BAB 18

82 4 3
                                        

"Nadine?"

Aku dan Falyq menoleh kearah suara itu serentak. Si pemanggil memandang aku dengan pandangan yang membunuh.

Apa pulak kali ni?!

Thiraz berlari pantas kearah kami. Belum sempat aku memproses tindakannya dengan drastik dia merentap tangan aku.

Aku berdiri kerana terkejut dengan tindakannya yang sesuka hati memegang tangan aku. Nasib baik berlapik kalau tak memang ada aku bagi makan kaki hari ni.

"What are you doing here Nadine?" Matanya mencerlung memandang aku.

"Ermm sa-.." Belum sempat aku menjawab Falyq terlebih dahulu memintas.

"Dia keluar dengan aku..kenapa? ada masalah ke?" Falyq turut berdiri sambil mata nya tidak lepas memandang tangan Thiraz yang memegang tangan aku dan secara tiba-tiba dia merentap tangan kiri aku menyebabkan aku mendepa tangan.

Kalau ayah aku tengok ni ada yang lari kena kejar dengan parang nanti. Seenak rasa susu ibu aje korang pegang-pegang tangan aku ye?

"Jadi macam ni lah perangai cikgu ye? Ajak pelajar sendiri keluar duduk berdua tanpa ada sebab penting?" Thiraz tergelak sinis dengan pandangan berapinya.

Kepala aku terkalih memandang Falyq apabila dia turut ketawa dengan kata-kata Thiraz. "Sorry to say tapi kita orang memang ada benda penting nak discuss...and yahh kalau kau nak tahu memang perangai aku macam ni or aku boleh buat lebih dari ni." bibirnya mengukir senyuman sinis.

Aku dah tak sedap hati bila dia orang saling memandang. Pegangan tangan Thiraz terasa semakin tegang menyebabkan aku berdesir kerana sakit.

"Take off your hand from her." Satu amaran keras Falyq lemparlan apabila perasan dengan tindakan Thiraz terhadap aku.

"If I won't." Thiraz tersenyum sinis.

"You will regret." Falyq memegang lengan Thiraz dan dengan pantas merentap tangannya daripada tangan aku. Tangan Thiraz dilepaskan dengan kasar. Thiraz yang tidak menyangka tindakan itu terundur beberapa langkah kebelakang.

"Kau dengar sini baik-baik aku taknak tengok engkau rapat dengan Nadine lagi. Make sure ini kali terakhir aku nampak kau cuba  nak sentuh Nadine. Ini last warning aku. Kau ingat tu!" Jari telunjuknya menikam tepat kearah Thiraz.

Falyq menarik tangan aku mengikutinya.

Apabila melihat kami sudah menjauhi Thiraz. Aku merentap tangan dari genggaman Falyq.

Dia memandang redup kearah aku. Tiada lagi pandangannya yang menggerunkan tadi.

"Sorry." Dia tersenyum kecil kearah aku.

Aku hanya diam memikirkan apa yang telah berlaku tadi. Macam mana kalau Thiraz bagitahu hal tadi pada Thira? Apa aku nak jawab dengan makcik kepochi tu.

Belum sempat aku merangka alasan untuk diberikan kepada Thira suara Falyq telah menyedarkan aku.

"Nadine are you okay?..Saya tak sengaja pegang tangan awak tadi. I'm sorry." Dia menyatukan kedua tapak tangan nya dan di bawa separas dengan dada. Mata nya yang berkedip-kedip seperti anak kucing itu mengundang tawa kecil aku.

Comelnya lahai...

Okay stop it Nadine!

"Ta-takpe lah." Aku tersenyum kekok cuba untuk mengusir godaan Falyq tadi sebelum aku terkam anak teruna orang nanti.

Sekali Aku Jatuh CINTATempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang