BAB 17

91 6 10
                                    

Masuk hari ini dah tiga hari Falyq macam mengelak daripada aku. Aku tak tahu kenapa dia tiba-tiba dingin semacam aje. Nak kata datang bulan macam tak logik pulak kan?

Aku cuba abaikan dia tapi aku tak boleh. Otak aku ni asyik tertanya-tanya kenapa dia bersikap dingin dengan aku? Apa salah aku?

Setiap kali aku cuba berbual dengannya, dia mesti cuba mengelak dengan banyak alasan.

Tapi satu benda je aku yakin. Semua perubahan Falyq bermula dari pertemuan tak sengaja kami di taman. Lepas dari kejadian itu memang aku tak explain apa-apa pun dengan dia.

Lagipun buat apa aku nak explain dia bukan siapa-siapa pada aku.

Tapi hari ni...ya hari ini aku akan selesaikan masalah antara aku dan dia. Aku akan pastikan dia bukak mulut dan bercakap dengan aku walaupun setiap kali dia bercakap emas akan mengalir dari mulut dia. Ok itu aku tipu muahahaha.

Aku merapati Falyq yang tengah mengilap motosikalnya dihalaman rumah. Aku berdehemm untuk menyedarinya tentang kewujudan aku.

Dia hanya menoleh sekilas kearah aku sebelum membelakangi aku semula. Dia ni merajuk ke hapa hah? mengada betul lah lelaki zaman sekarang.

"Nak saya tolong?" Acah je nak ambik perhatian dia bukan nak tolong sangat pun.

Adoii apa kau ni Nadine? tak ikhlas langsung. Ish ish ish tak baik.

Dia masih membisu macam tadi. Tapi ini Nadine lah! aku tak kan berputus asa ok!

"Baik kan cuaca hari ni?"

Ok fail! Try lagi.

"Petang-petang macam ni mesti syok kalau makan aiskrim kan..kan?"

Fail lagi.

"Apa kata kita pergi taman makan aiskrim nak tak.?"

Ok asal aku rasa soalan ni akan menjerat aku dan dengan pantas Falyq menoleh kearah aku. Dia mengangkat keningnya.

"Ok."

Itu je? Itu je dia nak cakap?.. Hareii betol!

Dengan pasrah nya aku masuk kedalam rumah lepas dijerut oleh soalan sendiri tadi.

Ibu yang sedang memotong ayam itu aku dekati dengan perlahan-lahan.

"Bahhh!"

"Opocot anak pungut.!"

Ibu yang mengurut perlahan dadanya itu aku pandang dengan mata mencerlung. Amboii dia punya latah terasa sis!

"Apa kamu ni Nadine..terkejut ibu tahu tak?. Bertuah punya budak...tak r-e.."Sebelum ibu melanjutkan leteran nya aku dengan pantas berlari naik ke bilik.

Sayup-sayup aku dengar ibu memarahi aku. Hahahaha rasa macam anak derhaka pulak. Alah tak pe sekejap je tu dia marah nanti petang baik lah tu. Ibu kan....




















Macam yang dijanjikan petang itu aku dan Falyq pergi ke taman untuk makan aiskrim. Muka Falyq memang tak payah cerita lah beku je dari tadi. Geram pulak aku!

Dari jauh aku dah nampak van Pak Mail yang setiap petang akan datang ke taman ini untuk menjual aiskrim kepada kanak-kanak yang bermain di taman pada setiap petang.

Kami sama-sama menghampiri van Pak Mail. "Aiskrim strawberry satu." Aku memandang Falyq. Menantinya untuk membuat pesanan.

Dia hanya memandang aku sekilas dan bersuara dengan dingin.

"Same." Pendek ringkas dan padat.

Huhh kan aku dah cakap kalau dia ni bercakap nanti emas melileh dari mulut dia.

Aku tidak mengendahkan nya dan terus menyatakan pesanan aku pada pak mail. "Tambah satu lagi ye pak mail."

Pak mail hanya mengagguk. Dia menghulurkan dua kon aiskrim strawberry kepada aku dan aku menghulurkan satu kepada Falyq sebelum aku berura-ura ingin mengeluarkan duit dalam poket aku Falyq lebih pantas menghulurkan duit.

Tanpa banyak kata aku mengekorinya kearah bangku kosong yang berhadapan dengan tempat budak-budak bermain.

Hampir 5 minit kami duduk disitu dan masih tak nampak lagi yang Falyq ingin berbual dengan aku jadi aku menceriakan suasana yang sepertinya hanya ada kami disitu sedangkan dihadapan kami ramai budak-budak yang tengah sakan bermain.

"Boleh saya tanya.?"

"Hurm.." Aku rasa ini lah waktu terbaik untuk selesaikan masalah kami.

"Kita ada masalah ke?"

Aku pandang tepat ke arah mata nya walaupun dia langsung tidak memandang ke arah aku.

"Tak."

Ini yang aku malas ni...Sepatah je dia jawab macam nak makan kaki je mamat ni.

"Kalau kita tak ada masalah kenapa cikgu layan saya macam stranger?"

Aku dah mula hilang sabar. Jangan sampai aku nekad bagi kaki kat mamat ni.

"Kita memang stranger kan? Bila masa pulak kita ni officially ada hubungan?"

Kata-katanya yang selamba badak aje itu membuatkan aku terpinga-pinga.

Bunyi macam aku tengah pujuk pakwe aku merajuk je ni. Selepas itu kesunyian menyelubungi kami. Tak tahu apa yang patut aku bualkan lagi bila hanya aku yang berusaha membetulkan keadaan tapi dia hanya diam sejak tadi.

"kenapa awak bagi dia sentuh awak.?" Suaranya memecahkan kesunyian kami.

"That's not like what you think." Tenang saja aku menjawab cuba untuk menidakkan yang Falyq sedang cemburu sekarang ni.

"Habis tu... What? What should I think?"

Aku cuba mencari ayat yang sesuai untuk menerangkan situasi pada waktu itu.

"Answer me Nadine..Tadi you sendiri nak kita betulkan keadaan kan..Then answer me.. Your silence makes me think something that i shouldn't think." Falyq memandang tajam kearah aku.

Aku ceritakan semua kepada Falyq tidak ada sedikit pun yang tertinggal. Mata hazelnya tak lepas memandang tepat ke anak mata aku. Mungkin cuba mengesan sebarang penipuan...mungkin.

"Itulah cerita dia...semua tu hanya kebetulan...saya harap cikgu tak salah faham lagi." Falyq menatap muka aku dengan pandangan redupnya. Pandangan yang menenangkan aku dan membuatkan jantung aku bekerja lebih pantas.

"Sorry." Dengan suara yang lirih dan muka yang tampak bersalah dia mengungkap maaf.

Aku hanya mengangguk dan tersenyum manis. Lama kami bertatapan seperti itu sehingga lah...

"Nadine?"

Aku dan Falyq menoleh kearah suara itu serentak. Si pemanggil memandang aku dengan pandangan yang membunuh.

Apa pulak kali ni?!

Sekali Aku Jatuh CINTAWhere stories live. Discover now