Falyq POV.
Aku berjalan mundar mandir di dalam bilik tidur. Kepala aku serabut dengan mesej-mesej yang aku terima daripada mummy baru-baru ni ditambah pula dengan mulut lancang aku semalam tiba-tiba melamar Nadine jadi isteri aku.
Aku tak tahu tapi aku tak mampu nak kawal mulut aku daripada berkata begitu dengan Nadine semalam.Macam ada perasaan yang susah aku nak tafsirkan bila aku bersama Nadine dan gerak hati aku kuat mengatakan yang Nadine layak untuk jadi isteri aku.
"Ughhh..." Aku meraup rambut dengan kasar. Perasaan aku bercelaru. Adakalanya aku yakin yang Nadine adalah jodoh aku dan adakalanya aku takut yang aku hanya mempermainkan Nadine. Mungkin sebab aku tertekan dengan mummy yang tidak habis-habis mengugut aku berkahwin dengan pilihannya jika aku tidak membawa calon isteri balik ke rumah.
Aghh serabut!
Pintu bilik dihempas dengan kasar sebelum kaki berjalan pantas menuruni anak tangga untuk ke ruang tamu. Tujuan utama aku ialah pergi ke taman dan ambil udara segar. Harap-harap hilanglah serabut kepala aku lepas ni.
Nadine Pov.
Hoodie kelabu yang tersarung dibetulkan supaya kelihatan lebih kemas. Hati berdebar-debar menunggu kehadiran si dia.
Baru sekejap tadi aku dapat mesej darinya untuk berjumpa di taman in. Bunyi macam ada perkara penting yang nak dibincangkan. Aku cuma melayan nanti kalau dibuat tak tahu dicop sombong pulak.
Aishh.. lama lagi ke. Aku melilau mencari kelibat orang yang aku tunggu.
"Nadine!!"Dari jauh aku nampak dia termengah-mengah berlari menuju ke arah aku.
"Sorry lambat." Dia tersenyum manis walaupun muka dah merah menahan lelah.
"Tak apa...Nadine baru sampai." Aku menghulurkan air kosong yang kebetulan aku bawa dari rumah kepadanya.
"Thanks."Dia menyambut lalu meneguk dengan rakus.
Aku memerhati gelagat nya sebelum memulakan bicara."Erm.. Thira tak ikut sekali."
Thiraz mencebik lalu menggeleng kepala."Takyah tanya pasal budak tulah...buat sakit hati je."
Aku tergelak kecil. Dah paham sangat dengan perangai diorang yang tak sebulu ni.
"Apa jadi.?"
Thiraz merengus kasar." Nadine tau tak masa abang nak keluar tadi dia boleh tanya abang macam -macam soalan dah macam polis pencen budak tu."
Aku tergelak. Dah agak dah.
"Lagi satu.." Aku pandang Thiraz semula." Kalau Nadine nak tahu dia lah punca abang datang lambat."
Aku geleng kepala. Thira kau patut halang abang kau dari jumpa aku terus bukan nya melambat-lambat kan dia.
"Ada apa abang nak jumpa Nadine?.."
"Saja rindu."
Aku pandang Thiraz dengan dahi berkerut dan dengan selambanya dia tersengih kerang busuk dengan aku.
Apa? dia ingat lawak ke? Dia ingat aku rajin sangat nak ke taman ni semata-mata nak jumpa dia? Heyy aku keluar ke taman ni entah-entah 3 kali setahun tau.
"Seriously Abang?" aku buat muka tak percaya .
"Tak tak abang gurau je lah jangan buat muka macam tu."
Dia tergelak lalu menggumam. Kalau aku tak salah dengar dia cakap 'comel'.
Comel? Dia cakap aku comel ke? Ouhh God jangan perasan sangat please Nadine. Entah-entah dia cakap kucing kurap tu yang comel.
"Habis tu kenapa." aku cepat-cepat menepis andaian-andaian dalam kepala hotak aku.
"Abang sebenarnya nak ajak Nadine keluar Sabtu ni.. Kita pergi tengok wayang... makan-makan... beli baju.."
"Cop-cop.." aku mengankat tangan ke muka Thiraz tanda 'talk to my hand'.
Aku pandang dia tak percaya sekali lagi. Aku tak tahu berapa kali aku tayang reaksi yang sama hari ni dengan dia.
"Keluar? Kita berdua?"
"Ermm ye...kenapa? tak boleh ke?." Thiraz pandang aku dengan ragu-ragu .Mungkin dia takut dengan kenyataan yang bakal aku katakan.
"Nadine rasa kalau keluar berdua dengan abang tak boleh kot tapi...kalau abang bawak Thira sekali Nadine boleh pertimbangkan." Aku takut-takut memandang mukanya.
Yelah aku dah tak tahu berapa kali dia ajak aku keluar bersama dan semestinya aku akan tolak tapi kali ini aku rasa kesian pulak dengan Thiraz jadi tak salah aku pertimbangkan.
"Kalau Nadine cakap macam tu abang ok jelah.. Kita bawak Thira sekali.." Thiraz senyum terpaksa. Mungkin dia tak boleh terima sebab aku ajak adik tak sebulu dia tu sekali.
Aku hanya mengganguk kecil. Untuk seketika kami diam menikmati suasana pada petang itu.
"Nadine.." Thiraz memecahkan kesunyian kami. Dia memandang tepat ke dalam mata aku. Seperti mahu aku memahami bicara mata nya.
Aku hanya diam menunggu Thiraz melanjutkan bicaranya.
"Nadine tahu kan perasaan abang terhadap Nadine." Dia memandang aku dengan mata redupnya.
Aku terkelu seketika. Bukannya aku tidak tahu perasaan dia dekat aku sebelum ni tapi aku sengaja pekakkan telinga dan butakan hati.
Aku tak tahu kenapa tapi aku rasa aku tak boleh ada hubungan yang lebih dengan Thiraz. Mungkin sebab aku dah anggap dia macam abang aku sendiri memandangkan aku memang tak ada abang dan Thira kawan baik aku jadi aku anggap semua keluarga Thira adalah keluarga kandung aku juga.
Tapi perasaan Thiraz.. Arghhh!
Aku tak boleh halang perasaan dia. Itu yang pasti!
"A-b..arghhhh." Saat aku cuba untuk membuka mulut tiba-tiba seekor kucing kurap melompat ke arah kami atau lebih tepat ke riba aku.
Aku secara drastik melompat dan secara tak langsung kaki aku tersadung batu dan hampir terjatuh.
Thiraz dengan pantas menarik tangan aku supaya tidak jatuh. Tindakan Thiraz membuatkan keadaan kami sangat rapat seolah-olah dia sedang memeluk aku.
Untuk beberapa saat kami saling bertatapan. Thiraz dia sangat sempurna di depan mata semua orang. Rambut yang sentiasa rapi. Anak mata coklat pekat dan tinggi yang sempurna untuk seorang lelaki. Jawline yang bagi aku seksi dan sudah pasti rupa yang tampan tapi malangnya hati ini tidak pernah berdegup kencang setiap kali ada dengan walaupun pun keadaan kami serapat ini.
Aku menjarakkan kedudukan kami dan saat aku menjauh darinya aku ternampak akan seorang lelaki yang memandang tepat ke arah kami dengan pandangan mata helangnya. Selepas itu dia terus berlalu.
Falyq Haizar!