"Nadim kau nampak earphone aku tak?!." Pintu bilik Nadim aku buka tanpa meminta keizinan darinya.
Aku terkaku seketika apabila melihat figura seseorang yang sangat aku kenali tengah main game dengan Nadim. Aku rasa baru siang tadi aku jumpa dia dan sekarang jumpa lagi? Jodoh apakah ini?
Ouhh jangan merepek Nadine!
Dia langsung tak pandang aku yang tercegat dekat depan muka pintu ni. Aku pegang kepala.. huh nasib baik aku pakai tudung kalau tak habis aurat aku tercemar.
"Kau nak apa kak?" teguran Nadim membawa aku ke dunia yang nyata.
Aku pandang Nadim dan pandang dia sekali lagi tapi dia tetap tak pandang aku focus sangat main game.."Tak pelah." Tiba-tiba rasa tak ada mood nak dengar lagu guna earphone tadi.
Tanpa menunggu lama aku terus beredar dari bilik Nadim dan turun ke tingkat bawah.
Ibu yang sedang sibuk memotong cili aku dekati.
"Nak akak tolong bu.?" Lembut je aku tanya.. acah-acah perempuan melayu terakhir konon.
Ibu menoleh ke arah aku "Tak payah lah dah nak siap ni.. tinggal nak buat hiasan je lagi."
Rajin pulak ibu nak buat hiasan.. ouh aku lupa ada tetamu yang tak diundang kat rumah ni.
Aku malas nak acah rajin jadi aku hanya mengangguk dan berlalu keluar dari rumah. Sementara tunggu Ayah yang ada meeting kat masjid balik untuk makan malam bersama.
Patutlah si dia tu sempat main game dengan Nadim tadi. Aku ingat dia tak pergi masjid bila tengok ayah belum balik rupanya ayah ada meeting dekat masjid.
Tak pasal-pasal aku fitnah dia bukan-bukan tadi. Tak pelah nanti aku minta maaf... itu pun kalau aku rajin.
Kerusi di halaman luar rumah aku duduk. Tiba-tiba rasa nak hirup udara segar malam-malam ni... tenang je rasa dengan kelipan bintang yang menyerikan malam yang gelap ini. Auchh!
Aku memejam kan mata dan menghirup udara dengan nikmat nya.
Derapan kaki seseorang membuatkan aku membuka mata serta merta. Aku tidak terus memandang kearah seseorang itu bila terasa tempat kosong disebelah aku di duduki.
Haruman dia sudah cukup untuk aku tahu siapa orang nya tanpa perlu melihat dia.. haruman yang sama aku hidu pada siang tadi sewaktu aku dimalukan dengan terjatuh bagai nangka busuk di tangga sekolah tadi.
"Buat apa duduk sorang-sorang kat sini." Teguran nya membuatkan aku menoleh kearah nya dan secara tidak langsung mata kami bertaut apabila dia juga memandang aku.
Untuk beberapa saat aku terpaku menatap mata hazel nya. Sungguh cantik ciptaan Mu wahai pencipta alam. Aku terus hanyut dalam dunia aku sendiri memerhati setiap inci mukanya yang langsung tiada cacat cela.
"Awak memang suka usha muka saya eh?" Dia mengecilkan mata seolah-olah mengejek aku.
Aku tersedar dengan perlakuan aku yang melebih dan dengan serta merta darah mula menyerbu muka aku. Aku mengalih kan pandangan bila terasa pipi aku semakin memerah dengan teguran dia tadi.
"You look cute when blushing." Dia tergelak kecil.
Muka aku terasa semakin memerah bila dia menegur."Mana ada saya blushing." Aku cuba menepis tuduhan nya sedangkan terang-terang aku tengah blushing sekarang ni.
"Eleh muka dah macam udang kena panggang ada hati nak tipu." Dia tergelak besar dengan lawak nya yang aku rasa tak lawak langsung.
Aku memandang dia dengan pandangan yang geram dan secara automatik tangan aku naik dan menampar manja lengan nya.
Dia memandang aku dengan pandangan yang susah untuk aku tafsirkan.
Menyedari keterlanjuran aku tadi aku terus menunduk dan menggigit bibir bawah dengan perasaan bersalah.
"Saya minta maaf Cikgu Falyq." Aku beranikan diri untuk bersuara.
Falyq masih memandang aku dengan riak yang sama.
Dia marah kan aku ke? Aku tampar manja je tadi takkan nak sensetif pulak mamat ni.
Falyq tertawa kecil sambil menggeleng-gelengkan kepalanya."Saya tak marah pun lah."
Aku hanya memandang nya tanpa ada rasa ingin menjawab.
Untuk seketika kami hanya mendiamkan diri dan hanyut dalam dunia sendiri sehingga bunyi notification yang masuk menyentakkan aku.
Dari ekor mata aku nampak dia membaca mesej yang baru masuk tadi dengan dahi yang berkerut-kerut.
"Hughh..."aku menoleh setelah mendengar keluhan kasar darinya.
Aku berkira-kira sama ada mahu menegur atau tidak. Aku takut dia jenis yang tak boleh diganggu bila tertekan. Yalah manusia kan perangainya lain-lain.
Dia menundukkan kepala."why?" aku mendengar dengan jelas bait perkataan yang dikatakannya walaupun dia hanya menggumam.
Perlakuannya yang makin resah menarik aku untuk bertanya.
"Erm.. are you okay."
Falyq memandang aku dengan wajah sugulnya. Terbit rasa kasihan dalam hati aku melihat wajah nya yang nampak comel bila resah. ahakk!
"I'm okay." Dia tersenyum manis walaupun jelas senyuman itu kelat dimata aku.
"Saya pendengar yang baik tau." aku memancing nya untuk membuka cerita. Aku tak tahu.. tapi aku rasa macam nak tahu sangat apa yang buat dia tak tenang.
"Awak bukan pendengar yang baik tapi penyejuk hati yang baik" Dia tersengih memandang aku tidak berkelip.
Aku menunduk menekur kaki ku. Muka rasa macam tengah berbahang habis dah ni. Kenapa dia patut blushing kan aku waktu-waktu macam ni.
Gelakan kecilnya menarik aku untuk memandangnya semula. Muka yang tadi putih kemerahan menjadi hitam kemerahan bila aku sedar yang dia sengaja nak kenakan aku.
Tadaguna betol!
Aku memukul lengannya."Jahatlah cikgu ni." Jelingan maut aku hadiahkan padanya dan serta merta dia ketawa dengan terbahak bahak.
Tak senonoh betul. Entah apa yang kelakar sangat."Dahlah..." aku merengek supaya Falyq berhenti ketawa.
Dan secara tidak langsung aku menekup mulutku apabila tersedar yang aku baru saja merengek dihadapannya.. Eii mengadanya...Siapa ajar kau mengada ni Nadine...
Falyq menghabiskan sisa tawanya untuk sekian kali.Aku hanya merenung dia ketawa dengan muka merah padam.
"Nadine.." Jeda. Dia merenung anak mata aku dengan mata redupnya.
Aku menunggu kata-kata yang bakal keluar dari mulutnya.
"Saya nak cakap sesuatu dekat awak" Aku terkelu seketika apabila Falyq bercakap dengan suara husky nya.
"W-what."
"Saya nak melamar awak jadi isteri saya."
