Pagi yang indah dengan bunyi burung-burung yang menyanyi-nyanyi sambil bertenggek dekat dahan pokok sungguh menenangkan hati nurani ku ini.
Hari ni macam biasa tak ada apa yang menyeronokkan selain daripada dapat tidur di hari weekday maklumlah hari ni cuti umum.
Jam dah berginjak ke pukul 11 pagi tapi macam biasa aku belum bangun daripada tidur.
Well manfaatkan cuti guyss!
Tapi kesenangan hanya sementara bila suara halilintar ibu membuatkan gegendang telinga aku pecah dan secara automatik nya aku terjaga.
Spoil!
Aku turun dari katil dengan gerakan selaju siput khinzir. Malas weyy malas!!!!
Selesai je mandi..aku berkemas dihadapan cermin.
Tingg!
Bunyi notification masuk..
Siapa yang rajin sangat nak mesej dengan aku pagi-pagi ni.
Application Whatsapp aku buka.
Thira Bambamcikibom
Weii call aku!Thira Bambamcikibom
Urgent cepat!!
You
Asal kau ni.You
Apa yang urgent sangat.Thira Bambamcikibom
Call jelah banyak tanya lah kau ni kalau aku tengah nak mati sekarang minta tolong dengan kau tak pasal-pasal mati cepat aku.Merepeklah minah tembam ni.
You
yelah yelah.Nombor Thira aku call.
Lambat pulak minah ni nak jawab tadi bukan main urgent bagai.
Selepas satu minit berlalu.
"Hello."
"Ha pahal? Apa yang urgent sangat sampai tak boleh bagitahu dalam chat je."
"Kucing kau dah nak beranak ke?"
"Bila masa pulak aku membela syeton."
"Ouhh hihihi..habis tu asal?"
"Saje suruh kau call."
"Banyak lah kau punya saje.. Apahal do."
"Hehehe macam ni..Semalam aku tukar ringtone baru jadi aku saje lah nak suruh kau call aku sebab nak dengar helok tak bunyi ringtone tu kalau tiba-tiba dia berbunyi dekat public nanti."
Whatt?? Kurang manis punya budak.
Butang merah aku tekan.
You ended the call
Padan muka kau..Bergurau lagi dengan aku pagi-pagi macam ni.