" MIN SUGA !!! "
aku terus jerit dan laung laung nama dia sebaik sahaja aku dah jejakkan kaki ke dalam kelas ni .well , dah nak dekat sebulan dah weh kitorang tablemate so aku dah paham dah dia macam mana .
dia macam biasa tengah dok duduk kat tempat dia dan hanya mengelamun memandang langit . aku tahu , sejak kebelakangan ni dia semakin suka menyendiri disebabkan kematian kawan baik dia sendiri , jeon jungkook .
punca kematian ? sorry dear aku tak tahu . ni pun aku dengar dari si mingyu , surat khabar bergerak kat group kitorang .
serius , aku pun terkejut bila dengar berita tu . member bangtan dia yang lain pun dah murung semacam . dah tak happy macam selalu . dan lagi pelik , suga jauhkan diri dia dari group dia .
dan lagi aku tak sangka yang eunha masuk pemulihan khas sebab tak dapat terima kenyataan yang jungkook dah takde .
so everyday aku akan cuba happykan dia even dia ni sinis memanjang dan suka palau aku but aku tak kisah sebab aku faham macam mana rasa kehilangan .
tapi memang perangai mamat ni suka palau orang , hmm sabar je lah .
" min suga , min suga , min suga "
aku sebut nama dia perlahan dan nyanyi kecil sampailah aku dah duduk kat tempat aku sendiri . aku toleh pandang dia , dan dia still pandang luar .
" min sugaaaaaaa " aku leretkan suara aku .
" apa ? "
dia soal perlahan but still tak toleh pandang aku .
" takde , just nak cakap 'morning' kat kau "
dan dia hanya angguk je . aku dah mencebik dalam diam . haa elok sangat perangai . sekurang kurangnya balas lah 'morning' juga , kan okay sikit ?
" perghhh yeona memang dah lupakan kita la weh "
aku terus toleh hadapan bila aku dengar suara seseorang yang elok menyindir aku .
hoshi kata sambil pandang aku tajam tajam , tak bukan hoshi je but diorang semua tengah pandang ke arah aku . dino dan saera duduk kat sebelah woozi . hmm ni mesti kes gosip lagi ni . aiguu , member aku .
" eh , bila masa aku lupakan korang ni ? "
hoshi terus julingkan mata ke atas diikuti jun , woozi dan dino .
ermmm empat serangkai ni , memang sentiasa buat gaya macam tu .
" tadi . kau tegur suga je kan ? kitorang ni dah macam halimunan , tak pun kau wish morning ke apa ke . "
aku dah sengih . alaa member aku ni , selama ni okay je kot kalau aku tak cakap apa apa . yang hari ni touching semacam ni pehal ?
" haa okay . morning everybadeh to all my beloved friends "
aku kata sambil buat gaya flying kiss banyak banyak . mereka semua dah tayang muka menyampah dan terus buat bulatan balik . ceit , nak gosip lagi la tu .
" weh , kau nak tak temankan aku hang out malam ni ? kau nak tak ? "
aku soal suga sambil ketuk ketuk meja dia .
" tak , aku busy "
aku hanya buat muka tabah . tak pernah lagi aku sembang dengan dia , dia akan balas panjang panjang .
sedikit je ayat keluar dari mulut dia tu .
" haa ! kau dah hantar tak borang kemasukan high school tu ? "
dia hanya gelengkan kepala .
aku dah mengeluh dalam diam . haih la mamat ni , nak cakap bisu tapi elok je rap . lancar pulak tu . tapi kalau ajak sembang , nak tunggu benda penting baru nak buka mulut .
YOU ARE READING
[ C ] Regret | yoongi
Fanfiction" jangan permainkan kepercayaan yang aku beri " [ c o m p l e t e 🌸 ]