Badan yang penat itu dihempas di atas tilam katil yang empuk di dalam bilik bujangnya. Nadine memicit-micit dahinya dengan lembut akibat kepalanya yang tiba-tiba terasa mencucuk-cucuk sakitnya. Mata yang semakin berat dibiarkan dan tanpa disedari dia tertidur dengan berdengkur. Gamaknya Nadine terlampau penat bertungkus lumus mengemaskan rumah teres dua tingkat itu seorang diri.
Baru beberapa minit dia melelapkan mata, lonceng rumah yang ditekan banyak kali menyedarkan Nadine dari tidurnya. Dia merungut akibat tidurnya yang terganggu dengan bunyi pekikan lonceng itu.
Siapa yang datang ni...Ibu dengan ayah lupa bawak kunci ke apa ni.. Nadine bingkas bangun apabila dia terasa mungkin ibu dan ayahnya yang menekan lonceng kerana terlupa membawa kunci.
Dengan yakin bahawa tetamu yang tidak dijemput itu keluarganya, Nadine dengan yakin turun ke tingkat bawah tanpa mengenakan sebarang tudung. Dia punya yakin tu..huh..
Setiba di hadapan pintu dia membuka pintu itu dengan mulut yang sempat membebel. "Ibu dengan ayah lupa bawa kunci ke ni.. Macam mana lah boleh lupa.. Kalau akak tak ada rumah tadi tak pasal-pasal menunggu dii....." Membulat mata Nadine apabila melihat figura lelaki yang dikenalinya berdiri di muka pintu.
Falyq memerhati Nadine tidak berkelip. Rezeki apa pagi-pagi ni...monolog Falyq.
Nadine yang menyedari kepalanya yang tidak dilitupi sehelai benang pun terus menekup kepalanya dengan kedua-dua tangan. Walaupun nampak macam tiada perubahan apa-apa pun kalau dia menutup menggunakan tangan kerana lehernya masih terdedah.Dia memberanikan diri bersuara." Cikgu buat aappa kat sinn sinii."
Falyq tersenyum didalam hati melihat gelagat Nadine. Gelabah pun comel budak terencat ni.
"Saya nak bagi ni." Falyq menghulurkan bekas makanan kepada Nadine.
"Ouhh ermm jap ehh." Dia menutup pintu dan berlari ke belakang rumah.
Tudung yang baru disidai di ampayan di belakang rumah terus disambar dan dililit di kepalanya.
Sembab pun sembab lah oiii..janji dapat tutup aurat walaupun rasanya aurat aku dah tercemar tadi..huhh!
Dia berlari ke pintu utama semula setelah yakin aurat nya telah ditutup dengan sempurna.
"Hah cikgu nak bagi saya apa tadi." Termengah-mengah dia bercakap maklumlah rumah teres ni lebih kurang besar jugak kalau nak berlari dari depan ke belakang tu memang semput lahh.
Falyq senyum-senyum nakal.
Sekejap pulak rezeki aku hari ni.. Uissh anak murid kau ni Falyq!!! sedar sikit.
Nadine memandang Falyq pelik.
Macam pervert dia senyum macam tu. Eee geli-geleman aku.
"Ni." Bekas makanan itu dihulur semula.
Dahi berkerut."Apa benda ni?"
"Makanan lah takkan mayat." Falyq mencebik. Dah tahu makanan lagi nak tanya.
Nadine membuat muka 'tak lawak pun lah' kepada Falyq. Dalam banyak-banyak benda mayat jugak nak di 'mention'nya. Dah nak mati bagitahu je lah.
"Tau lah makanan..nak buat apa?"
"Nak buat makan lah takkan nak buat main."
Nadine mencebik. Kurang asam jawa punya orang.
"Nak bagi siapa?" Soalan yang kurang cerdik Nadine ajukan.
"Nak bagi kucing awak lah.. Siapa lagi." Loyar buruk.
Eheheh mamat ni.. ada yang aku bagi penampaq sat gi.
"Harap maaf saya tak ada kucing."
Bangg pintu rumah ditutup Nadine dengan kuat. Main lagi dengan aku.
Tok tok tok tok~
Falyq menahan geram. Boleh pulak dia tutup macam tu je pintu. Dia mengetuk lagi lagi dan lagi.
Pintu terbuka."Nak apa lagi..Saya tak ada kucing lah. Pergi lah bagi dekat jiran lain."
Baru saja Nadine hendak menutup pintu untuk kali kedua .. Pintu ditahan oleh seseorang. Tahu-tahu lah sapa yang tahankan.
"Fine!! Nah saya nak bagi dengan awak bukan kucing jiran lain." Dengan perasaan geram Falyq menghulurkan bekas itu sekali lagi.
Nadine senyum puas. Padan muka main lagi dengan aku.
Dia mengambil bekas makanan itu . Bekas didekatkan di hidung . Hurmm bau macam ayam masak sos. Sedapp. Aikk macam ermm.
Nadine memandang Falyq dengan kening terangkat."Ni bukan makanan yang saya masak tadi ke.?"
Falyq senyum."Yupp."
"Kenapa bagi saya balik? Tak sedap ke?"
"Haah memang tak sedap tu yang saya bagi balik." Falyq buat muka loya.
Membulat mata Nadine. How can I masak tak sedap. Oke itu propa.
"Hahaha relaks lah jangan buat muka cuak sangat..Saya tipu jelah."
Nadine mengepal penumbuk. Berani dia tipu aku. Ciskekk betul.
"Actually saya kesian dekat awak. Yelah masak penat-penat kemas rumah lagi. Mesti awak tak makan lagi kan."
Amboi caringnya~
"Lagipun awak masak tadi macam nak buat kenduri.. Banyak sangat. Saya ni dudok sorang je Cik Nadine oii."
Oke tu tipu mana ada aku masak macam nak buat kenduri.
"Terima kasih lah atas ke'caring'an cikgu tu." Perli.
"Tu je kan?"
Falyq pandang Nadine pelik. Macam nak halau aku je budak ni. Cakap terima kasih pun tak ikhlas.
"Yelah yelah tahu lah nak halau." Dia menjeling Nadine.
Erkk jeling kita pulak. Pang kang baru tau.
Falyq memalingkan badannya untuk balik ke rumah.
Kakinya berhenti di hadapan pintu pagar. Dia menoleh kebalakang. Betul sangkaannya Nadine masih menjenguk di muka pintu.
Dia senyum menyenget." Thank you for the delicious food dear." Kenyit mata.
Nadine terkejut dengan panggilan dear serta kenyitan daripada Falyq terus menutup kuat pintu rumah.
Bangg.
Falyq gelak sambil kepalanya digeleng-gelengkan.
Aku dah jumpa ubat penenang!
Keep voting and comments💞
Saya ada update cerita baru tajuk BADBOYS so rajin-rajinlah baca oke.(Wink)
