" err mesti kau penat kan ? jom balik weh "
aku terus tarik tangan joshua untuk blah terus dari mall ni . aku takut sangat ni , lagi lagi bila nampak joshua yang dari tadi hanya tenung je ke arah suran dan lelaki..
lelaki yang kacak bagi pandangan aku HAHAHAHAH jap weh aku tak patut gelak dalam situasi macam ni .
aku sepatutnya bersedih dan pergi tampar suran kuat kuat dan tendang dia bertubi tubi .
" kejap , aku ada benda nak settlekan sekarang "
tetiba joshua berdiri dan mengorak langkah ke arah dua sejoli yang dari tadi bergelak ketawa dan bersendawa bersama .
ewahh , ingat mall ni diorang berdua yang punya ?
aku pun terus ikut langkah joshua dan aku ambil sekali hadiah yang joshua letakkan kat tepi tadi .
semakin hampir kitorang kearah suran dan lelaki misteri tu , semakin berdegup jantung aku . uishh lekk weh lekk , bukan aku kot yang curang sekarang ni .
suran dan lelaki tu masih tak sedarkan kehadiran kami dan sibuk suap menyuap aiskrim sekarang ni . eww , satu sudu je ? ishh pengotor sungguh .
" hey "
tenang sapaan joshua sebaik sahaja kitorang sampai betul betul kat hadapan manusia durjana kat hadapan ni .
aku just pandang wajah joshua , bapak cool gila . tak tunjukkan dia tengah marah atau frust sekarang ni . dia just buat muka yang sekarang ni tak jadi apa apa .
terhenti suapan lelaki tu ke mulut suran lalu pandang kitorang dengan riak wajah yang pelik .
eh jap , kita tak patut pandang reaksi muka lelaki tu but reaksi muka suran tu haa . dah macam kena tampar setan je . pucat semacam . aku syakk dia dah keteguran ni .
" yes ? boleh saya tolong ? "
lelaki tu terus serahkan aiskrim yang jenis macam gelas apa entah aku tak tahu nama dia ke arah suran dan terus soal joshua.
" tak , just nak tanya . dia girfliend kau ke ? "
joshua kata lalu tunjuk ke arah suran . aku pulak nak cekik joshua sekarang ni . soalan apa kau bagi ni ?
makin terbeliak mata suran bila jari telunjuk dia dah elok kat hadapan biji mata dia je . ishh geram pulak aku . nak je aku tolak tangan joshua , biar cucuk mata suran ni eyyy .
" yup , dah dekat dua bulan dah "
dan lelaki tu pun jawab dengan jujur dan senyuman . aku yang dengar terus rasa nak lempang suran . dah dua bulan ?
" oh , dah lama dah . tak sangka kan ? "
joshua gelak suka .
ishh mamat ni , gelak suka ke gelak terseksa ni ?
" ermm kenapa ya ? "
lelaki tu soal bila naik hairan tengok joshua yang elok tergelak sekarang ni .
aku pandang joshua , weh joshua kau bagitahu sekarang yang kau ni boyfriend suran ! kau bagitahu !!
aku dah jerit jerit dalam hati .
" takdelah . sorry ganggu . jom yeona "
dan joshua terus melangkah pergi .
EH BUDU JOSHUA ! HAA MINAH NI LAGI BUDU ! AKU PANAS NI AKU PANAS! BERANI SUNGGUH BETINA NI PERMAINKAN PERASAAN KAWAN AKU!
aku nampak joshua dah jauh di hadapan . dengan hati yang tak rela aku pun pusingkan badan aku dan berura nak pergi .
" siapa tu ? kawan you ke ? "

ANDA SEDANG MEMBACA
[ C ] Regret | yoongi
أدب الهواة" jangan permainkan kepercayaan yang aku beri " [ c o m p l e t e 🌸 ]