[ 10 ]

1.5K 187 16
                                    

aku duduk kat kerusi sambil baca satu persatu isi kandungan maklumat yang ada kat borang tu .

tentang pembayaran yuran kat high school . ughh susah betul . dahlah duit aku tak cukup , tinggal 6000 won je pun .

ni pun untuk aku makan . ni lagi nak bayar yuran setiap bulan ? ahh seriuslah ?

nampaknya aku kena kerja lagi ni . tapi kerja apa ?

terus aku ambil phone dan dail nombor pak cik vernon . nak minta kerja supaya aku dapat jadi cashier kat kedai serbaneka dia lagi .

tahun lalu aku kerja dengan pak cik vernon juga but aku berhenti bila aku rasa dia ni selalu bagi aku kerja banyak sangat , tapi memandangkan sekarang ni darurat so aku kena la berpenat lelah .

" haa.  pak cik ! "

aku terus jerit kuat bila panggilan aku dah diangkat .

" saya nak minta kerja lagi kat tempat pak cik , boleh tak ? "

aku dah kuis kuis kaki aku kat lantai .

" ye , saya tak berhenti kerja mendadak lagi dah . lagipun saya perlukan duit ni "

aku terus buka mulut bila aku rasa pak cik vernon ni dah lama sangat membebel .

" haa okay , saya kerja shift malam tau "

aku hanya angguk angguk bila dengar pak cik vernon berikan aku peringatan .

nak dekat lima minit dia bebel aku barulah talian di matikan.
bernanah telinga kalau macam ni .

••••••••••••

" so , setakat ni semuanya faham tak apa yang prof ajar ? "

prof kwang soo kata lalu terus duduk kat tempat dia dan pandang kami . menunggu jika ada yang hendak memberikan soalan .

" FAHAM PROF ! "

dan kitorang pun jerit kuat kuat menandakan kitorang faham apa yang prof tu ajar.

" haa baguslah . tak lagi saya nak berpenat lelah nak ajar korang . even kamu ni kelas belakang , tapi kamu cepat faham . bukan macam kat kelas depan tu banyak sangat benda diorang nak tanya . jenuh kita nak menjawab "

prof kwang soo dah mulakan sesi meluah perasaan dia . hmm eloklah . kemarin luah tentang masalah keluarga dia . esok lusa ? pasal kewangan dia pula .

sabar je la ,  nasib baik kau prof aku . kalau tak memang aku dah suruh kau diam .

" yeona , aku masukkan kau dalam team aku tau "

suga terus kata kat aku sambil tulis sesuatu kat kertas yang ada dengan dia .
aku hanya angguk menandakan aku setuju dengan cadangan dia .

suga ni di lantik jadi ketua kelab basketball dan naib ketua dia budak kelas pertama kat high school ni.

kim soohyun .

bapak pompuan ni cantik gila , sampai aku tak sangka dia masuk kelab basketball .

aku rasa dia tu sesuai masuk kelab fashion , tak pun kelab teater ke ?

haa kan elok?

" yeona~. "

aku toleh belakang bila dengar suara saera yang dah mendayu seru nama aku .

"  apa ? "

"  aku bosanlah "

aku terus berdiri dan pergi ke belakang , duduk kat sebelah saera .

[ C ] Regret | yoongiWhere stories live. Discover now