kenapa ni semua jadi ? tak , bukan tu persoalannya .
aku just nak tahu macam mana dia ada kat sini?
dia ikut aku ke ? dia jadi spy ? tapi untuk apa ?
" better korang balik sebelum aku hempuk korang kat sini . tak malu ke nak bersweet kat public ? "
dingin suara mark kata macam tu kat kitorang . aku tak tahulah kenapa dengan mark ni , penyibuk la .
kat high school nak sibuk hal aku , kat luar pun sama ? aiguu , dia ni . aku dah buat muka kat dia .
aku nampak muka baekhyun dah dingin gila . baekhyun ketap bibir dia , maybe marah sebab perbuatan dia terbantut .
" huh ! jomlah balik yeona . ada je penggangu kat mana mana "
baekhyun berdiri dan terus tarik lengan aku perlahan . aku yang masih blank terus ikut dia dan berura nak blah .
lagi best , mark aku jeling tajam .
" kau , kat sini . biar baekhyun balik sensorang . dia ni bukan boleh percaya sangat ."
mark tetiba pegang sebelah lengan aku bila baekhyun nak bawa aku blah dari restoran The Eve ni .
woii apa ni weh , dah macam drama buduh . belah kiri baekhyun tarik aku , belah kanan pulak mark .
haa eloklah . seisi restoran dah pandang ni aduhaii sila wafat semua .
" jangan sibuk . aku nak hantar dia balik . lagipun aku ni boyfriend dia , kau siapa bagi yeona ? "
baekhyun terus tarik aku kuat menyebabkan aku dah berdiri dekat dengan dia tapi genggaman mark still tak terlepas dari aku .
mark menunduk sambil senyum sinis . mungkin kelakar dengan ayat baekhyun .
" kau boyfriend dia ? jadi , bila kau dah jadi boyfriend dia means kau boleh buat apa je la ? by the way , antara aku dengan yeona , kau tak perlu tahu . takut kau terkejut pulak yang aku ni .... "
dia pandang aku sambil gantungkan ayat dia .
aku dah bergetar ni , nak dengar ayat dia yang seterusnya . dalam diam aku nak tahu juga , berani ke dia kata yang kitorang berdua ni memang ada something ?
baekhyun dah pandang aku dan mark silih berganti .
".. hmm , nothing . "
aku terus pejam mata dan hembus nafas lega bila dia kata macam tu . nampak sangat dia tak nak mengaku . pftttt , riak lebih .
" aku tak kesah langsung kalau kau ada apa apa dengan yeona tapi sekarang ni aku yang akan hantar yeona balik . bukan kau ! "
seriau aku dengar bila baekhyun 'berkau aku' dengan sir high school kitorang . aduhh. mentang mentang kitorang kat luar , dia dah tak hormat dah .
"aku tak nak dia balik dengan kau . kau tu lelaki . macam macam boleh jadi "
mark terus tarik aku mendekati dia dan menjauhi baekhyun . haa bangang , ingat aku ni tali .
aku nampak sekeliling , semua dah pandang pelik .
aku nampak meja kat hujung tu pandang ke arah sini tapi semua acah cover muka . pfft siak , korang umpat aku ke apa ?
bukan apa , bila aku pandang tempat diorang , diorang terus acah sembang . haa bangang sangat ni .
" jadi , dia nak balik dengan siapa ? kau ? huh , kau pun lelaki jugak kan ?"
baekhyun kata lalu tarik aku mendekati dia .
aku dah nak marah ni guys , dah membara hati aku .
YOU ARE READING
[ C ] Regret | yoongi
Fanfic" jangan permainkan kepercayaan yang aku beri " [ c o m p l e t e 🌸 ]