BAB 2

258 13 7
                                        


First day masuk sekolah setelah hampir sebulan cuti sekolah membuatkan hati Nadine berdebar-debar gembira ingin berjumpa kawan baik nya Thira Yusra.

"Aishh mana lah Thira ni...first day sekolah dah datang lambat.."memang nak kena lah minah ni buat aku tertunggu-tunggu.

Dari jauh dah nampak minah badan gempal dengan pipi gebunya berjalan menuju ke arah Nadine.

"Hai Nad." Tanpa teragak-agak Thira terus memeluk Nadine di hadapan orang ramai. "Rindu nya aku dengan kau lama tak jumpa weiii."

Aku mencubit lengan berlemak Thira. "Engkau ni memang nak kena semua orang tengok kita lah bodoh... " Baru semalam agak nya aku dgn Thira bervideo call..lama tak jumpa hotakk dia.

Thira mencebik.

"Kau ni tak sporting langsung lah." Thira memeluk tubuh memandang Nadine.

"Eee mengada lah jom masuk kelas aku tak sabar nak habis belajar ni.. aku rasa mcm nak cepat- cepat masuk universiti nak ngorat anak orang kaya kat Uni tu.." Nadine dah berangan-angan nak masuk Uni...SPM pun belum lepas.

"Ishhh aku pun tak sabar-sabar lah." Thira mula berangan-angan.

Thira Yusra ni aku kenal dari sekolah menengah lagi dari tingkatan satu. Minah ni orang Kedah sama je dengan aku..Kita orang ni rapat sebab ada otak yang sama maksud aku kita orang suka berangan tentang masa depan yang lama lagi nak terjadi..Hahaha

"Weiii aku dengar kita ada cikgu Matematik baru ganti cikgu Namisah..." Thira mula bergosip.. yelah dia ni memang kaki gosip aku pulak kaki dengar...dia ni apa-apa cerita baru kat sekolah cepat je sampai ke telinga dia maklum lah abang dia ketua pengawas sekolah.

"Lelaki ke perempuan." Tiba-tiba Nadine teruja nak tahu.

"Lelaki lah kalau perempuan mana aku nak kisah sangat."

"ouhhh.." Tiba-tiba aku teringat cikgu yang baru pindah sebelah rumah...seriauuu mak nakk.

"Pendek je jawapan kau..selalu nya kau tanya dia handsome ke tak.."

"Malas nak ambik tahu." Padahal aku takut cikgu tu cikgu sebelah rumah aku.

"Ye ye lah kau...macam aku tak tahu kau tu macam mana." Thira memandang Nadine dengan pandangan yang tajam.

"Ok aku cerita...ibu aku cakap ada orang baru pindah rumah sebelah rumah aku tu semalam.."

"Habis tu."

"Ibu aku cakap dia cikgu...so aku takut lah cikgu baru kita tu jiran baru aku."

"Kau tahu ke rupa dia macam mana..Kacak tak...ada iras-iras Syafiq Kyle." Thira tiba-tiba teruja.

"Mana lah aku tahu...pagi tadi pun aku dengar dia berbual-bual dengan ayah aku je...tak terfikir pulak nak usyar-usyar tengok muka dia macam Syafiq Kyle ke Herman Tino."

Nadine gelak besar.

Thira mencebik.

Sekali Aku Jatuh CINTATempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang