Perkara yang ditunggu-tunggu pelajar semenjak melangkah kaki ke sekolah ialah menunggu masa balik.Habis sudah matapelajaran terakhir semua pelajar termasuk guru-guru sekali berebut keluar ke pintu pagar...memang masa ini lah semua pelajar menunjukkan skill maraton masing-masing."Tu ayah aku dah sampai." Nadine menunding jari ke arah kereta Honda berwarna putih yang diparkirkan di tepi jalan.
"Alaa cepatnya ayah kau sampai." Thira menarik muka.
"Kau tunggu jelah tak lama lagi papa kau sampai..aku balik dulu erkk..bye..muahhh cikitt." Nadine mencium pipi pau Thira.
"Jumpa esok beb." Thira melambai ke arah Nadine.
Sampai sahaja di rumah, Nadine terus menyalami ibunya yang sedari tadi menunggu di muka pintu.
"Ibu masak apa hari ni."
"Sambal sotong dengan ayam masak kicap..dah pergi naik bilik mandi lepastu turun makan."
"Ok ibu." Nadine naik ke atas. Kaki nya terhenti apabila mendengar bunyi enjin big bike masuk ke perkarangan rumah sebelah.
Nadine berlari ke muka pintu dan mengintai jiran sebelah rumah di sebalik pintu. Belum sempat Nadine menjengukkan kepalanya Hajah Zurida sudah menjerit memanggil Nadine.
"Nadine buat apa lagi tu...cepat lah mandi.." Hajah Zurida mencekak pinggang melihat Nadine.
Ibu ni tak menyempat langsung. Detik hati Nadine.
Tanpa membantah Nadine terus naik ke atas.
Selepas habis makan tengah hari Haji Haikal terus balik ke pejabat.
"Nadine petang ni tolong ibu siram kan pokok bunga dekat halaman rumah tu..Ibu nak pergi ke rumah Mak Som petang ni..nak hantar kain baju.
"Baik bu.."Selepas menjawab Nadine terus naik ke atas dan memeluk bantal busuk nya yang dari tadi memanggil untuk dipeluk.
Petang yang cerah dengan warna langit yang kekuningan Nadine memakai shawl yang dililit di lehernya.
"Yeyelah ibu ni pergi rumah Mak Som nak hantar kain..entah-entah bergosip..Ibu ni suka sangat join makcik-makcik bawang tu."Nadine membebel sambil menyiram pokok bunga ibunya.
"Assalamualaikum." Nadine yang tengah mengelamun tersentak dengan salam dari seorang lelaki di hadapannya. Tanpa sengaja Nadine menghalakan hujung paip kepada lelaki itu.
"Ya Allah...encik ni buat terperanjat saya je lain kali kalau nak bagi salam tengok lah orang tengah buat apa.."tanpa menghiraukan lelaki itu Nadine terus bercakap lepas.
"Errkk ekk cikkk ekk guu." Nadine terperanjat melihat lelaki sado yang basah kuyup akibat air paip dihadapannya.
"Maaf kan saya cikgu saya tak sengaja." dengan muka bersalah Nadine menghulurkan kain tuala kecilnya kepada Falyq.
"It's okay Nadine." Falyq mengesat air pada mukanya dengan tuala.
Tak sangka betul cikgu sado ni jiran baru aku. Detik hati Nadine.
"Cikgu buat apa kat sini..cari siapa."
"Saya cari Haji Haikal..pagi tadi dia suruh saya jumpa dia.."
"Ouuh ayah belum balik..dia selalu balik pukul 6 petang."
"Laaa yeke.. ni baru pukul 5 petang patut lah.."
Tanpa membalas Nadine hanya tersenyum.
"Tak sangka awak ni anak Haji Haikal patutlah awak berbintikan Haji Haikal..saya ingatkan pelanduk dua nama." Falyq senyum menyenget.
Nadine senyum nipis.
