BAB 11

190 10 7
                                    

Sabtu yang ditunggu-tunggukan bagi semua manusia yang bergelar pelajar..maklum lah hari cuti semua orang tunggu..Tapi bukan bagi Nadine untuk kali yang pertamanya dia tidak merasakan hari Sabtu adalah hari heaven bagi nya..Kerana apa?? ya kalau korang ingat Nadine akan menyandang jawatan sebagai  orang gaji untuk satu hari dalam seumur hidupnya..well guys jadi orang gaji bukannya teruk sangat pun so keep it positive..Positive untuk Nadine je lah.

Jam di dinding ruang biliknya dikerling..jam tepat menunjukkan pukul 9:50 pagi.

Nadine menghayun langkah ke tingkat bawah dengan malas tahap gaban..Dia mengatur langkah terus ke dapur untuk menjamah sedikit makanan kerana kedua-dua ibu dan bapa serta adiknya pagi-pagi sudah keluar membeli barangan keperluan..Jadi sebagai seorang Nadine.. Dia memang tiada selera kalau dibiarkan makan seorang diri.. Pelik bukan?? tapi mungkin itu salah satu habit..Hahahambar.

Jam menunjukkan pukul 9:59 dan dengan malasnya dia keluar dari rumah lalu mengunci pintu rumah. Tak perlu tergesa-gesa sangat pun sebenarnya rumah yang dia hendak pergi pun sekangkang kera je.. paling-paling pun dia terlambat seminit je..Apa nak hairan.

Apabila kakinya berhenti di hadapan pagar rumah untuk mengunci pintu pagar rumahnya..ye walaupun nak pergi sebelah rumah je tapi keselamatan rumah itu sangat penting ya anak-anak..Malang yang tidak berbau menyapa Nadine..Sebuah kereta dari arah yang bertentangan memecut laju dan dengan malangnya lopak air yang berada betul-betul disisi Nadine berdiri memercik atau kalau dilihat seperti disimbah air lopak..

Nadine berdiri dengan statik sambil otak nya cuba mencerna apa yang terjadi..Akibat terlampau terkejut Nadine berdiri di situ sehingga dua minit. "Ouhhh damn." Dia mengesat air lopak yang menyimbah mukanya dengan tapak tangan. Dan dia mula memandang air lopak itu dengan pandangan yang sebal..

Bila masa pulak hujan ni..Nadine mengeluh dalam hati.

Tanpa berlengah walaupun dia sudah menghabiskan lima minit untuk mengenangkan betapa malangnya nasib dia hari ini..Nadine berlari masuk kedalam rumah lalu mencapai tuala mandi dan terus masuk ke dalam bilik mandi untuk membersihkan dirinya..

Selesai mandi dia mencapai pakaiannya lalu terus menghempas dirinya ke atas katil yang empuk itu..Tanpa Nadine sedar dia telah menghabiskan 30 minit untuk mandi dan 15 minit untuk bersiap..Maklumlah perempuan semuanya lambat!!

Tangannya mula meraba selimut untuk melitupi badannya dan tiba-tiba dia teringat akan sesuatu yang akan menghilangkan ngantuk nya serta merta.

Cikgu Falyq!

Maid untuk sehari!

Arghhh..

Nadine bingkas bangun dan mencapai tudung bawal lalu disarung. Dia berlari menuruni tangga setelah mendapati dirinya mungkin akan dimarahi oleh Falyq kerana dia sudah terlambat hampir satu jam..diulangi hampir SATU JAM!

Dia berlari ke tingkat bawah lalu mengunci setiap pintu yang ada dirumah..selagi ada pintu selagi itu dia mengunci..huhh pintu ada satu je sebenarnya. Dia berlari dengan pantas lalu berhenti betul-betul dihadapan pagar rumah Falyq.

Pagar yang tidak berkunci membuatkan Nadine terus melangkah masuk ke perkarangan rumah Falyq...Belum sempat dia mengetuk pintu..Pintu itu sudah dikuak dari dalam. Sebuah figura yang sangat dikenalinya berdiri tegak dihadapan muka pintu seolah-olah tengah menyanyikan lagu negaraku gitewww..

Nadine mengukir senyuman yang sangat awkward setelah melihat muka Falyq yang langsung tidak senyum memerhati mukanya..Gamaknya Nadine akan kena petir lepas ni..huhh!

Nadine yang terasa keadaan yang sangat janggal buat beberapa minit cuba bersuara. "Ermm saa ya minntaak maaf." Dia menundukkan kepala.

"You're obviously late!!" Falyq memandang tajam kearah anak mata Nadine. Perasaan geram yang dipendamnya selama menunggu Nadine hampir satu jam cuba ditahan. Kalau boleh dia memang hendak memulas-mulas telinga budak didepannya itu.

Nadine hanya mengangguk menyedari kesalahannya. Kalaulah dia tidak melengah-melengahkan masa untuk pergi ke rumah Falyq tadi mungkin dia tidak akan terlalu lambat seperti ini.

"So what are you waiting for.? Nak saya ingatkan awak ke apa yang awak perlu buat.." Falyq memeluk tubuh.

Nadine masih tidak berani mahu menjawab dan dia hanya menggeleng untuk pertanyaan Falyq sebentar tadi. Perangai Falyq yang tampak dingin membuatkan Nadine tidak memandang wajah Falyq.

Dia terus menghayun kaki masuk ke rumah Falyq sebelum lelaki itu bersuara lagi.

Membulat mata Nadine setelah melihat kawasan dalam rumah lelaki ini. Dia mengucap banyak kali didalam hati dan ada terselit sumpahan buat lelaki itu.

Seperti disengajakan rumah ini sangat bersepah dengan baju dan seluar yang tergantung diatas sofa seolah-seolah disitu lah tempat paling sesuai untuk menyidai pakaian. Belum lagi mug yang berada di setiap sudut rumah dia. Nadine berasa seakan dirinya berada di tempat pembuangan sampah walaupun tempat itu tidak berbau teruk tapi dia tetap berasa menyesal yang teramat.

Falyq menahan senyum setelah melihat reaksi Nadine setelah melihat barangan yang sengaja disepahkannya sejak semalam lagi.

"Tunggu apa lagi." Falyq memecahkan kesunyian diantara mereka. "Kalau nak barang-barang pembersih ada kat dalam store tu." Dia menghalakan jari telunjuknya kearah satu pintu yang berada di bawah tangga rumah.

Nadine hanya akur. Dia memulakan kerja dengan mengutip pakaian-pakaian yang berterabur itu dan dimasukkan ke dalam bakul pakaian.

Falyq hanya memerhati dan tanpa dia perasan terukir senyuman dibibirnya.

Nadine yang menyedari Falyq cuba untuk mengendahkan lelaki yang hampir di cop gila olehnya.

Muka je handsome tapi pengotar. Getus Nadine dalam hati.

Setelah hampir sejam dia membuat kerja tanpa henti akhirnya kerjanya hampir selesai dengan hanya memasakkan makanan tengah hari segala kerjanya akan siap dan dia boleh balik kerumah. Walaupun susah untuk menerima kenyataan yang dia tengah memasak untuk lelaki lain..mungkin sebelum ini dia bersusah payah belajar memasak dengan harapan dia dapat memasak untuk suaminya suatu hari nanti tetapi harapannya hanya tinggal kenangan.. sob sob..

Ayam masak merah dan sayur bayam serta air oren siap dihidangkan di atas meja. Dia menepuk tangan tanda bangga akan dirinya yang sudah menyiapkan segala kerja dirumah ini dan secara langsungnya 'hutang' dia dan Falyq selesai.

Falyq keluar dari bilik dengan muka yang sembap sambil memuncung-muncungkan hidung menghidu bau masakan yang sangat enak dari dapur.

Setiba dari dapur dia memandang muka Nadine yang sudah tersenyum sinis memandang muka Falyq.

"I've done anything.. So can I?"

Falyq hanya mengangguk tanda faham. "Thank you." Dia memandang Nadine.

"My pleasure." konon padahal dalam hati rasa nak pukul aje mamat ketam ni.


Keep voting😊

Sekali Aku Jatuh CINTAWhere stories live. Discover now