarang dilihat oleh mereka. Hanya bila lelaki itu betul-betul marah sahaja.

"--jangan salahkan aku kalau korang jadi macam mereka ni semua. Jadi mayat!" Jerkah dia lantang lalu berlalu pergi dengan perasaan yang penuh dengan dendam.

4 bulan sudah berlalu, kini mereka kembali seperti dulu kala. Zul dan Christ masing-masing sibuk. Kerja mereka lebih berat lagi daripada budak-budak yang lain. Lebih mencabar. Mereka yang menjadi orang utama dicari oleh lelaki kejam itu nanti. 24 jam masa dihabiskan di markas itu saja.

Masa dihabiskan dengan membunuh budak-budak Vader. Tiada sesiapa yang terselamat. Malah mereka dibunuh tanpa belas kasiha. Kini kumpulan Vader semakin menurun dek kerana amukan daripada Daniel Arfan.

Kereta dipandu laju membelah jalan raya. Pemanduan dia begitu cekap sekali biarpun di selekoh berbahaya. Tangan dia kemas terletak di stereng kereta. Sampai saja di satu kawasan, kereta dihentikan di sebelah pembahagi jalan. Dia melangkah keluar dengan muka serius.

Kaca mata hitam terlekat kemas di batang hidungnya. Separuh wajahnya ditutup dengan topi warna hitam. Dia bersandar di kereta dan merenung kawasan gaung itu.

"Dah empat bulan berlalu, aku masih tak boleh lupakan kau. Aku tahu kau masih hidup, aku tahu kau tak akan tinggalkan aku" gumam dia sendiri.

Setiap masa, dia akan ke kawasan yang menjadi tempat pemergian insan tersayang. Daniel Arfan akan ke sana dan sentiasa berharap bahawa Elly Adelia akan kembali. Namun hakikatnya, dia tahu wanita kesayangan dia tidak akan kembali lagi.

"Allah"

Daniel Arfan meraup wajahnya. Dia berisghtifar di dalam hati. Senyuman kelat terhias di wajahnya. Senyuman yang mengambarkan perasaan sedihnya. Dia harus terima semuanya. Terima tanpa menyalahkan takdir yang telah Tuhan tetapkan. Dia harus menerima qada' dan qadar.

*****

"Macam mana keadaan mereka?"

Syed Syakil lantas berdiri apabila lelaki berkot putih itu keluar dari bilik yang seseorang. Doktor itu tersenyum nipis. Syed Syakil mengeluh perlahan.

"Masih sama. Uncle jangan risau, bayi di dalam kandungan dia okay. Cuma--" dia mengerling wajah Syed Syakil. Serba salah dia mahu menyatakan sesuatu.

"Cuma apa?" Soal Syed Syakil tidak sabar. Dia pandang wajah doktor muda itu dengan penuh berharap.

"Bayi itu kemungkinan cacat apabila lahir nanti" wajah Syed Syakil serta merta berubah. Dia meraup wajahnya kasar.

"Allah" ucapnya perlahan. Kesal kerana dia tidak bertindak dengan cepat. Airmata yang mahu menitis ditahan sedaya upaya.

"Uncle jangan risau. Dia tak apa-apa, tapi itulah kecederaan dia agak parah. Saya tak pasti bila dia boleh sedar. Uncle banyakkan berdoa agar dia sedar. In Sya Allah, semuanya baik-baik saja. Kalau tak ada apa-apa saya pergi dulu".

DANIEL ADELIA | C | A R S •4•Where stories live. Discover now