Hari persekolahan seperti biasa yang tidak pernah lari daripada keboringan aku kena hadap hari-hari dan paling membuatkan hari ni adalah hari paling boring buat aku ialah Thiraz.
Huhh..
Pagi-pagi lagi aku dah nampak dia berdiri dihadapan pintu kelas aku tah apa yang dia nak buat pun aku tak tahu. Mungkin dia dah tukar profesion jadi pak guard pulak sekarang.
"Assalamualaikum Nadine Uyaina." sambil tersenyum sumbing.
"Waalaikumusalam." Malas-malas aku jawab. Memang musim tak ada mood sekarang ni.
"Ermm Nad.." Thiraz garu kepala yang aku yakin tidak gatal.
Aku jongket kenang tanda 'nak apa'.
"Rehat dengan abang hari ni.. bolehh." Mata dikerdipkan.
Kau ingat kau comel?
Huhh.
"Ta.." Kata-kata aku terhenti bila aku terdengar suara yang sangat aku kenali dan bakal menyelamatkan aku daripada makhluk bernama Thiraz.
"Hai Baby Sengal." Aku menoleh.
Walaupun aku berasa bersyukur dengan kehadiran dia tapi aku tetap rasa pelik kenapa dia dengan Thiraz tak datang sekali?
Ouhh ya aku lupa Thiraz pergi sekolah pakai motor.. Thira pulak driver dia hantar.
Driver yang aku maksudkan ialah bapak dia aku taknak buat watak dia ni kaya sangat sampai ada driver bagai. Bukan apa nanti dia riak+takbur+bongkak bila aku jumpa dia kat realiti nanti.
Aku pandang Thira lepastu Thiraz dan beralih balik pada Thira. Aku nak dia paham yang aku nak guna telapati untuk bercakap dengan dia dan aku harap dia tak 'slow' hari ni.
"Kau buat apa kat sini bro?" Nampak tak betapa cool nya dia sampai aku pernah terfikir yang betul tak diorang ni adik beradik kandung ataupun antara sorang ni anak pungut.
"Aku nak jumpa Nadine lah."
"Asal?" Muka gangster dia keluar.
"Banyak tanya pulak kau ni.. takyah sibuk lah." Thiraz nampak tak puas hati.
"Sukati ahh.. dia kawan aku." Thira menarik aku duduk di belakangnya.
Ok situation sekarang nampak mengerunkan dan aku ada rasa aura tarik tarik rambut lepas ni.
"Ehh kisah pulak aku bukan aku ajak kau pun kan." Thiraz dah bercekak pinggang.
"Nadine tak boleh rehat dengan kau.. kitorang ada class tambahan time rehat ni."
Amboii jawapan kau Thira bunyi nya logik banget sih.
Muka Thiraz memang dah merah sebab tengah tahan marah dengan adik kandung atau pungutnya itu. Dia menarik Thira supaya menjauhi aku.
Aku nampak dari jauh macam diorang tengah berbincang. Nampak sangat serius sampai aku rasa diorang tengah berbincang pasal masalah negara.
Setelah selesai Thira menghampiri aku.
Aku angkat kening.
Belum sempat dia nak bukak mulut Thiraz dah potong.
"Ermm Nad.." Jeda .
"Sorry.. Kita rehat lain kali jelah.. Nanti abang bagitahu lagi ok."
Aku hela nafas lega lalu mengangguk.
"Abang masuk kelas dululah.. nanti jumpa lagi. Bye Assalamualaikum." Dia terus berlalu.
Aku menjawab salam dalam hati.Thira yang memandang pemergian abang nya aku pandang dengan kening ternaik tanda 'apa jadi'.
"Aku ugut dia. Kalau dia berkeras jugak nak bawak kau rehat sekali dengan dia aku ugut nak bagi diari dia dekat kau."
Dahi aku yang berkerut dengan jawapan panjang Thira makin berkerut bila mendengar perkataan diari.
"Diari apa?" Tanpa menunggu lama aku mengajukan soalan.
Thira hanya tersengih lalu masuk ke dalam kelas.
Aku memandang kelibatnya sehingga hilang di sebalik pintu.
Diari?
Thiraz ada diari? Like seriously? Wow!
Perut yang berdendang sayang aku cuba tahan sehabis boleh. Aku tak tahu macam mana nak bagitau betapa lapar nya aku sekarang ni.
Aku percepatkan langkah turun dari blok yang hanya menempatkan bilik guru itu. Tak tahu apa mimpi Madam Syu sampai dia suruh aku hantar barang dia ke bilik guru pulak hari ni. Selalunya dia suruh ketua kelas atau pun penolong ketua kelas tapi hari ni dia berkenan pulak dengan aku.
Jam ditangan aku tilik sekali lagi. Sekarang ni memang dah masuk waktu rehat sebab tu perut aku berdendang dari tadi.
Setiap dua anak tangga aku langkah untuk mempercepatkan langkah maklumlah tu ja yang aku mampu nak langkah sekaligus kaki tak berapa nak panjang jadi redha jelah.
Tiba di tangga terakhir aku sudah tersengih-sengih. Tak sabar nak makan. Aku melangkah dengan menambah kelajuan maksimum sehingga---
Bukk!
Punggung aku bercium dengan permukaan lantai yang semestinya tidak seempuk tilam dalam bilik Dato Alif Syukri.
Huluran tangan seseorang membuatkan aku mendongak untuk melihat si durjana yang melanggar aku tadi.
Mata aku seperti terkaku seketika. Dalam keadaan aku melihat wajahnya dari bawah.. aku dapat rasakan sesuatu yang pelik.. sangat pelik.. Dia nampak lain bila tengok dari pandangan bawah..Dia macam--
Handsome gilerr!!
Astafirullah.. stop it Nadine jangan nak merepek.
"Saya tahu lah saya ni kacak.. tapi jangan lah tengok saya macam tu.." Kening dinaik-naikkan.
Seperti baru tersedar kedunia yang nyata lagi reality ini... aku menundukkan pandangan dan bersusah payah mahu bangun dari tempat dimalukan tadi.
Dia masih menghulurkan tangan."Meh lah sini saya tolong." tanpa menunggu keizinan aku.. dia memaut lengan aku untuk menampung tubuh aku berdiri.
Aku menepis tangannya dengan cepat selepas saja aku berjaya berdiri. Aku malas nak bagi dia pegang lama-lama nanti tak pasal-pasal orang lalu nampak dia pegang aku famous pulak aku kat sekolah ni. Aku ni dah lah merendah diri orang nya.
Aku nampak dia jeling aku.. muka tak puas hati ditayang. Aku buat tak kisah dan terus berlalu.
"Sama-sama!" Aku tahu dia perli aku dan macam biasa kisah pulak aku?
